my nuff

Fobia Dengan Baby Car Seat

Habit akak sekarang, bila melintasi mana-mana kereta yang ada baby car seat memang akak akan perhati betul. Takut2 ada anak kecil yang dibiarkan sendirian dalam kereta. Kalau itu dinamakan fobia, ya akak mengaku dan terima. Semuanya bermula setahun yang lepas. Julai tahun lepas. Siapa masih ingat kisah anak malang yang ditinggalkan ibunya dalam kereta sewaktu ibu mengajar sesi petang. Azabnya anak malang tu masih lagi terbayang walaupun akak tak tengok dengan mata kepala akak sendiri. Setiap kali mengenangkannya hati akak jadi kecut dan menggigil. Sentiasa berdoa agar akak tak diujikan sebegitu. Hati dan diri akak ni tak sekental ibu anak malang tu. Dan sekarang heboh tentang kes culik. Buat hati ibu ini bertambah gentar.


Saja tepek gambar Firas...

Cerita Subuh Semalam 09.07.2014

Dua peristiwa besar terjadi pada Subuh semalam. Brazil kalah bola dan Gaza dibedil peluru Israel jahanam. Tapi berita kekalahan Brazil lebih hebat diperkatakan. Sampai pak menteri kita pun bagi komen. Cerita Gaza diserang Israel? Hanya golongan picisan yang memperkatakannya. Adakah kerana Brazil kalah bola tu lagi dasyat dari Gaza yang berperang. Mungkin ada mulut2 lancang yang membidas. "Ala... Gaza tu memang tiap2 kali puasa kena serang. Bukan selalu dapat tengok Brazil kalah teruk macam tu. Dan subuh semalam pastinya orang Islam kat Malaysia ni lebih ramai yang bersedih dek kekalahan Brazil berbanding mereka yang sedih mengenangkan nasib penduduk Gaza di Palestin.

Dan jika ada yang terlintas terfikir kenapa rakyat Gaza tu tak keluar je dan tinggal di tempat yang lebih selamat? Ini jawapan saudara kita di sana.


Terima Kasih saudara ku...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff