my nuff

Nak Curi Pagar Atau Nak Pecah Masuk

Pukul 11.30 tadi suami call akak, suruh ambil anak2 kat sekolah, lepas tu balik rumah. Akak tanya kenapa. Macam ada kecemasan je. Suami akak bagi tau, jiran bagi tau pagar rumah dah terangkat. Aduh yaii... takkan tragedi 22.10.2012 berulang lagi. Akak minta suami akak balik rumah dulu. Akak tunggu anak2 habis sekolah dulu. Lagipun hari ni kan pukul 12 dah balik. Jadi adalah lebih kurang setengah jam je lagi. Usai ambil Faiz dan Fahim kat sekolah, akak terus balik rumah. Faiz dah bising dah kenapa balik rumah terus, tak singgah kedai papa dulu. Akak tak bagi tau diorang pun pasal pagar terangkat tu. Sampai rumah, akak tengok rumah dalam keadaan biasa je. Akak patah balik untuk ke kedai jumpa suami. Suami bagi tau masa dia sampai rumah, sebelah pagar dah terkulai, sebelah lagi masih kat tempatnya. Mungkin sebelah lagi tu tak boleh angkat. Tapi tak tau lah, penyangak tu nak curi pagar tu aje ke atau nak pecah masuk rumah. Sebab pintu gril rumah ok je.






Terima kasih pada jiran yang bagi tau.

posted from Bloggeroid

Dapat Buku Baru Simpan Buku Lama

Yang ni buku lama


Yang ni buku baru


Yang lama tu memang lama sangat sebab yang tu tahun 2010 punya


Tahun 2014 baru dapat yang baru


Bukan saja nak buat koleksi tapi maklumat yang dalam tu yang akak pentingkan... senarai sekolah negeri pahang... no telefon, nama gb/pengetua dengan alamat sekolah...


Terima kasih ye...

posted from Bloggeroid

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff