my nuff

Saloma Biopic - Rugi Kalau Tak Tengok

Hari ni baru berkesempatan tonton Saloma Biopic arahan Melisa Saila di Astro First. Wow... Itu perkataan yang sesuai untuk akak gambarkan filem tu.
Tambah wow lagi dengan lakonan Nabila Huda yang mendukung watak Saloma dari remaja hingga akhir usia biduanita negara tu.

Episod pertama Mencari Guruh. Kisah Saloma dari kecil hingga dia ditawarkan sebagai penyanyi kelab. Dalam kisah tu juga diceritakan tentang bagaimana kehidupannya bersama Mariani selepas tinggal dengan ibu tiri setelah ibu dan bapanya bercerai. Bertapa tekadnya dua beradik itu melarikan diri dari Tanjung Karang ke Singapura. Kemudian Saloma atas dorongan bapa tirinya Pak Mam mengasah bakatnya sebagai penyanyi. Dalam episod pertama ni juga menceritakan tentang perkahwinan Saloma dengan AR Tompel tanpa restu ibunya. Dan akhirnya bercerai. Selepas bercerai barulah Saloma mula menghambakan diri dalam bidang nyanyian.
Episod kedua - pandang kasih
Kali ni penceritaannya lebih kepada cinta antara P.Ramlee dan Saloma. Dan sedihnya bila menyaksikan betapa deritanya Saloma selepas pemergian P.Ramlee.
Istimewanya filem ini diakhirnya dipaparkan klip persembahan terakhir Allahyarhamah Saloma mendendangkan lagu Dimana Kan Ku Cari Ganti. Yang terakhir mungkin kerana dalam filem tu dipaparkan Saloma pengsan ketika persembahan tersebut.
Pada peminat filem biografi macam akak, jangan lepaska peluang untuk tonton Saloma Biopic di Astro First. Hanya RM20 untuk dua episod setiap satunya berdurasi 110 minit.
Antara pelakon yang memberi kesan mendalam pada pendapat akak, dah semestinya Nabila Huda sebagai Saloma, Azhan Rani sebagai AR Tompel, Lydyawati sabagai ibu Saloma, Hasnul Rahmat bapa tiri Saloma dan Syarifah Amani sebagai Siput Sarawak.

Moh Ke Kuantan

Sekarang ni akak on the way ke kuantan. Kursus lagi. Selasa minggu lepas dah pergi atas tujuan kursus sampai hari jumaat. Masa kursus akak menginap di hotel Rocana. Hotel baru. Hmmm boleh lah... Hari sabtu ke kuantan semula. Kali ni urusan keluarga pulak. Duduk semalam kat rumah kakak ipar. Pagi ahad sebelum subuh dah gerak balik ke temerloh. Dan hari ni pergi kuantan semula sampai khamis baru balik temerloh. Tapi kali ni akak menginap hotel grand continental. Akak pernah duk hotel tu tahun 2009 lepas.
Hai... Kursus....kursus... Kursus...
Setahun nak cukupkan 7 hari je... Tapi tahun ni terlebih sudah...


Rindunya mereka...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff