my nuff

Maharaja Lawak Mega Akhir - Siapa Bakal Jadi Juara

Malam ni malam final untuk Maharaja Lawak Mega 2013.
Tak sabar nak tengok pukul 10 malam ni.
Lima finalist bakal berentap.
Shiro, Sepahtu, Nabil, Bocey dan Jambu.
Siapa pilihan akak? Dah tentulah kumpulan Shiro.
Berharap sangat diorang ni jadi juara.
Lawak diorang sentiasa segar dan kelakar.
Satu lagi peserta yang akak harapkan boleh menang besar malam ni kumpulan Bocey.
Gabungan kumpulan Bochik dan Achey dari Bintang Mencari Bintang memang menjadi.
Tiga peserta lain adalah nama besar dalam dunia lawak ni.
Nabil - Kalau dia buat lawak guna loghat lain selain N9 memang tak menjadi. Terutama sekali kalau guna loghat indon. Tak kelakar langsung. Lebih baik dia cakap biasa atau loghat n9 dia sendiri.
Sepahtu- Ada kalanya ok, ada kalanya lawaknya over sangat.
Jambu - Kalau diorang ni jadi juara, memang akak akan menangis terguling2.
Tak tau apa yang kelakarnya.
Lawak yang merapu hingga kekadang macam memperbodohkan diri sendiri.
Hmmm...
Apapun kita tengok malam ni...
Apa cittaaaa.... (pinjam tageline ropie comey ppppppeeeppp)

Kayuh Basikal Dari Semenyih Ke Shah Alam

Pagi dengar kat Sinar.fm tentang kisah budak perempuan 12 tahun keluar rumah jam 4.40 pagi kayuh basikal dari rumahnya di semenyeh untuk shah alam. Tujuannya hanya untuk menyaksikan Maharaja Lawak Mega dan untuk berjumpa dengan idolanya Dato AC Mizal dan Shiro. Berani gile budak ni. Tapi dia ditemui oleh pihak polis jam 11.30 pagi di taman conought. Tapi Sinar.fm merealisasikan impian budak tu dengan menemukannya dengan finalist MLM dan Dato AC Mizal. Korang boleh tengok video pertemuan tersebut di FB Sinar.fm. Tapi korang jangan salah sangka plak.. Tujuan sinar.fm tu hanya untuk menjadikan impian budak tu jadi nyata supaya kejadian sama tak berulang lagi. Dan amaran keras diberikan pada anak2 diluar yang perbuatan keluar dari rumah tanpa pengetahuan ibu bapa jangan sesekali dicontohi...


Sumber FB Sinar.fm

posted from Bloggeroid

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff