my nuff

Firas Nyanyi Lagu Negara Ku



Akak perasan, bila Firas leka bermain, dia akan menyanyi. Sebelum ni dia nyanyi lagu twinkle2 little star. Tapi semalam ada lagu baru, lagu Negara Ku. Tapi part corusnya., memang lucu. Sebab dia nyanyi dengan penuh semangat. Tapi akak x faham sepatah pun sebab dia nyanyi dalam loghat Jerman. Tapi bila kita dengar nadanya, kita boleh tangkap tu lagu Negara Ku. Hehehe. Tahun ni Firas nak masuk 2 tahun. Boleh lah ckp sepatah dua mcm mama, papa, nak, kak (bukak). Dan kalo dia nakkan sesuatu dia akan tarik tangan akak, dan tunjuk apa yang dia nak,. Hmmmm,.,,

posted from Bloggeroid

Maggi Sangat Lebih Beracun Dari Dadah

Di Facebook hari beberapa kenalan post tentang Maggi ni.
Memang dah lama tau tentang keburukan makan maggi ni.
Tapi akak rajinkan diri untuk google tentang maggi.
Sebelum ni, akak dah tau tentang maggi mempunyai wax dan perlu beberapa hari untuk dihadamkan.
Tapi dalam artikel Maggi Sangat Beracun Lebih Dari Dadah di www.kualalumpurpost.net ni, ada banyak lagi kandungan maggi yang boleh mendatangkan kesan buruk.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?
Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9) Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.



BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff