my nuff

Kak Liza Oh Kak Liza

Kak Liza ni cleaner kat office akak ni. Orangnya comel je dan peramah sangat. Kalau tengok muka dan susuk tubuhnya tiada sapa akan percaya umur Kak Liza ni melewati 40 an dan ada ada ramai anak.
Akak kagum ngan Kak Liza ni, saban hari dia datang ke office ada saja benda yang dibawa untuk diniagakan. Segala jenis kerepek dijualnya. Bila musim raya pulak, dia jual kuih raya. Semuanya hasil tangannya sendiri. Bukan ambil untung atas angin.
Baru2 ni dia jual kuih raya.


Sebekas kuih raya tu RM5. Tak kira biskut apa. Chipsmore ke, semprit ke, tat ke. Macam2 lagilah. Bila tanya berapa ketul biskut dalam tu, mudah je dijawab. "Asal penuh bekas kuih tu cik puan?".. Errr... Kengkawan office akak memang kesian sangat kat Kak Liza ni. Mana untungnya bila jual sebotol RM5. Kos tepung, gula, botol kuih tu lagi. Tambah sadis lagi, untuk kuih tat, jem dia beli lain. Adeh...
Tapi bagi Kak Liza, dia tak pikir untung rugi (mungkin sebab dia buta huruf). Asalkan hasil jualannya habis. Yang bestnya Kak Liza bagi tau, kalau jual kat office akak, semua ok je dengan harga yang dia letak. (Dah murah luar biasa memang lah ok). Tapi rupanya bila jual kat office lain masih ada yang tawar menawar untuk harga yang lebih murah. Hmmm...kesian Kak Liza.

3 comments:

MNH SASTERA MELAYU said...

Kesiannya dia... Tapi dia tetap.berniaga untuk sara kehidupan dia sebagai hamba Allah kat muka.bumi ni. Moga Allah lipat gandakan.rezeki.dia. Amin....

Musliza Mohamad said...

Kena ajar dia kira: Revenue - Cost = Return.

Tuan Asmila Tuan Mohd Nor said...

Kesiannya...tak apa Allah lebih tau... Tp sapa yang minta kurang tu memang kurang asam

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff