my nuff

Siapa Bakal Juara Pencetus Ummah


Gambar dari Kosmo 09.01.2014

Malam ni final untuk Pencetus Ummah. Satu rancangan realiti yang penuh dengan pengisian. Empat PU akan berentap merebut gelaran juara. PU Rahmat, PU Shahul, PU Hafiz dan PU Yeop.
PU feveret makcik2 bedah dah tentunya anak muda 20 tahun tu iaitu Rahmat. Rekod bersih, tak pernah sekali pun tersenarai 3 peserta terendah. Bagi akak penyampaiannya memang menusuk hati tapi bila dia mengalunkan ayat AlQuran, ada kekurangan di situ.
PU pilihan akak, PU Shahul, memang dari raut wajahnta buat kita gerun, tapi penyampaiannya bersahaja dan berisi. Sesuai lah dengan statusnya seorang Pengetua maahad. Pada pendapat akak, Pencetus Ummah ni hanta sekadar platform untuk orang mengenali PU Shahul.
PU Hafiz ok juga, tapi graf penyampaiannya ada turun naik. Tidak konsisten. Berbanding dengan PU Yeop, konsisten pada tahap yang sama saja.
Apapun kita tunggu keputusannya malam ni. Tak kisah siapa yang akan menang tapi yang penting pengisian dan ilmu yang boleh kita ambil dari program tu,

posted from Bloggeroid

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff