my nuff

Zamir Juara Masterchef Malaysia Allstar

Tamat sudah Masterchef Malaysia Allstar. Finalisnya Celina dan Zamir. Kedua2 sama hebat. Ada kekurangan, ada kelebihan masing2. Apapun tahniah untuk Zamir. Zamir dapat menyumbang RM55000 untuk Rumah Teduhan Kasih dan bawa pulang trofi. Kesian pulak kat Celina, hanya mampu untuk bergelar naib juara. Apapun saingan diorang memang sengit.

posted from Bloggeroid

Hidung Tersumbat

Hidung dah mula buat hal. Bahana menyemak fail. Memang akan jadi macam ni sebab alergi dengan habuk kertas. Bila dah kena selsema, mulalah hidung pun tersumbat. Akak google macam mana nak redakan hidung tersumbat.

1. Mandi Air Panas
Wap dari air boleh melegakan hidung.

2. Minum Air Suam

3. Tidur dengan bantal yang lebih tinggi.

4. Minum Air Limau Suam

5. Makan makanan yang pedas.

6. Berwap

7. Minum Teh Herba

8. Minyak Kayu Putih

9. Sup Ayam

10. Berkumur Dengan Garam

Hmm boleh cuba nanti. Akak dapat dari web negara jiran. www.merdeka.com

posted from Bloggeroid

Budak Lima Tahun Terperangkap Dalam Lif

Akibat suka berebut dam berlumba dengan abang sendiri seorang kanak2 pra sekolah 5 tahun terperangkap dalam lif tempat ibunya bekerja. Kejadian berlaku apabila kanak2 tersebut masuk ke dalam lif bersama abangnya tanpa menunggu ibunya. Akibatnya pintu lif tertutup sebelum ibunya sempat masuk ke dalam lif. Ibunya naik lif berasingan kerana tau anaknya akan tunggu di tingkat 2 tempat dia bekerja. Malangnya, bila sampai tingkat dua, hanya abang je yang ada kerana adiknya enggan keluar dari lif. Dari tingkat dua kedengaran raungan kanak2 tersebut sebab dia dah keluar ke tempat dia naik tadi iaitu aras LG. Tak lama kemudian suara raungan diam kerana kanak2 5 tahun telah di'selamatkan' oleh abangnya. Ibu dan abangnya lega. Dalam hati ibu berdoa agar kejadian ini menjadi pengajaran untuk mereka dua beradik yang selama ini mengendahkan larangan ibunya supaya tidak berebut antara satu sama lain.

posted from Bloggeroid

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff