my nuff

Cerita Tentang Kursus

Kursus.. kursus.. Kursus... Dari pertengahan bulan Ogos lepas sampai hujung bulan ni asyik kena pergi kursus. Aduh... Memang penat. Mula sekali Kursus Pemantapan Pengauditan di Kuala Terengganu. Hmmm... Boleh katakan kursus yang membosankan sebab benda yang dibuat hari2. Yelah, namapun pemantapan kan. Akak drive sendiri tau ke KT. Perjalanan ambil masa lebih kurang 6 jam dari Temerloh. Phewww... Memang penat. Pergi 10/8 hari ahad balik 14/8 hari khamis.
Lepas tu 24/8 - 26/8 hari tu ke Teluk Batik pulak untuk Kursus Pengurusan Kendiri. Lengkap, padat dan booommm. Memang best. Walaupun menguji ketahanan fizikal. Jungle tracking, berakit dan flying fox. Memang release kepala otak. Tapi kali ni naik kereta jabatan.
Yang buat akak tak senang duduk sekarang ni Kursus pengurusan kewangan di PPD Temerloh esok dan lusa. Kali ni bukan sebagai peserta tapi sebagai penceramah. Gile tak cuak. Kecut hati akak ni dik. Nak kena berdiri depan orang ramai.
Minggu depan ke Kuantan pulak untuk kursus 1GFMAS. Jangan tanya apa bendanya tu. Yang akak tau benda alah tu yang akan gantikan eSPKB.
Harap2 lepas ni tak de kursus lagi. Keje banyak tertunggak woo. Sapa nak tolong siapkan. Akak juga...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff