my nuff

Perodua Bezza - Wuuuuuu

Perodua ada keluar kete baru ea. Akak baru tau hari ni. Itu pun sebab ada kawan tanya pasal kete ni dalam group wssp. Akak google pasal kereta Perodua Bezza ni. Wuuuuuuu.... Waaaaaa.... Yang menarik bagi akak, dashboard dengan pintunya...











#hondacrvtetapdihati

Takkan McD Je...

"Salam! Jumaat ni diorg nak buat Hari Tanpa Mcd Malaysia. Dalam masa 24jam, takde siapa makan mcd. Bgtau kawan2.. Nnti ade yg tak tahu pulak. Satu Malaysia boycott mcd hari jumaat ni. Malayu cina india semua boycott."
Itu mesej yang sedang viral di wssp sejak awal minggu ni. Semua orang pakat nak boikot McD dengan alasan sebab McD ANTARA penyumbang kepada Zionis untuk serang Gaza. Kenapa akak besarkan perkataan ANTARA tu? Dah tentunya selain McD ada lagi company lain yang tersenarai. Tapi kena tak boikot besar-besaran produk yang lain tu. Kenapa hanya McD. Sampai ada yang buat perhimpunan kat depan restoran McD. Kenapa tak buat benda yang sama di Kilang Nestle tu, tak pun restoran Starbuck ke atau pasaraya Tesco ke. Diorang tu penyumbang zionis juga.
Takut2 kempen boikot McD ni hanya agenda sesuatu pihak untuk menjatuhkan McD. Akak ada terbaca, kebanyakan pemilikan francais McD di Malaysia ni milik bangsa MELAYU. Orang Melayu semua, tolong buka mata hati tu. Jangan mengikut membabi buta.
Kalau kita sedih dengan kekejaman zionis terhadap saudara kita di Gaza, tolong sedih juga untuk nasib saudara kita yang mencari rezeki di McD tu. "Ala... Bumi Allah swt ni luas, cari je keje lain" jangan mudah ungkapkan ayat tu kalau tak pernah rasa sukarnya mendapatkan pekerjaan. Hak memboikot hak kita sebagai pengguna, tapi jangan ganggu hak mereka yang sedang mencari rezeki di McD tu.
Dan pagi ni ada lagi mesej berkaitan boikot ni.
"Iklan Penting Jap
Info dari kwn2:
Mana2 kereta yg tampal sticker2 product israel.. Spt :- McD, Starbuck & apa2 juga yg berkaitan dgn Israel, mohons TANGALKAN sticker tu.. ada group yg extreme smpai sanggup pecahkan cermin kereta.. berlaku d ipoh ni..
Sebar2kan..!!"
Ok yang berperangai extreme tu memang tak ubah macam zionis....
#satusudutlainadabangsalaintengahtepuktangansambilkata"bodohorgmelayuni"....

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff