my nuff

Kentalnya Hati Ibu Ini

Pagi-pagi lagi bila melawat muka buku, terpandang gambar-gambar ini. 
Kalau ikutkan keterangan pada gambar tu, Ibu dan dua anaknya yang masih kecil sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.
Aduh...
Rasa terduduk bila tengok kegigihan ibu itu melawan kepayahan.
Tak tau apa cerita sebaliknya (mana suaminya, kenapa tak naik pengangkutan awam, apa tujuan), tapi pagi-pagi Jumaat ni buat akak sedar, sesukar mana pun hidup kita, ada lagi yang lebih susah.







Sebelum 35 Tahun


Pencuri Kain Kafan


Ada seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah SWT
Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat tujuh perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.
"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah SWT sewaktu hidupnya. Lantaran Allah SWT menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
Maka ahli ibadah tersebut pun menjawab lagi, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain"
Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.
"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
"Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?
" Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah SWT sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya. "Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.
"Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi tiga hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
"Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya."
"Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," tambah ahli ibadah tadi lagi.
"Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
Maka ahli ibadah beristighfar dan menjawab, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah SWT baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah SWT kita datang dan kepada-Nya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Sama-sama kita bermuhasabah dan menginsafi kelemahan yang kita ada. Semoga kita tergolong dalam hamba-hamba-Nya yang bertaqwa.

Warkah Bonda Untuk Anakanda



Terbaca warkah tulisan Raja Zarith Sofiah untuk anakandanya Almarhum Tunku Jalil buatkan air mata ibu ini jatuh. Terharu akan kasih sayang ibu kepada anaknya serta cinta anak terhadap ibunya.

A letter to my son, Jalil :
My darling Lil,
I know the only reason you wanted to be in hospital was because you were in great pain but that you really wanted to be home : you've been in too many hospitals too many times. But Allah, in His Infinite wisdom, placed you there so that we, your family, would spend as much time as we could with you.
I have a thousand and one memories of you during your last days in this world.
I remember, once, you closed your eyes and tears flowed onto your cheeks, as you fought the pain, and I held your left hand and I wept, trying hard not to make any sounds. I thought you could not see me cry because your eyes were closed but you knew, and you put your right hand over mine and you patted it, as if you were saying, "Don't cry, I am all right."
I remember all the text messages you sent me. When I wrote that I was praying for you, you wrote back that you had prayed too, but that you had asked Allah to let you bear the burden of my worries.
When I looked at your grave, my heart ached with pain. I watched your father and your brothers fill it up with earth while Boo and Inah stood near me. I looked at your brothers and counted three sons. Boo was beside me. There are five of you. Where was my fourth son? And then I realised it was you who was missing. I had forgotten you were beneath the mounds of earth.
And I held up my hands and whispered "From You we come, and to You we return. I return to You, O Allah, my son."
May you be with the righteous, my son.
Warkah buat anakku, Jalil :
Mama tahu, satu satunya sebab Lil pergi kehospital adalah kerana Lil menanggung kesakitan yang amat sangat. Lil sebenarnya hendak kekal tinggal di rumah : Lil telah terlalu kerap ke hospital.
Namun Allah S.W.T., Yang Maha Mengetahui, menempatkan Lil disana agar kami, keluarga Lil, dapat meluangkan sebanyak masa bersama Lil.
Mama menyimpan seribu satu kenangan tentang Lil ketika Lil menghabiskan hari hari terakhir Lil di dunia ini.
Mama terkenang satu ketika sewaktu Lil memejam mata dan air mata menitis di pipi Lil, semasa Lil cuba melawan kesakitan yang ditanggung. Mama memegang tangan kiri Lil dan menangis. Mama mencuba sedaya upaya untuk menahan sedu sedan Mama dari kedengaran. Mama fikir, Lil tidak nampak Mama menangis kerana mata Lil pejam. Tapi Lil tahu. Lil meletak tangan kanan Lil diatas tangan Mama dan menepuk nepuk dengan perlahan, seolah berkata "Jangan menangis, Lil tidak apa apa."
Mama ingat semua mesej pesanan ringkas yang Lil hantar kepada Mama. Bila Mama mengatakan bahawa Mama telah berdoa untuk Lil, Lil membalas dengan mengatakan bahawa Lil juga telah berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T. biarlah Lil yang menanggung semua kebimbangan Mama.
Bila mama melihat makam Lil, hati mama dipenuhi keperitan. Mama masih terbayangkan detik ketika Babah, abang dan adik Lil memenuhkan kubur dengan tanah sementara Boo dan Inah berdiri disisi Mama. Mama memandang kearah abang dan adik Lil, dan membilang hanya tiga anak lelaki. Boo disisi Mama. Anak lelaki Mama lima orang. Dimana anak mama yang lagi seorang? Dan Mama baru tersedar bahawa Lil yang tiada. Lil kini berada dibawah timbunan tanah itu.
Dan pada ketika itu, Mama menadah kedua tangan mama dan berbisik, "Sesungguhnya dariMu kami datang, dan kepadaMu jua kami kembali. Daku memulangkan kepadaMu, Ya Allah, anakku."
Moga Lil ditempatkan bersama mereka yang soleh.
Semoga roh Almarhum Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail ditempatkan dikalangan orang yang beriman. 

Cara-Cara Menjawab Soalan Temuduga Dalam Bahasa Inggeris


1. Why do you want to work in this company? (Kenapa anda ingin bekerja di syarikat ini?)
JAWAPAN SALAH:
“Because I like to work here. I like this job. I love this industry”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
I’ve always loved administration (contoh bidang kerja yang dipohon) because I am an organized person. I like things to be organized and systematic. I work well under stress so I can handle any kind of task with minimal supervision.
2. Tell us about yourself/ Introduce yourself (Perkenalkan diri anda)
JAWAPAN YANG SALAH:
“My name is Carla. I was born in 22 September 1989 in Sarawak. My mother is a housewife and my father is a teacher. I graduated from UITM in 2013. I studied Business Administration. I have never worked before.”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“My name is Carla and I’m 26 years old. I have a degree in Business Administration. Although I haven’t had any working experience, I’ve spent my free time reading business articles and researching about latest business news just to keep me updated. I’m hoping to be given a chance to experience the real world of business”
3. What did you quit your last job? (Kenapa anda berhenti kerja anda sebelum ini?)
JAWAPAN SALAH:
“I quit because my last job was terrible. The workload was so heavy and the boss was so pushy. My previous boss was nightmare”
PERINGATAN: Majikan yang bakal mengambil anda bekerja ini mungkin bakal menjadi bekas majikan anda juga. Jadi, jangan tunjukkan yang anda suka memburukkan majikan.
APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “I loved my last job. It taught me so many things and my previous boss has always been helpful. But I quit because I want to experience new environment and broaden my horizon by working in a different company.”
4. Where do you see yourself in five years? (Apa yang anda lihat di dalam diri anda 5 tahun lagi?)
JAWAPAN SALAH:
“Relaxing in Maldives” atau “Being a boss in this company”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I hope to become very well-experienced in what I do and have a better understanding of my field
5. What’s your greatest weakness? (Apa kelemahan terbesar anda?)
JAWAPAN YANG SALAH:
“I tend to put things to the very last minute.”
PERINGATAN: Jangan hanya beritahu kelemahan anda. Tidak salah berlaku jujur tapi haruslah disokong dengan kelebihan anda.
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I tend to put things to the very last minute. But I work well under pressure and I personally think that pressure motivates me to work twice as hard and finish my work on time”
6. What salary are you looking for?
JAWAPAN YANG SALAH:
“I hope to get a suitable salary that would be able to support me, living in this economy and in this big city”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I hope to get a salary that is suitable with my qualification and job duties. I also want to be considered based on my working experience”
7. Why should I hire you?
JAWAPAN YANG SALAH:
“Because I’m the best candidate” atau “Because you’re hiring”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I’m a team player, I work well under pressure, and I’m a people person. I can work with all kinds of people and am always willing to learn new things and tackle new challenges.”

Dia Hanya Pelawak Biasa

Berita pemergian Pak Yus (Yus Jambu) memang menjadi viral. Viral tentang kebaikannya yang tak jemu-jemu diperkatakan. Pelbagai pihak meluahkan rasa kagum akan keikhlasan Allahyarham dalam melakukan kebajikan.
Dan ini salah satunya.
Lepas maghrib tadi, diri ini menyampaikan kuliyah maghrib.... Mulanya nak sampaikan tentang sunnah ketika ada kematian... Namun, dari awal sampai akhir, aku hanya dapat mampu melazkan kata-kata iktibar yang perlu kita ambil dari kisah kematian seorang pemuda yang telah kehilangan ibu dan ayahnya dan telah banyak menghiburkan kita serta membuatkan kita tersenyum dan hilang stress tatkala menonton telatahnya.
Dalam kuliyah tersebut, aku katakan ;
Ya benar, dia bukan yang dikenali sebagai ustaz, dia hanya pelawak, tapi perasankah tuan-tuan, tatkala dia telah meninggal dunia, Allah memuliakan dia dengan cara Allah membuka semua kisah-kisah kebaikannya ketika dia di dunia, barulah kita tahu yang beliau ini orang yang rajin bersedekah dan menginfaqkan hartanya untuk kebaikan ummat, barulah kita tahu yang beliau ini hidupnya diuji dengan pelbagai ujian keimanan, dia ini kehilangan ibu dan ayah, dia dikatakan dipinggirkan keluarga, berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari nafqah, banyak membantu orang lain yang lebih memerlukan, dan kita dapat tahu kebaikan yang dia lakukan dan ujian yang dia hadapi dengan penuh kesabaran tatkala beliau telah meninggal dunia, dan dia di alam sana, dia tak tahu pun yang sekarang ini kita sedang menceritakan tentang kebaikan dan amal solehnya.
Aku katakan lagi dalam kuliyah maghrib tadi:
Bila Pak Yus dah mati, Allah muliakan dia, Allah buka semua kisah kebaikannya dan sekarang ini barulah kita dapat tahu kebaikannya itu. Semasa beliau hidup, sekalipun beliau pelawak, kita tidak pernah dengar dia menceritakan keburukan orang lain, kita tidak pernah dengar apa-apa yang negatif dari mulutnya terhadap orang lain, kita tak pernah nampak dia menjatuhkan orang lain. Yang kita tahu setelah kematiannya adalah semua cerita-cerita yang amat baik dan meberi keinsafan kepada kita. Akhirnya kita tahu bahawa Pak Yus adalah seorang yang BENAR-BENAR IKHLAS DALAM AMALANNYA SERTA MEMILIKI SIFAT TAWADHU' YANG AMAT TINGGI. Hebat insan yang bernama Yusri Bin Edoo a.k.a Pak Yus, Pak Yuih.
Aku katakan lagi :
Ya benar, beliau hanyalah pelawak, tapi beliau lebih mulia daripada sebahagian orang berstatus agama yang menjual agama untuk kepentingan diri. Pak Yus juga hamba Allah yang akan dihisab oleh Allah nanti. Sekalipun beliau hanyalah pelawak, tapi amal baik yang dilakukan ketika hidup, dia tidak mahu menghebahkannya kerana dia tahu bahawa biar Allah sahaja yang tahu apa kebaikan yang dia lakukan. Hasilnya, bila dia dah mati, Allah buka kisah amal baiknya itu untuk kita jadikan iktibar.
Akhir kata tadi, aku katakan :
Jadilah insan yang ikhlas beramal kerana Allah, jagalah aib, jangan buka aib orang lain, agar bila kita dah mati nanti, orang tak buka aib kita, dan janganlah buka aib diri sendiri, moga Allah tutup aib kita di Mahsyar nanti.
Rahimahullah Pak Yus, Allahumma ghfir lahu warhamhu wa3aafihi wa3fu3anhu.
Kami sentiasa mendoakanmu wahai insan yang telah banyak buat kami terhibur dan tersenyum. Moga amal kebaikanmu, kesakitan mu sebelum mati itu akan menjadi penyebab untuk kau tergolong di kalangan ahli syurga. Amiin.

Tuan Anas Mikael!! Habis Dah....


Huaaa.... abis dah.
Lepas ni tak da lah duduk depan tv pukul 10 malam tiap Isnin sampai Khamis. Apa yang akak boleh kata antara drama yang terbaik yang pernah akak tengok. (Tapi masih tak boleh lawan Bukan Kerana Aku Tak Cinta). Cuma akak rasa dipenghujung drama ni agak mengarut. Lepas tu drama ni terlampau pendek sangat. Penghabisannya agak tergesa-gesa. (Anti klimaks). Nak juga tengok Dato Azhar dengan anaknya Safra tersiksa. 
Lepas tu, apa motif Kak Engku dalam drama tu. Dah macam tanggapan timbul bila nampak perempuan dengan cincin batu besar. Ada yang kata tu bini Dato Azhar lah. Haihhh... Musykil betul.
Drama minggu depan, apa tajuknya? Tak sengaja tersuka? Opss... tengok barisan pelakonnya pun akak rasa dah boring. Amyra Rosli dengan Emma Maembong. Ohhhh.... tidak.. Memang takkan tengok lah. Yeah... Dah boleh tidur awal lepas ni.
Ok Baiii.....

Rahsia Tahi Lalat


1. Bibir atas kanan= Banyak rezeki, pandai
2. Bibir atas kiri = Ramai kawan, baik hati
3. Bibir bawah kanan= Disegani orang, ramai yang suka
4. Bibir bawah kiri = Pandai bicara, tak mudah kalah
5. Leher kanan = Cerdas, jujur, berani menderita
6. Leher kiri = Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahua
7. Leher di tengah= Tercapai cita-cita
8. Biji mata kanan = Suka serong dan pembohong
9. Biji mata kiri = Pembohong tetapi baik hati
10. Hujung mata kanan= Baik hati, sopan santun, cerdas
11. Hujung mata kiri= Baik budi, murah rezeki
12. Punggung kanan= Agak mengalami kesulitan
13. Punggung kiri = Malas dan suka duduk
14. Betis kanan= Suka berhibur, boros
15. Betis kiri= Rajin, tidak suka menganggur
16. Lutut kanan= Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
17. Lutut kiri= Kurang kuat berusaha
18. Kepala sebelah kanan = Terkabul cita-cita
19. Kepala sebelah kiri= Sering menemui kesusahan
20. Kepala sebelah belakang= Jujur, sabar dan tekun
21. Kening kanan = Cerdas dan cekap
22. Kening kiri= Cerdas dan sopan santun
23. Tengah kening= Keras hati dan berani segala hal
24. Hujung mulut kanan= Kecil rezeki, tak mudah kalah
25. Hujung mulut kiri= Suka berpoya-poya
26. Ketiak kanan= Dapat menyimpan rahsia
27. Ketiak kiri= Jujur, banyak yang cinta
28. Pergelangan kaki kanan= Suka keluar rumah
29. Pergelangan kaki kiri= Kehendak kuat
30. Batang hidung= Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
31. Pada hidung= Banyak rezeki
32. Dagu bawah kanan= Jujur dan baik hati
33. Dagu bawah kiri= Bijaksana, dan berbudi luhur
34. Kemaluan kanan atau kiri= Baik, suka senggama
35. Tumit kanan= Jujur dan banyak kawan
36. Tumit kiri= Baik budi
37. Alis kanan= Suka menolong dan baik hati
38. Alis kiri= Ramai yang suka
39. Pangkal peha kanan= Kemahuan kuat
40. Pangkal peha kiri= Suka kerja apa pun
41. Telapak kaki kanan= Tak mudah mengeluh
42. Jari kaki kanan= Suka menolong
43. Jari kaki kiri= Berbudi, suka berbuat baik
44. Bahu kanan= Cermat dlm mbuat keputusan, byk tanggungan
45. Bahu kiri= Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
46. Buah dada kanan= Baik hati, pendiam, simpan rahsia
47. Buah dada kiri= Ramai kawan, setia pada pasangan
48. Lengan kanan= Setia dan taat pada atasan
49. Lengan kiri= Menepati janji dan rajin
50. Pipi kanan= Ramai teman
51. Tengah-tengah pipi kanan= Ramai yang suka
52. Tengah-tengah pipi kiri= Ramai teman
53. Ubun-ubun= Kurang jujur
54. Pusat= Cerdas, tangkas, tekun
55. Pusat bahagian kanan= Sejahtera dalam hidup
56. Pusat bahagian kiri= Beroleh kemuliaan
57. Pinggang kanan= Sayang pada pasangan hidup
58. Pinggang kiri= Disayang pasangan hidup
59. Dada kanan= Dapat mengatasi masalah
60. Dada kiri= Berani, jujur dan sabar
61. Telapak kaki kanan= Tidak mudah mengeluh
62. Telapak kaki kiri= Baik budi pekertinya
63. Siku tangan kanan= Kuat ingin memiliki kejayaan
64. Siku tangan kiri= Baik hati, suka menolong
65. Jari tangan kanan= Serba beroleh keuntungan
66. Jari tangan kiri= Serba baik bekerja
67. Jari telapak tangan kanan= Banyak rezeki tetapi boros
68. Jari telapak tangan kiri= Banyak rezeki dan cermat
69. Pergelangan tangan kanan= Boros, suka bersukaria
70. Pergelangan tangan kiri= Dapat berpangkat
71. Perut bawah kanan= Banyak rezeki, suka memberi maaf
72. Perut bawah kiri= Baik hati, tenang hidupnya
73. Sudut mata kanan dalam= Disayang suami atau isteri
74. Sudut mata kiri dalam= Tidak mudah dilupakan pasangan
75. Sudut mata kanan luar= Baik budi, ramai yang cinta
76. Pelipis kiri= Murah rezeki, dapat jadi kaya
77. Pelipis kanan= Serba berhasil dalam usaha
78. Kelopak mata kanan atas= Baik hati, ramah, berjaya
79. Kelopak mata kiri atas= Baik budi, ramai yang suka
80. Kelopak mata kanan bawah= Agak malas
81. Kelopak mata kiri bawah= Agak bodoh, kurang bijaksana

TANDA TANDA SAKARATUL MAUT


Pertama: 

Sulbi kita terasa Sakit seperti ditusuk dengan jarum sampai keubun ubun, sakitnya luar biasa dan telinga kita mendengar suara tembakan satu kali, maka segeralah kita ucapkan YA HU. Allah memberikan tanda bahwa umur kita tinggal 40 hari. 


Kedua: 

Apabila dari mata kita keluar cahaya yang putih, kemudian cahaya itu berdiri dihadapan kita, kemudian berubah menjadi seorang Insan yang berpakaian amat indah menghadap kepada kita. Apabila jelas tanda ini datang dari pada kita, maka segeralah ucapkan ALLAH HAKKUL HAK Tanda ini Allah menyatakan bahwa umur kita tinggal 7 hari lagi. 


Ketiga : 


Apabila telah keluar dari mulut kita suatu cahaya yang sangat bersinar, kemudian cahaya itu berdiri dihadapan kita, kcmudian berubah menjadi ujud kita atau serupa dengan kita, dan bersamaan dengan itu tercium bau yang sangat harum. Jikalau tanda ini jelas datangnya dari diri kita maka ucapkanlah : 
ALHAMDULILLAHI RABBIL ALAMIN. 
Tanda ini Allah memberitahukan bahwa umur kita tinggal 3 hari lagi. Maka beramanatlah kita kepada sanak saudara dan jangan lagi kita lalai dari amalan-amalan yang sering kita lakukan. 

Keempat: 


Apabila sudah sampai kepada yang terakhir, maka berjagalah kita dan jangan lalai dengan. dzikir nafas yang keluar masuk, sambil menunggu tanda yang terakhir. 
Manakala telinga kita berdengung yang sangat panjang, kemudian mata kita berubah menjadi kabur-kabur, kemudian penglihatan kita menjadi gelap semata-mata dan di dalam kegelapan itu terpandang kita suatu titik cahaya, kemudian berubah pula penglihatan kita menjadi terang benderang penuh semesta alam, maka tenangkanlah hati kita dan berdzikirlah karena kita sedang berhadapan dengan NUR ALLAH. Terakhir pendengaran kita mendengung lagi dan mata kita rasa mengantuk, kemudian tangan kita kita angkat seperti orang yang Takbir seraya mengucapkan 
ALLAHU AKBAR atau LA ILAHA ILLA ALLAH.

*SAKARATUL MAUT* 

JASMANI - kembali kepada bumi, karena menerima himpitan daripada bumi itu. Hanya Rasulullah yang terlepas daripada hisab himpitan itu, sekalipun anak anak. 

ROHANI - kembali kepada Nur Muhammad, karena menanti hari perhitungan pada hari kiamat. 

NYAWA - kembali kepada yang punya hak. Adapun nyawa itu tiada berkeputusan menerima anugerah dari pada Tuhannya, karena ia limpahan dari pada ilmuNya yang qadim dengan menerima kasih sayang dari padaNya. 
Adapun ma'rifat itu, ialah hal keadaannya untuk mengetahui orang yang tiada lepas dari pada berkehendak kepada rahasia. 
Akhir dari ma'rifat itu ialah amal untuk menjalani sampai timbulnya kehendak itu, tiada yang lain tempatnya menjatuhkan kehendak melainkan kepada manusia. 
Asal ma'rifat itu ialah akal untuk menimbulkan keyakinan bahwa ia tiada lepas dan pada berkehendak kepada rahasia. 
Mula ma'rifat itu ialah iman untuk menimbulkan tasdiq, karena tasdiq itu berdiri kepada ke-esaanNya dan kebesaranNya. 

HADRATUR RAHMAN -Menilik kepada hambaNya dengan sifat JAMAL -tilik keelokanNya. 

HADRATUR RUBUBIYAH -Menilik kepada hambaNya dengan sifat JALAL tilik kebesaranNya. 

HADRATUL-ULUHIYAH -Menilik kepada hambaNya dengan sifat KAMAL tilik kesempurnaanNya. Orang yang tiada sampai kepada sebenar benar pengenal maka ditilik dengan sifat KAHHAR artinya tilik kekerasan. 

Musyahadah : bermesralah ujudNya kepada zatNya seperti mesranya cahaya dengan matahari. Pujinya Hu -Allah. 

Sakaratul Maut : Keluarlah Rohani meninggalkan jasmani dengan pujinya Allah -Hu. 
Tinggallah nyawa memuji TuhanNya dengan pujinya Ah -Ah. 
Kembalilah nyawa dengan pujinya 
LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADARRASULULLAH, 
tiada dengan huruf tiada dengan suara.
La hurufin wala sautin.

*Pesan guru ku...
Sebelum kau akan merasai mati, bukalah dahulu Al-Qur'an....Al-Qur'an yang kau dapatkannya itu mestilah al-Qur'an sejati lagi haqiqi, bukanlah sepertimana yang terdapat di toko-toko yang menjualnya berbentuk perhiasan atau kitab. haruslah kau membaca al-Qur'an itu sehinggalah kau dapat mengkhatamkan seluruh bacaannya.. usahlah baca separuh-separuhan lalu kau tinggalkannya begitu saja. setelah kau mengkhatamkan (menamatkan) bacaan al-Quran, hendaklah kau pergi pula menunaikan haji dan umrah dalam perjalanannya yang tak sampai sehari semalam, meskipun jarak tempatmu amat jauh antara Mekah dan Madinah. setelah kau berhaji dan berumrah, hendaklah kau menemui junjungan besar Rasulullah saw, memohon syafaatnya dan kepada sekalian para Nabi dan Rasul agar kau juga diberikan syafaat oleh mereka, dan juga kepada para sahabat Nabi saw berserta ahli keluarganya, dan juga hendaklah kau mendekati kaum muslimin agar kau memperolehi pembelaan dari mereka di hari perhitungan yaumil masyhar nanti.

- tidur itu adalah mati.

- Surah Al-Fateha adalah induk al-Quran atau ummul kitab. makna fateha adalah pembukaan - pembuka bagi segala hijab. Bacalah al-fateha untuk diri mu sebanyak 21X sebelum kau tidur.

-membaca 3 kali Surah Al-Ikhlas adalah sama mengkhattamkan bacaan seluruh al-Qur'an.

- membaca zikir "Subhanallahu Walhamdulillahi Walaailaha illallahu Wallahu Akbar" (tak termasuk bacaan haqalah) adalah sama menunaikan haji dan umrah yang sunnat.

- bersalawat kepada Nabi saw - akan menemui Rasulullah saw dan mendapat syafa'at baginda di dunia dan akhirat. Bacalah sebanyak 9X

- begitu juga jika ditambah salawat kepada sekalian para Nabi dan Rasul dan para mukmin dan mukminat "Wal anbiya'i walmursalin wali jami'il muqmini wal muqminat" akan mendapat syafaat dari para Nabi dan Rasul, dan juga mendapat pembelaan daripada orang-orang mukmin yang soleh di hari perhimpunan yang akan menghisab amalan manusia.

- begitu juga jika ditambah dengan salawat kepada ahli keluarga Nabi Muhammad saw dan sahabat-sahabat baginda saw "wa'alaa alihi wasohbihi ajma'in" - semoga akan berada dekat sisi mereka yang tinggi darjatnya di sisi Allah.

Pesan guru ku lagi....

"Untuk apa mencari tempat yang jauh-jauh dan terpencil dari kebisingan orang ramai seperti mencari sebuah gua untuk bersuluk, sedangkan di dalam diri kamu itu sendiri telah adanya juga Gua Hira sama sebagaimana gua yang pernah dihuni oleh Muhammad Rasulullah dahulunya?"
"Untuk apa sampai menunggu waktu tengah malam kerana hendak bertahajjud, sedangkan kamu bila-bila saja boleh bertahajjud sesudah memasuki dalam diri kamu itu tanpa ikatan siang ataupun malam?"
"Untuk apa pergi jauh sampai ke Kota Madinah untuk menziarahi Masjid Nabawi dan Maqam Rasulullah, sedangkan Rasulullah itu senantiasa boleh kamu menziarahinya di dalam diri kamu itu sendiri?"

Dua Amirul Selamat Berkhatan

Mengkhatankan anak lelaki adalah antara moment penting dalam diari ibu bapa. Dan itu akak dan suami baru alami 2 hari yang lepas. Muhammad Amirul Faiz dan Muhammad Amirul Fahim telah pun selesai dikhatankan. Mereka dikhatankan di Poliklinik Rakyat Bahau, Negeri Sembilan. Kenapa di Negeri Sembilan bukan di Pahang? Itu pun ada kisah disebaliknya.
Sebulan sebelumnya akak dan buat booking di klinik tersebut. Bayarannya RM200 seorang dan perlu dibayar selepas selesai berkhatan. Selain tu staf klinik tu pesan bawa kain pelikat sekali. Akak khatankan mereka di Negeri Sembilan sebab atuk mereka berhajat sangat untuk menjaga cucu lelakinya dalam tempoh berkhatan tu. Maklum sajalah, ayah akak mana ada peluang untuk jaga anak2nya berkhatan sebab anak2nya semua perempuan belaka.
Sehari sebelum hari berkhatan akak sekeluarga balik kampung. Bermulalah drama anak akak yang sorang ni, siapa lagi kalau bukan Amirul Fahim. Mulalah cipta pelbagai alasan untuk mengelak dari dikhatankan. Umur Payim baru 6 tahun lah, Payim nak sunat masa darjah 6 lah, Payim kecik lagi lah. Haiii... Fahim... Fahim.. Bagi Faiz pulak tak ada masalah. Dia memang dah lama sedia untuk dikhatankan. Lagipun tahun depan Faiz akan masuk tahun 4. Dan kebanyakkan rakan sekelasnya dah ramai yang telah berkhatan.
Sehingga pagi sebelum berkhatan, Fahim masih lagi meneruskan drama2nya. Tapi akak buat tak layan je. Sampai klinik jam 11 pagi, seperti waktu yang telah dijanjikan. dalam bilik doktor masih ada lagi seorang budak yang sedang dikhatankan. Akak buat pendaftaran untuk kedua2 Amirul. Sementara suami akak pergi cari parking kereta. Selain akak dan suami, atuk dan sorang lagi atuk sedara juga ikut sama. Sebab risau, drama Fahim akan berlanjutan hingga ke klinik. Semasa pendaftaran, staf klinik tanya yang mana nak dikhatankan dulu, akak bagi tau, bagi adiknya dulu. Sebab kalau bagi abang dulu, dibuatnya abang tu meraung, ada yang adik lari balik nanti.
Selesai pendaftaran, anak2 akak diminta untuk makan 3 jenis pil. Masa bagi makan pil, Faiz pula jadi masalah. Punyalah susah dia nak telan pil tu. Fahim dah selesai telan ketiga2 jenis pil tu, Faiz sebiji pun tak lepas lagi. Adeh. Macam-macam. Kemudian anak2 akak diminta untuk memakai kain pelikat.
Tibalah saat yang ditunggu, nama Amirul Fahim dipanggil masuk ke dalam bilik doktor. Fahim dah mula mengomel. Kenapa dia dulu, kenapa bukan abangnya dulu. Yang menemani Fahim dalam bilik doktor ialah papanya, atuk dan atuk sedaranya. Dari luar akak dengar bacaan2 ayat suci al-Quran dibacakan oleh doktor dan juga Fahim. Tak lama kemudian terdengar Fahim meraung, agak lama. Akak diluar hanya menenangkan abangnya yang pura2 tak ada apa2 tapi muka dah mula pucat. Tak lama kemudian, tiada lagi dengar suara Fahim menangis. Tak lama kemudian dia keluar dengan muka lega. Sampai giliran abangnya pula. Pun sama situasinya dengan Fahim tadi. Cuma Faiz hanya nangis kejap je. Kalau ikutkan cerita atuk sedaranya, Fahim menangis setelah selesai dikhatankan, Faiz pula menangis sebelum dikhatankan. Hehehe... Berbagai-bagai karenah anak2.
Situasi berkhatan zaman dulu dengan zaman sekarang jauh bezanya. Kalau dulu lepas berkhatan, budak lelaki tu hanya perlu baring atau duduk setempat sebab kain pelekat tu akan disangkut pada alang rumah. Disitulah dia makan, disitulah dia tidur. Bila nak ke bilik air ada yang kena tolong pimpinkan hingga ke tandas. Berbeza dengan zaman sekarang. Masa nak dikhatan tu pun dah dibius untuk menghilangkan rasa sakit. Kemudian siap ada sarungnya. Tak perlu lagi sangkut kain untuk elak kena pada luka. Mungkin satu perkara yang sama, hanyalah pantang makan. Supaya luka cepat sembuh.
Selangkah ke alam remaja. Itu yang boleh akak katakan untuk anak2 akak. Lepas ni mereka tak boleh bogel sesuka hati lagi. Tiada lagi aksi meluncur lepas mandi dari ruang tamu ke dapur. Hehehe.
Muka sebelum berkhatan

Macam biasa Faiz memang susah nak suruh bergambar

Fahim selepas selesai dikhatankan. "Koi dah sunat"

Faiz dan Fahim selepas khatan. Faiz... macam biasalah. memang takkan pandang lensa kamera.

BitCoin - Matawang Masa Depan


Bitcoin adalah aset digital  dan sistem pembayaran yang dicipta oleh Satoshi Nakamoto, yang menerbitkan penemuan pada tahun 2008 dan dikeluarkan sebagai perisian sumber terbuka pada tahun 2009. Sistem ini peer-to-peer; pengguna boleh berurusniaga secara terus tanpa perlu perantara  Transaksi disahkan oleh nod rangkaian dan dicatatkan di dalam lejer diedarkan awam dipanggil rantaian blok  lejar menggunakan Bitcoin sebagai unit akaun. Sistem ini berfungsi tanpa pusat simpanan atau pentadbir tunggal, yang telah membawa Perbendaharaan AS untuk mengkategorikan Bitcoin sebagai mata wang maya berpusat. Bitcoin sering dipanggil cryptocurrency yang terdahulu,  walaupun sistem sebelum wujud . Bitcoin lebih tepat digambarkan sebagai mata wang digital berpusat yang pertama. Ia adalah yang terbesar seumpamanya di segi jumlah nilai pasaran. 

Bitcoins yang dicipta sebagai ganjaran untuk kerja-kerja pemprosesan pembayaran di mana pengguna menawarkan kuasa pengkomputeran mereka untuk mengesahkan dan pembayaran rekod ke dalam lejer awam. Aktiviti ini dipanggil perlombongan dan pelombong ganjaran dengan yuran transaksi dan bitcoins baru diwujudkan.  Selain daripada yang diperolehi oleh perlombongan, bitcoins boleh diperolehi dalam pertukaran untuk mata wang yang berbeza, produk, dan perkhidmatan. Pengguna boleh menghantar dan menerima bitcoins dengan bayaran transaksi pilihan. 

Bitcoin sebagai bentuk bayaran untuk produk dan perkhidmatan telah berkembang, dan pedagang mempunyai insentif untuk menerimanya kerana yuran adalah lebih rendah daripada 2-3% biasanya dikenakan oleh pemproses kad kredit.  Tidak seperti kad kredit, apa-apa bayaran dibayar oleh pembeli, bukan penjual. Lembaga Eropah Perbankan dan sumber-sumber lain  telah memberi amaran bahawa pengguna Bitcoin tidak dilindungi oleh hak bayaran balik atau caj balik. Walaupun peningkatan besar dalam bilangan peniaga menerima Bitcoin, cryptocurrency yang tidak mempunyai banyak momentum dalam urus niaga runcit. 

Penggunaan Bitcoin oleh penjenayah telah menarik perhatian pengawal selia kewangan,  badan perundangan,  penguatkuasaan undang-undang, dan media. Aktiviti jenayah terutamanya berpusat di sekitar pasaran gelap dan kecurian, walaupun pegawai-pegawai di negara-negara seperti Amerika Syarikat juga mengiktiraf Bitcoin yang boleh menyediakan perkhidmatan kewangan yang sah. 

Bitcoin telah menarik sokongan daripada ahli-ahli politik sahaja, terutamanya Presiden AS calon Rand Paul, yang menerima sumbangan Bitcoin. 

Sumber : DISINI

Juara Parodi Di Astro Warna



Program terbaru di Astro Warna iaitu Juara Parodi. Hmmm. Not bad lah. Boleh gelak2 di malam sabtu.

Si IBU yang BODOH...


Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas.
Tiba giliran Naqiyudin Bilboa, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.
Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!
"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi."
Pendedahan Naqiyudin Bilboa itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin Bilboa menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.
"Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!"
Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin Bilboa itu.
"Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..."
Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin Bilboa itu.
"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin Bilboa di hadapan tu!"
Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.
"Takde apa cikgu. Maaf cikgu."
Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin Bilboa tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.
"Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?"
Cikgu Yong mengangguk.
"Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?"
Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin Bilboa.
"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh."
Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin Bilboa menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin Bilboa sudah menyerang balas dahulu.
"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.
Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!
Kau ada...??"
Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas.
Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.
***
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.
Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.
Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.
Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'
Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, sorga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!

PESANAN BUAT SUAMI



1-Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2- Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3-Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

4-Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

5-Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

6-Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

7-Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

8-Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

9-Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

10.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

11-Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

12-Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

13-Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

14-Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

15-Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah
mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Cuti-Cuti Malaysia - Hutan Lipur Lentang

Semalam suami akak buat plan mengejut. Nak bawa anak-anak mandi sungai/jeram. Pada mulanya, suami akak cadangkan nak ke Air Terjun Chamang, Bentong. Tapi akak rasa seram pulak lepas kejadian budak lemas baru2 ni. Akak cadangkan ke Hutan Lipir Lentang. Memang kami pernah pergi situ tapi itu 3 tahun lepas. Firas pun masih dalam perut lagi. Hehehe.
Lepas siap masak untuk bawa bekal, lepas Zuhur dalam pukul 2 lebih kami bertolak ke Lentang. Perjalanan dari Temerloh hanya ambil masa 45 minit saja.
Tak seperti 3 tahun lepas, kali ni nak masuk parking Hutan Lipur tu kena bayar tiket ikut bilangan ahli keluarga. Tapi kami hanya perlu bayar RM4 untuk dewasa sahaja.
Sampai disitu, orang agak ramai. Maklumlah hari cuti umum kan. Kami cari tempat yang sesuai untuk berkelah. Pada mulanya suami akak agak keberatan nak teruskan aktiviti mandi manda. Sebab air yang tak berapa nak jernih dan arus sungai yang agak laju. Tapi keterujaan anak2 akak memang tak boleh bendung lagi. Awal2 lagi diorang dah turun ke gigi air sungai tu. Nak tak nak suami akak masuk juga untuk pastikan kawasan mana yang selamat untuk anak2 mandi. Sebab ada kawasan yang cetek dan ada yang dalam. Gembira2 juga tapi keselamatan paling utama.
Macam biasa bila aktiviti air ni, hanya Fahim je yang boleh tahan lama. Faiz dengan Firas??? Hmmmm... asal basah baju diorang tu dah memadai. Faiz lebih berminat dengan pasir sungai tu. Firas pula on and off. Kadang main pasir dengan abang Faiz, kadang mandi sungai, itu pun jenuh berdukung, takut tenggelam.
Selebihnya, biar gambar yang berbicara.
Fahim yang paling excited bila dapat main air. Sampai tak nak balik.

Berhenti makan kejap. Juadah berkelah kali ni, bihun goreng dan air kosong.

Sesi membasahkan badan. 


Faiz dah mulakan aktiviti favourite nya. Fahim pulak pujuk Firas ajak mandi lagi.

Lasak Sangat Ke Atau Memang Normal

Dalam masa seminggu, 2 Amirul ni dah buat hati akak risau seketika.
Hari sabtu 03.10.2015, Faiz cedera sebab langgar sliding door rumah nenek dia. 
Masa kejadian tu akak ada kat dapur, Faiz macam biasa lah berlari2 dalam rumah nenek dengan adik2 dan sepupunya. Tiba-tiba dengan bunyi berdebuk lepas tu bunyi kaca pecah. Alamak apa bendalah tu. Tak lama lepas tu Pak Ngah dia meluru bawa Faiz ke dapur sebeb tangan Faiz berdarah banyak. Akak terus bawa Faiz ke bilik air untuk cuci luka tu. Tapi bila nampak daging putih, terus akak cakap dengan adik ipar akak, kena bawa Faiz ke klinik. Akak balut tangan Faiz dengan tuala besar sebab tak nak bagi darah terus keluar banyak. Mulanya akak ingatkan akan ke Hospital Kuala Pilah. Tapi ayah akak bagi tahu Klinik Kesihatan Jempol buka hari Sabtu. (Akak tak tau pun Klinik kesihatan ada yang buka hari Sabtu sebab di Temerloh tak buka pun ke akak yang tak tau. Hehehehe).
Sampai diklinik, ayah dan adik ipar akak terus bawa Faiz ke bilik rawatan. Akak pula pergi ke kaunter pendaftaran. Masa dibilik rawatan tu yang akak sempat tengok, Faiz terus diberi suntikan. Masa kena jahit, akak tak boleh tengok sebab dah prosedurnya macam tu. Ahli keluarga tak boleh ada masa rawatan diberikan. Huhuhu. Tak lama lepas tu Faiz keluar dengan luka dah siap berjahit dan berbalut. Hasilnya hadiah hari lahir Faiz yang ke 9 ialah 7 jahit di lengan. Adeh... Anak2...

Itu cerita pasal Faiz. Ni kisah yang bongsu pulak. Macam biasa Firas yang perasan besar ni memang suka ikut abang2 dia pergi main. Ada masanya abang2 dia ok je layan karenah Firas ni. Ada masanya juga, diorang rimas. Terutama sekali Amirul Fahim. Petang sabtu baru ni pula 10.10.2015, tiba2 dengar anak2 akak kelam kabut masuk rumah bawa Firas yang dah meraung. Muka dah penuh dengan darah. Faiz bagi tahu kepala Firas kena batu gara2 Fahim. Aduh hai.... Macam kes Faiz juga akak terus bawa Firas masuk bilik air, tanggalkan baju, ambil tuala dan baru luka tu dulu. Cuak juga, sebab darah kepala kan banyak. Lepas dua tiga minit, darah pun berhenti. Nasib baik lukanya tak besar atau dalam.
Akak ambil ubat luka Faiz (ubat kuning dan krim) akak letak kat luka Firas. Firas punya lah excited sebab akhirnya dia pun dapat berbalut macam abang dia. Padahal lukanya tak besar manapun.



Dan sekarang, luka kat tangan Faiz pun dah ok. Jahitan banyak yang dah terbuka sendiri. Firas pula pun sama. 
Alhamdulillah.

Rahsia Solat Awal Waktu


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh..

Tempoh Menyiksakan Hanya Seminggu

Akak hampir putus asa bila guna produk NV ni. Sakit wooo. Muka jadi tegang. Nak buka mulut pun siksa. Nak makan nasi pun rasa menyumpah2 dalam hati sebab tak boleh buka mulut. Huhuhu.
Pastu kulit muka jadi kering kehitam-hitaman. Mengelupas sana sini. Huwaaaaa.... malu gile nak keluar rumah. Tapi akak selamber je. Lantak lah orang nak kata apa. Boleh keluar ge KFC ngan jumpa ex school mate akak yang dah 17 tahun x jumpa. Tapi dalam hati doa juga supaya kesan ni tak berpanjangan sangat.
Berkat kesabaran, atas nasihat office mate akak supaya guna berterusan, akhirnya kulit muka makin ok. Jerawat2 degil semua jadi kecut. Pastu yang akak perasan lubang pori2 kat muka akak makin kecil. Kalau tak sebelum ni besar macam kawah gulai. Hehehehe. Alhamdulillah...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff