my nuff

Gara2 Piala Malaysia Budak 2 Tahun Jalan Kaki



Itulah yang jadi pagi semalam. Firas kena jalan kaki dari ofis akak ke taskanya. Semuanya berpunca dari jalan nak ke taksa sesak dengan penyokong bola sepak yang beratur untuk membeli tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang menentang JDT. Adeh..
Cian Firas. Terpaksalah akak temankan Firas jalan kaki ke taska.

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Memiliki BVSM

(1) Hanya tengok sahaja pada BVSM selama 10 saat sudah dapat rasa tenaganya;

(2) Selamat! Tidak perlukan elektrik semasa digunakan atau untuk charge. Jika perlu recharge, hanya perlu jemur di bawah cahaya matahari pagi pukul 7-10 pagi;

(3) Cara menggunakan? TIDUR SAHAJA! Insya Allah, sakit-sakit akan beransur pulih. Mudah kan?;

(4) Senang dan mudah dibawa ke mana-mana sebab ianya ringan.Malah untuk “long drive” boleh letak sebagai alas belakang driver untuk lebih tenaga dan mengelakkan sakit belakang;

(5) Mengurangkan kesan radiasi dlm badan. Semua org menggunakan handphone. Adakah anda tahu, handphone adalah antara gadget yang menyumbang radiasi tinggi. Oleh itu BVSM bantu membebaskan radiasi dalam badan;

(6) Untuk kurangkan radiasi kepada anak-anak. Kini, anak-anak bermain menggunakan pelbagai gajet dan alat komunikasi seperti komputer, ipad, tab yang juga menyumbang radiasi. Sedarkah anda bahawa anak-anak sekarang didedahkan kepada radiasi lebih awal?;

(7) Hilangkan stress, menstabilkan emosi;

(8) Kebanyakan orang susah hendak tidur ataupun mengalami masalah insomnia;

(9) Kebanyakkan orang cepat letih, cepat penat dan kurang mendapat rehat yang berkualiti. Semua itu antara penyebab kehidupan yang kurang kualiti;

(10) Zaman sekarang ramai yg mudah mendapat penyakit seperti gout, senggugut, sukar mengandung, sakit sendi, saraf, darah tinggi, kencing manis, jantung, asma dan pelbagai lagi.

BVSM didapati dapat membantu pesakit-pesakit di atas.




Jangan Nak Bangga Sangat

INGATAN UTK DIRI SENDIRI DAN KAWAN2 LAIN:
JANGAN BANGGA
JANGAN BERLAGAK
Rilex2 je😊
-------------------------
01. Jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita - TANAH LIAT
02. Jangan bangga dengan rumah besar kerana rumah terakhir kita - KUBUR
03. Jangan bangga dengan baju mahal kerana baju terakhir kita - KAIN KAPAN
04. Jangan bangga dengan kereta dan motor besar kerana kenderaan kita yang terakhir - KERANDA
05. Jangan bangga dengan minyak wangi berjenama kerana wangian terakhir kita - KAPUR BARUS

INTEKMA Resort and Convention Centre

Hari ni sampai Jumaat akak ada kursus di sini. Pertama kali sampai sini. Hmmm...
Sebelum ni officemate pernah duduk sini kerana mesyuarat. Pelbagai cerita muluk akak dah dengar tentang Intekma ni. Cerita tentang perabot lama. Untuk memuatkan tiga orang sebilik, pihak resort hanya hampar kan tilam ditengah2.
Dan hari ni bila akak datang sini, cerita muluk tu memang benar belaka. Tambah buruk lagi bila aircond tak ada. Terpaksa minta maintainance datang kebilik bawa remote aircond yang lain. Lagi tambah buruk bila air pun tak da. Pihak resort kena hantar tong untuk tadah air. Perghh....
Macam mana nak persidangan November ni. Lagi ramai pesertanya nanti.



Haihhh.... Payah betul macam ni.

Pastikan....

Kengkawan, pls baca. Penting utk kita.

INFO DARI KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN:

🔶Sayuran yg dimakan mentah cth taugeh..daun kesum..daun serai wangi dll yg dibuat ulam...yakni tdk dimasak..perlu direndam dgn air garam terlebih dahulu utk mgelakkan drpd jgkitan virus e.coli

🔶 Petua beli ayam segar
bli ayam pd waktu pagi krn bakteria pd ayam masih sedikit...kalo bli pd waktu t.hari..pastikan balik ke rumah terus cuci n masukkn ke dlm peti sejuk beku...sblm dimasak..ini utk matikn bakteria...masak ayam dgn sempurna...kalo x cukup masak..bakteria x mati n akn aktif semula bila mknn itu sejuk

🔶 Panaskn mknn setelah sejuk..jgn mkn maknan yg telah sejuk selama lebih 4 jam...perlu dipanaskn smpai mendidih

🔶 Elakkan letak senduk nasi dlm periuk kerana pemegang senduk mgkin ade bakteria dr peluh ditangan kita...

🔶 Elakkan telur separuh masak sbb mngandungi bnyk bakteria yg boleh mnyebabkn demam panas dn kekejangan otak

🔶 Pastikn telur dibasuh sblm digunakan

🔶 Mknn sejuk beku spt nuget...ayam..daging burger perlu di goreng terus slps dkluarkn dr peti sejuk beku...jgn biar mknn berada pd suhu bilik..krn mngundang bakteria...pastikn goreng dlm mnyk yg betul2 panas

🔶 Pastikan tukang masak bersih sms memasak sb 95% pnyakit brjgkit dlm rumah berpunca dr tukang masak....tu sb org berniaga kna amik suntikan vaksin...utk elak djgkiti pnyakit dan mnyebarkn kpd org lain

🔶 Pastikn mknn n minumn dlm tin di basuh dahulu sblm digunakan utkelakkn kncing tikus

🔶 Jika mkn dikedai..pastikan basuh or lap sudu yg nk dgunakan terlebih dahulu...jgn gnakan sabun tongkol yg disediakn kedai mkn...sebaiknya gunakan pencuci cecair or x salah kalo bw kemana2 pencuci tgn bersama kita..skrg bnyk pnyskit brjgkit brpunca dr mknn...

🔶 Khasnya ayam golek..pastikn ayam tu panas...jgn bli kaloayam dh sejuk or yg dh siap potong...

🔶 Pastikan papan pncincang ayam drpd plastik...kalo kayu jgn mkn sb serbuk kayu mgkin melekat pd ayam n daging yg dicincang

🔶 Pastikn mknn yg dibugkus dgn polisterin perlu dilapikm dgn plastik utk elakkn pengaktif sel2 kanser yg terdpt pd polisterin

Jangan Anggap Remeh


Kadang kala kita anggap sakit yang sikit2 tu adalah sakit biasa. Siapa tahu itu adalah tanda2 awal penyakit yang kritikal.

Rumah Kena Pecah Masuk, Daging Korban Lesap

Pagi-pagi sampai offiice riuh rendah dengar kawan cerita rumah maknya dikampung kena pecah masuk. Habis semua diselongkatnya. Yang lucunya, semua daging korban yang disimpan dalam peti sejuk juga lesap. Dengan mesin pengisar sekali hilang. Mesti perompak tu nak buat gulai daging tu. haihhh. Macam2. 

Seminggu Tanpa Telefon

Huwaaaaa..... Lenovo akak tinggal kat kampung. Dah separuh jalan nak balik baru perasan telefon tu tinggal. Nak pusing balik memang tak lah. Sebab tsunami kecik sedang melanda. Nak tak nak pendam rasa je lah. Hari Jumaat ni baru balik kampung ambil telefon. Adeh.... Sedih betul. Bila tak de telefon, cutilah berfb, wssp, telegram. Mesti beribu noti bila on balik phone tu. Nasib baik masih boleh update blog. Tapi kat office akak ni tak boleh nak berfb. Kena block. Tak pe lah... Harapa boleh bersabar hingga Jumaat ni.

Kak Liza Oh Kak Liza

Kak Liza ni cleaner kat office akak ni. Orangnya comel je dan peramah sangat. Kalau tengok muka dan susuk tubuhnya tiada sapa akan percaya umur Kak Liza ni melewati 40 an dan ada ada ramai anak.
Akak kagum ngan Kak Liza ni, saban hari dia datang ke office ada saja benda yang dibawa untuk diniagakan. Segala jenis kerepek dijualnya. Bila musim raya pulak, dia jual kuih raya. Semuanya hasil tangannya sendiri. Bukan ambil untung atas angin.
Baru2 ni dia jual kuih raya.


Sebekas kuih raya tu RM5. Tak kira biskut apa. Chipsmore ke, semprit ke, tat ke. Macam2 lagilah. Bila tanya berapa ketul biskut dalam tu, mudah je dijawab. "Asal penuh bekas kuih tu cik puan?".. Errr... Kengkawan office akak memang kesian sangat kat Kak Liza ni. Mana untungnya bila jual sebotol RM5. Kos tepung, gula, botol kuih tu lagi. Tambah sadis lagi, untuk kuih tat, jem dia beli lain. Adeh...
Tapi bagi Kak Liza, dia tak pikir untung rugi (mungkin sebab dia buta huruf). Asalkan hasil jualannya habis. Yang bestnya Kak Liza bagi tau, kalau jual kat office akak, semua ok je dengan harga yang dia letak. (Dah murah luar biasa memang lah ok). Tapi rupanya bila jual kat office lain masih ada yang tawar menawar untuk harga yang lebih murah. Hmmm...kesian Kak Liza.

Happy Birthday Faiz


Semoga jadi anak yang soleh. Cemerlang dunia akhirat. Jadi abang yang penyayang yang selalu melindungi adik. Mama ngan papa sayang abang selamanya.








Yang tu semua ucapan happy birthday dari mak pak sedara dan sepupu.
Dan yang ni paling istimewa.



Ucapan dari Memey kesayangan abang.



Selamat hari ulangtahun kelahiran Muhammad Amirul Faiz bin Mohd Faizal..

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff