my nuff

Bersyukur Yang Teramat Sangat



Masa memandu banyak bagi peluang untuk akak tengok pelbagai karenah manusia yang ada kat muka bumi ni. Berbagai2. Ada yang menggelikan hati, ada yang menjelikkan, ada juga yang buat kita naik angin. Tapi kali ni memang berbeza. Satu hari akak potong sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang wanita. Masa melepasi wanita tu, akak terpandang satu tangan kecil sedang berpaut pada lengan wanita tu. Ada anak seusia Firas duduk dalam raga motor tu. Buat akak tersentap dan menitiskan air mata. Rasa syukur yang teramat sangat sebab anak2 akak tak perlu merasa pengalaman yang sebegitu. Dalam masa kita selalu mengeluh akan kesukaran kita, realitinya ada yang lebih susah dari kita. Syukur Ya Allah...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff