my nuff

Salji Di Indonesia, Malaysia Makin Sejuk







Dua2 gambar ni dapat dari wassup suami. Hmmm... cuba bayangkan ye Malaysia bukan lagi beriklim khatulistiwa, tapi ada 4 musim macam negara yang 4 musim tu. Ada musim panas, sejuk, bunga dan luruh. Wahhhh.... ge kerja pakai baju sejuk tebal2, pakai but, baju kurung?? Pakai masa musim panas je. Hehehe

posted from Bloggeroid

Faiz, Hari Ni Ada Rentas Desa Ke?



Hari ni, keluar rumah macam biasa, tak awal sangat atau lambat sangat. Hantar Firas ke Taska dulu. Ada dengar2 tentang sukan rentas desa. Hmmm... sekolah lain kot. Sebab Faiz hari ni pakai uniform sekolah macam biasa. Yang tau hari ni ambil duit bantuan RM100 tu. Lepas hantar Firas, pergi ofis dulu sebab nak buka pintu ngan punch card. Yang bestnya hari ni semua lift rosak. Kena mendaki tangga untuk ke aras 2. Aduh yai. Selesai urusan ofis, keluar balik untuk hantar Faiz ngan Fahim ke sekolah. Sampai sekolah, akak tengok semua budak pakai baju sukan. Alamak.... Akak pandang Faiz.. "hari ni ada rentas desa ke faiz?" "Yelah mama" Aduh. Akak hantar Fahim ke kelas cepat2 lepas tu bawa Faiz balik rumah untuk tukar baju. Pusing balik ke sekolah. Faiz sampai lewat ke sekolah hari ni. 7.45pagi. Nasib baik hari ni hari sukan. Haihh... sorry Faiz. Mama tak perasan tarikh masa mama isi borang kebenaran untuk rentas desa tu. Huhuhu.

posted from Bloggeroid

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff