my nuff

Nak Tolong Melayu Punya Pasal

Tak tau nak kata apa. Kita ni punya dengan niat baik suci murninya  nak tolong bisnes orang melayu, tapi hasilnya hampeh...
Ofis akak nak tempah frame baru dengan carta organisasi baru.
Sebelum ni memang tempah kat tempat lain, tapi kali ni naklah cuba tempah kat tempat baru.
Milik sepenuhnya orang MELAYU.
 Kita orang nak tempah bingkai macam yang bawah ni.
Almaklumlah, kan dah penuh senarai tu, nak tambah nama lain kena buat baru.
Dah bawa dah bingkai ni ke kedai tu, dah maklumkan nak sejibik sejibon dengan yang ni, kalau ada bezakan pun mungkin sikit je iaitu corak bingkai tu.
Tapi bila siap, hasilnya macam kat bawah ni.
Tak ke jauh no bezanya tu.
Memang tak puas hati.

Tu belum lagi dengan carta organisasi tu, dah le besi bingkat carta tu buruk je, mesti recycle punya.
Lain suruh buat, lain yang dibuatnya.
Memang mengecewakan.
Kalau macam ni lah sikap peniaga melayu memang takkan ke manalah.
Dan inlah kali pertama dan terakhir kami akan berurusan dengan kedai tu.

Mana Tudung Periuk Nasi..










posted from Bloggeroid

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff