my nuff

Kasut Dalam Beg



Kemas beg sekolah Faiz jumpa kasut ni. Aikkk. Kasut hitam ni Faiz pakai semalam untuk pj. Dia nak pakai kasut sukan tapi tak ada. Akak suruh pakai kasut hitam tu. Tapi anak akak yang sorang ni memang skema budaknya. Dia kata bila pakai kasut hitam sama macam pengawas. Adeh. Akak kata ok je. Cikgu tak marah. Tapi bila balik sekolah akak tengok Faiz dah pakai kasut putih. Rupanya dia dah letak kasut putih dalam beg sekolah dia. Adeh... Risau betul dia. Padahal ada je akak tengok budak lain pakai kasut selain putih. Ada yang warna warni lagi. Hehehe.... Faiz... Faiz....

Roti dan Telur



Pesan kat suami, bila balik nanti bawa roti dengan telur. Plan nak buat roti telur untuk sarapan pagi. Bila bangun pagi tadi yang ada roti 70 sen dengan telur. Ingatkan suami salah faham. Rupanya stok roti sandwich tu dah habis kat kedai. Pagi ni untuk sarapan 3 hero tu roti 70sen dangan air milo. Ok juga..

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff