my nuff

Maharaja Lawak Mega - Virus Tak Layak Ke Final

Akhirnya kumpulan Virus terkeluar juga. Memang harap sangat Virus tak masuk Final MLM. Buat lawak entah apa2. Antara faktor lain sebab akak memang tak minat dengan Zizan. Tak boleh terima cara dia buat lawak. Filem lakonan dia pun akak tak berapa tengok sangat.
Tapikan kalau ikutkan secara keseluruhannya Maharaja Lawak Mega 2014 ni macam tak berapa kelakar sangat. Boleh katakan semua peserta tak konsisten. Tak tau lah kalau akak kata tak lawak tapi orang lain gelak tergolek2. Mungkin urat gelak akak lah tu yang dah rosak. Hmmm...
Apapun tahniah pada yang berjaya ke final. Sepahtu, Nabil, Shiro, Bocey dan Zero. Kelima2nya layak untuk ke final. Hmmm... Sapa pulak yang bakal juara ye. Kita tunggu je minggu depan.

Gaya Rambut Baru

Hari ni, pagi2 lagi Fahim dah buat mama dia gelak besar. Macam biasa akak akan suruh dia sikat rambut sendiri untuk ke sekolah. Seperti biasa juga akak akan betulkan bahagian rambut yang tak betul. Tiba-tiba..
"Mama, jangan sikat depan rambut Payim. Payim dah buat superman."
Errkkk... Dah style baru pulak. Dah tak de rambut pacak dah. Hehehe. Fahim... Fahim...

Harga Baru Produk Hai O

Yang ni senarai harga baru produk Hai O. Kuatkuasa 1 Februari 2015
��Harga baru untuk FEBRUARY 2015��

��Garlic - rm32/rm38 : bv 21
��Spirulina -  rm110/rm132 : bv 57
��Bv Alfalfa - rm70/rm84 : bv 33
��Maharani - rm98/rm98 : bv 44
��Garam masak - rm50/rm58 : bv 24
��Garam minum - rm118/140 : bv 72
��Mineral Coffee - rm26/rm30 : bv 13
��Bbplus - rm165/rm198 : bv 97
��Pantaz Jelly - rm161/rm194 : bv 94
��Luminez cleansing - rm98/rm118 : bv 59
��Luminez toner - rm82/rm99 : bv 48
��Luminez Day cream - rm136/rm160 : bv 81
��Luminez night cream - rm136/rm160 : bv 81
��Luminez eye gel - rm66/rm80 : bv 39
��Cozuma cc cream - rm95/rm110 : bv 55
��Cozuma pandora red - rm32/rm39 : bv 18
��Cozuma lolly pink - rm32/rm39 : bv 18
��Cozuma rose i love u - rm32/rm39 : bv 18
��Cozuma berry me - rm32/rm39 : bv 18
��Cozuma sensual touch - rm32/rm39 : bv 18
��Cozuma cherry bloom - rm32/rm39 : bv 18
��Cozuma peach passion - rm32/rm39 : bv 18
��Bio Ever - rm210/rm240 : bv 125
��Bio Seleza Mixed - rm123/rm142 : bv 65
��Bio Seleza Daysafe - rm120/rm139 : bv 64
��Bio Seleza Pantyliner - rm130/rm150 : bv 69
��Bio Seleza Nightsafe - rm120/rm139 : bv 64
��ME Beauty Bar - rm99/rm120 : bv 57
��ME Shampoo - rm31/rm38 : bv 18
��ME Body wash - rm31/rm38 : bv 18
��ME Toothpaste - rm18/rm22 : bv 11
��PB Body shampoo - rm16/rm20 : bv 9
��PB Hand Body Lotion - rm16/rm20 : bv 9
��Bio Aura Shower Filter - rm253/rm280 : bv 151
��Bio Aura Shower Filter Cartridge - rm113/rm134 : bv 66
��Bio Aura Filter A - rm79/rm87 : bv 31
��Bio Aura Filter B - rm79/rm87 : bv 31
��Bio Aura Filter C - rm148/rm165 : bv 57
��Bio Aura Filter D - rm148/rm165 : bv 57
��Bio Aura Filter E - rm148/rm165 : bv 57
��Bio Aura Filter F - rm187/rm209 : bv 88
��Filter A - rm66/rm73 : bv 26
��Filter B - rm66/rm73 : bv 26
��Filter C - rm132/rm146 : bv 62
��Filter D - rm66/rm73 : bv 26
��Filter E - rm66/rm73 : bv 26
��Filter F - rm165/rm182 : bv 78
��Eziclean Laundry compound - rm20/rm23 : bv 11
��Eziclean Toilet Cleaner - rm15/rm18 : bv 8
��Eziclean Dishwash - rm10/rm12 : bv 5
��BioCleanz Spray - rm34/rm39 : bv 20
��BioCleanz Cleaner - rm74/rm86 : bv 43
��PB Natural Wash - rm41/rm50 : bv 22
��JTX 5000 - rm105/rm124 : bv 45
��JTX 1000 Gold 4l - rm168/rm201 : bv 72
��JTX 1000 4l - rm152/rm185 : bv 62
��JTX 1000 Gold 1l - rm44/rm52 : bv 18
��JTX 1000 1l - rm40/rm48 : bv 16
��JTX Airtracker - rm276/rm321 : bv 155
��Ezigrow - rm135/rm157 : bv 76
��Bio Aura 2 Way Adaptor - rm43/rm43
��Bio Aura Transparent Casing - rm50/rm50
��Bio Aura Filter Tray - rm75/rm75

Fakta Tentang Kurma

Sekadar perkongsian ilmu.
1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?
2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?
5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?
11. Tahukah anda bahawa ada sesetgh fakta yg dinyatakan di atas, saya sndri pun baru tahu...
Jadi...
Panjang2kanlah agar lbh ramai yg tahu....


Mama Tipu

"Mama, nak cocej"
"Ok, jap ge mama masak"
"Mama tipu!"
Erkkk... Wah sejak bila pulak Firas pandai cakap macam tu. Adeh... Firas..Firas...
Baru nak masuk 3 tahun bulan April ni, Firas lagi cepat bercakap berbanding abang2 nya dulu. Mungkin dia dengar dari orang sekeliling yang lebih besar dari dia.
Tapi abang dia yang sorang ni selalu ngajuk cakap pelat dengan Firas. Pada hal Firas tu boleh je sebut perkataan yang betul. Siapa lagi kalau bukan abg Fahim.
"Iyeh, jom ge ain"...
Haihh... Fahim..fahim.

Dah Tak Boleh Rotan Anak

Semalam isu ini yang hangat dibualkan baik dilaman sosial mahupun di luar laman sosial. Memang mengarutlah. Bukanlah akak kata nak mengajar anak wajib guna rotan. Tapi rotan adalah peringkat terakhir untuk ajar anak lepas nasihat.
Kadangkala makin pelik dengan sistem kerajaan sekarang. Ikut sangat cara barat tu. Sedangkan Malaysia ni negara Islam. Atau negara Islam tu hanya tinggal nama je. Sebab amalan Yahudi yang banyak dipraktikkan di Malaysia. Hmmm... Tak tau lah apa nak jadi lepas ni. Kalau ibu bapa yang merotan anak di katakan penjenayah, 10 tahun 20 tahun akan datang banyak penjenayah akan lahir. Tanggang moden lagi lah berlambak.

Akhirnya Dapat Juga

Dah beberapa tahun ni MyEG antara portal kegemaran akak. Senang wei guna MyEG ni. Nak hidup roadtax kereta, nak hidupkan lesen, nak bayar saman, hmmm serba serbi lah. Terbaru, akak hidupkan roadtax sicomel akak tu. Apa lagi kalau bukan kancil akak tu. Klik sana klik situ, pastu tunggu je mamat hensem dari MyEG tu datang hantar roadtax. Hehehe. Senangkan. Tak payah susah2 nak ge sana sini nak hidupkan roadtax. Kemudahan dah ada, kita guna jelah sebaik mungkin.

Jumaat Yang Hijau

Bila ambil baju untuk bersiap pagi ni, baru perasan akak anak beranak serba hijau hari ni. Baju akak yang dah siap gosok seminggu lepas memang hijau. Sebab setiap Jumaat akak akan pakai baju hijau. (Boleh google kenapa kena pakai hijau setiap Jumaat).
Tapi anak2 akak secara kebetulan mereka pakai hijau hari ni.
Faiz sepatutnya pakai uniform sekolah hari ni, tapi kena pakai baju sukan sebab ada latihan rentas desa. Fahim pulak, kena pakai baju hijau tu sebab uniform pra sekolah untuk hari Jumaat tak dapat lagi.
Sebab tu lah Jumaat minggu ni masing2 serba hijau.

Bila Zamani Kena Tangkap

Agak terkejut juga bila dengar berita Zamani ditahan kerana menagih dadah. Dan kalau ikut berita akhbar, dah 10 tahun Zamani terlibat dengan aktiviti perosak bangsa tu. Memang sedih sangat sebab akak minat sangat dengan suara Zamani ni. Lagu-lagunya jadi penghias zaman remaja akak dulu. Zamani pun bukanlah kategori artis yang banyak kontrovesi kan.
Bila Zamani kena tangkap akibat dadah, pada mulanya mungkin sekadar berita biasa sebab cerita artis dengan dadah bukannya cerita baru. Tapi jadi hangat tiba2 bila rakaman Zamani menyanyi semasa dalam tahanan polis tersebar luas. Dan sudah semestinya ramai yang mengutuk perbuatan anggota polis yang merakam dan menyebarkan video tersebut.
Akak ada tengok video tu tapi tak sampai hati nak tengok habis. Sedih tengok bila penyanyi terkenal menyanyi dengan tangan di gari.
Hmmm...

Harga Naik 1 Februari 2015

 
  Kepada semua pecinta produk-produk Hai O, berkuatkuasa 1 Februari 2015 semua produk akan naik harga. Ada lagi 10 hari untuk grab dengan harga biasa.
Boleh tahan mahal juga lepas ni.
Contohnya Sabun Marine macam gambar atas tu akan naik harga dari RM105 sekotak ke RM120 sekotak.
Huhuhuhu...
Cepat2.. sebelum terlambat...
Nak lagi murah, boleh dapatkan harga ahli.
Tapi kena jadi ahli dululah.
Hanya RM50 untuk yuran ahli.
Untuk pertanyaan dan order boleh sms/wssp 0139778286








Dah Tak Tengok Drama Melayu

Dah lama tak follow mana2 drama melayu. Rasanya last drama yang akak follow, drama Bukan Aku Tak Cinta, kisah jebat dengan mastura tu. Lepas tu, belum ada lagi drama yang boleh mengikat akak untuk follow setiap episod. Bukannya tak ada, contohnya macam drama Suamiku Encik Sotong. Mulanya memang akak tertarik untuk tengok. Yelah nak tengok Abang Jebat (Shahnaaz Ahmad) jadi sotong. Tapi lepas beberapa episod akak rasa tak best. Start bila si Erica tu berlaku sumbang dengan sepupunya sendiri walaupun dia dah jadi isteri orang.
Aduh yai... Sekarang ni kebanyakan drama melayu terutama yang adaptasi dari novel, jalan cerita hampir sama. Kawin paksa, lepas tu curang dengan suami/isteri, balik pada boyfriend lama. Bila dah sedar boyfriend tu tak betul, barulah terhegeh2 nak balik dengan suami.
Lepas tu trend sekarang, terlanjur sebelum kawin perkara biasa. Lepas tu muncullah lelaki yang kononnya baik sangat jadi penyelamat. What the fish... Macammana lah gejala sosial tak menjadi2 sekarang. Peluk2 dalam drama melayu sekarang macam dah dapat lesen dari mufti atau sebagainya. Tak lah pulak kena dakwa ye. Kena tak ambil tindakan sama macam budak2 yang kena peluk dengan penyanyi Kpop tu.
Yang terbaru, drama Istikarah Cinta. Wah... Tajuk macam drama yang ke arah Islamik... ISTIKARAH... tapi mana istikarahnya pun tak tau lah. Kalau tengok ceritanya tak sesuai langsung dengan tajuknya. Hmmm...
Sebab tu sekarang malas nak layan drama dah. Kalau ada pun, drama Keluarga Iskandar tu. Hehehe... Yang tu memang buat akak release tension bila tengok. Memang lucu. Hehehe.

Anugerah Juara Lagu 29 - Hmmmm Boleh lah

Malam tadi akak sempat tengok AJL29. Wow... Kalau tengok promo dia sebelum2 ni mesti excited nak tengok. Tapi yang sebenarnya, hmmmm...

Persembahan pembukaan:
Dah tak berapa tak berkenan. Bila ada monyet2 yang terkinja2 kat tepi pentas. Apa motifnya letak monyet2 tu. Kalau nak gempak cukup sekadar fokuskan kepada pemain2 dram tu. Masa tu harap sangat agar monyet2 tu tak ada sepanjang AJL berlangsung. (Nasib baik lepas tu dah kena halau.)

Pengacara AJL:
Tak de masalah sebenarnya dengan cara pengacaraan AG dan Scha (walaupun adakalanya slang Scha buat akak sakit telinga). Tapi gaun Scha malam tadi. Errr.... Rasa macam tak kena tengok design bersegi2 tu. Dan secara keseluruhan cara pengacaraan semalam biasa saja dan agak kaku. (Tetiba rindukan abang botak tu).

Qu Puteh... barulah putih:
Akak konpius sebenarnya. AJL ni rancangan anjuran TV3 ke atau Qu Puteh tu. Walaupun Qu Puteh tu penaja utama, tapi terlebih sangat bagi kredit. Sampaikan ada satu segmen khas untuk penaja tu. Belakang tabir bersama Juliana Evan tu ok, tapi bila muncuk pelawak2 nak promote gile2 pasal produk pamoga tu buat semua jadi tak kena.

Persembahan Peserta:
Semuanya best2. Tapi yang menarik perhatian tentulah persembahan Mojo yang Qhalips Basker tu (betul ke ejaan tu.. Hehehe).

Keputusan penuh:
Tempat pertama: Apa Khabar - Joe Flizzow/Sona One
Tempat kedua: Masih Ku cintai - Shila Amzah
Tempat ketiga: Dipintu syurga - Dayang Nur Faizah
Vokal terbaik : Dayang Nur Faizah
Persembahan Terbaik : Romancinta - Mojo



A.I.A - Ayam



A.I.A Bajak
A.I.A Ikan

Firas sedang gian nak mengeja sekarang. Tapi semua perkataan ejaannya sama, bunyi je lain. Tiap kali Firas mengeja ada yang tolong gelak sakan. Siapa lagi kalau bukan Fahim. Tapi kalau suruh Fahim yang eja, hmmmm.... Lagi tak da bunyi.




Satu yang akak faham tentang perangai Fahim ni, kalau dia tak tau, dia takkan jawab. Dia takkan hentam keromo. Walaupun kadang kala dia ni memang loyar buruk, tapi kalau bab pelajaran, hilang loyar buruknya. Hehehe.

Korea Yang Sebenar

Akak bukanlah anti korea atau kpop atau drama korea. Tapi bila tengok anak remaja sekarang yang terlalu taksub hingga terikut budaya kpop tu buat akak rasa loya. Bagi akak kalau nak minat sesuatu tu boleh tapi jangan berlebih-lebihan. Kena ada had dan batasannya. Coretan dari hamba Allah ni yang akak dapat melalui whatsapp harap dapat buka mata hati insan2 yang gila sangat dengan kpop ni.

Dua tahun saya di Korea. Waktu mula-mula ke sana dulu, saya masih lagi seorang K-popper. Dan masih lagi hanyut di dalam dunia hijabista.

“What do you like about Korea?” Satu hari professor saya yang berbangsa Korea berbasa-basi dengan saya.

“Oh, I really like the music. I’m a fan of Big Bang.” Jawab saya beria-ia. Sambil tersengih macam kerang busuk. Waktu itu umur saya dalam 26 tahun.

“Really? I don’t know that. I don’t listen to the young people’s music, because I cannot understand them.” Sekali lagi saya tersengih. Rasa macam bom pulak jatuh atas kepala. Adehh..

Empat bulan pertama, saya mula dinampakkan dengan ‘Korea yang sebenar’. Perasaan saya terhadap Korea, kalau dalam bahasa orang putihnya, mulai ‘bitter’.

Tidak dinafikan, Korea ada kemajuan dan banyak kelebihan berbanding kebanyakan negara Islam sendiri, termasuklah Malaysia. Bab keselamatan, memang superb. Bab disiplin, memang power. Pengangkutan awam mereka, sangat reliable, selesa dan menepati masa. Dan mereka amat bangga sekali dengan produk keluaran negara mereka sendiri berbanding produk dari luar. Walaupun, ianya cuma sekeping pizza.

Dan pengalaman saya sendiri sebagai satu-satunya ‘bunga’ di dalam makmal di universiti saya, saya memang amat ‘dimanjakan’ oleh oppa-oppa dan dongsaeng saya. Mereka amat suka membantu, dan bila saya nampak macam bersedih (kadang-kadang ada jugak waktu monyok sebab homesick hihi), semua orang akan ‘menyebok’. Itu, memang saya tidak nafikan.

Tetapi di sebalik semua itu, inilah satu lagi wajah Korea yang saya kenal.

‘Why you are praying? You are wasting your time. Don’t pray.”

“You can go out with me if you want. But please remove this (sambil mencubit hujung tudung saya).”

Beberapa kali, agama saya diprovok. Kalau tak sabar, memang boleh bergaduh sebenarnya duduk di Korea ni. Hihi.

Paling saya tak gemar, dari hari Isnin sampailah ke hari Jumaat, mereka akan bekerja bermati-matian. Sampai ke tengah malam buta.

“You have to stay in the lab, you cannot go home, not until our professor goes home. If he goes at 1 am, then you can go. In the mean time if you already finished with your work, you can watch movie or do whatever you like. Just, don’t go home early.” –> Budaya kerja dan budaya bodek yang agak ekstrem pada pandangan saya. Kalau balik awal akan dianggap sebagai pemalas, tak guna dan tak buat kerja. Setahun kena umpat tak habis.

Senior di makmal sebelah saya pula, dah nampak macam kura-kura sebab hari-hari asyik kena tengking dan maki dengan profesor. Mujurlah, Allah beri saya profesor yang sangat baik. Alhamdulillah.

Tiba malam Jumaat, masa untuk mereka enjoyyyyy!!! Waktu untuk minum (serta makan babi bakar; makanan kegemaran orang Korea) dan bergembira dengan kawan-kawan.

Yang lebih veteran dan ada anak bini, masuk kelab yang bercermin gelap. Layan perempuan juga mungkin. Apedehal dengan anak bini. Dah penat kerja, enjoylah pulak kan.

Lepas tengah malam, bersepah-sepah Korean yang mabuk. Membebel-bebel tak tahu butir bicara. Lembik kaki dipapah kawan-kawan. Akhirnya terlentang tidur atas jalan raya.

Hari Isnin nak ke makmal, sisa muntah bersepah-sepah. Tepi jalan. Dalam terowong. Geli!! Sampai di makmal, bau mulut sorang-sorang ya Rabbi!! Sebatu dah bau arak. Stres.

Dan jelak. Saya amat jelak sekali dengan semua itu. Mujur Allah hantar saya ke sana. Kalau tidak, mungkin sampai ke hari ini saya masih lagi hanyut. Sebagai K-popper dan hijabister tegar.

Universiti saya sendiri, memang terkenal sebagai universiti artis. Sebab universiti kami ada fakulti seni yang bagus. Jadi ramai artis yang belajar di sana.

Mungkin sekali atau dua kali setahun, akan ada mini konsert. Mujurlah, waktu itu hati saya sudah tawar dengan K-pop. Pernah juga diajak ke konsert artis Korea, tapi mujurlah Allah beri kekuatan kepada saya untuk menolak.

Entahlah. Saya jemu. Jemu dengan hidup yang sebenarnya penuh dengan ke’hipokrit’an. Totally plastik.

Bercakap pasal plastik, di fakulti saya, ada dua orang Korean yang merupakan sahabat saya sendiri yang telah melakukan pembedahan plastik. Bahkan dah jadi kebiasaan bila ibubapa hadiahkan anak mereka dengan tajaan pembedahan plastik di Korea.

Sebab dengan cantik, hidup akan jadi lebih mudah. Lebih ramai kawan. Lebih senang dapat kerja. Lebih ramai calon untuk dipilih sebagai suami atau isteri. Pendek kata bila cantik, hidup akan berubah lebih baik.

Dan tahukah anda? Boleh dikatakan 99% artis Korea yang ‘comel’ tu semuanya buat pembedahan plastik.

Bagi setiap artis Korea, paling tidak mereka memerlukan masa 1 ke 2 tahun untuk menyempurnakan diri sebelum mereka debut sebagai artis. Latihan tarian, nyanyian, lakonan dan juga pembedahan plastik. Kerana bagi mereka, entertainment is a serious business. And fast money. So everything must look perfect.

Jadi hidung yang mancung, dagu yang tirus, mata yang bulat, bibir yang mungil, itu semua sebenarnya FAKE!!

Jadi please… Mohon jangan buang masa tertipu dengan semua itu.

Lagi budaya orang Korea, mereka amat suka bergosip. Tidak kiralah samada lelaki mahupun perempuan. Boleh bayangkan tak, oppa-oppa tu semua bersidai ramai-ramai (kalau kat Malaysia ni macam makcik-makcik yang selalu mesyuarat tingkap kat tepi longkang di petang hari tu), pastu potpet potpet mengumpat. Ya Allah, buruknya rupa.. Sungguh gelimat. Dekat makmalpun jadi dorang ni.

Letih sebenarnya saya. Letih dengan semua itu. Sebab itulah saya kembali semula kepada Islam. Waktu itu mata saya betul-betul terbuka. Ceh, sebelum ni ingatkan best sangatlah Korea tu kannn..

Betapa, syukurnya saya dipilih oleh Allah dan dilahirkan sebagai seorang Islam. Alhamdulillah, syukur. Syukur saya tak perlu strive gila-gila untuk hidup semata-mata untuk diterima macam orang Korea. Tak perlu jadi cantik, pandai atau kurus.

Syukur sebab dengan Islam, kita cuma perlu jadi diri kita sendiri dan cuma perlu puaskan kehendak Allah sahaja untuk dapat syurgaNya.

Inilah, sedikit perkongsian tentang sebahagian daripada wajah Korea yang saya kenal. Renung-renungkanlah.

Mana yang baik datang daripada Allah. Yang buruk daripada saya. Wallahu’alam. Wassalam.


Lenovo Akak Kena Basuh

'Adik wat apa tu?'
'Basuh tipon mama.."
Firas!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Tu lah yang jadi bila Firas dapat pegang handphone akak. Kalau setakat dia main, ambil gambar atau tengok video, ok lagi. Ni dah sampai tahap kena basuh. Adeh.
Nasib baik handphone tu ok lagi.

Apa Jawapannya????

Tadi tolong Faiz buat kerja sekolah. Subjek bahasa inggeris.Tapi...




Kepala paip dalam bahasa inggeris pipe kan. Tapi ada 3 tempat kosong je. Ke ada jawapan lain. Lagi satu yang ni pulak..





Mana gambar cake. Hmmm... Musykil akak jap...

Bila Handphone Tinggal Kat Rumah


Aduh yai... Macam mana boleh tertinggal pulak ni. Dah sampai office baru teringat, lupa nak ambil handphone yang tengah caj tu. Hmmm.... Tak pelah. Tengahari nanti baru ambil kat rumah lepas hantar anak2 ke rumah.
Tapi ada juga sesetengah orang yang tak boleh hidup tanpa handphone. Memang akan mati kutu. Terutama di zaman smart phone sekarang. Betul tak. Bagi akak masih ok lagi kalau tak da handphone untuk seketika. Cuma bila nak berjalan jauh je, akak betul2 pastikan handphone sentiasa ada. Takut kalau jadi apa2 tengah jalan, memang handphone aset yang paling penting.

Cerita Hari Pertama Persekolahan

Hari ni di laman sosial mahupun televisyen sibuk menunjukkan keletah anak2 yang masuk sekolah pada hari pertama. Dah tentu anak2 yang pertama kali jejak kaki ke sekolah akan menarik perhatian. Ada yang gembira tak kurang juga yang meraung. Hehehe. Alhamdulillah setakat hari ni, anak-anak akak yang dua orang tu ok je. Tak pernahlah pulak menangis pada hari pertama sekolah. Yang akan datang sibongsu Firas tu tak tau lah.
Dalam banyak2 gambar yang di post di laman sosial mahupun group whatsapp, gambar yang 1 ni menarik perhatian akak.



Tak tau lah apa perasaan atau tujuan orang ambil gambar ni. Nak dijadikan sebagai iktibar pada orang lain agar sentiasa bersyukur atau sekadar bahan lelucon untuk diketawakan. Hmmm.

Hari Pertama Persekolahan

12.01.2015 hari pertama persekolahan untuk tahun 2015 selepas ditunda seminggu akibat banjir. Anak2 akak Faiz dengan Fahim yang paling excited (errr... Excited ke, atau mama yang terlebih). Hehehe. Pagi tadi tepat jam 7 diorang dah ada kat sekolah. Untuk hari pertama persekolahan tahun ni, akak tak berapa kelam kabut sangat. Sebab Faiz dah masuk darjah tiga, Fahim pulak Pra Sekolah untuk tahun kedua. Akak hanya hantar ke sekolah macam biasa. Tak perlu teman sampai ke kelas. Dalam jam 8 lebih nanti, baru akak ke sekolah untuk urusan bayaran duit buku.



Aikkk... Kasut sekolah siapa pulak tu. Haaa yang tu Firas punya. Dia pun nak juga pakai kasut sekolah dengan stokin sekali. Haiii anak... Anak... Ikutkan jelah dari dia mengamuk pagi2 hari ni. Tadi tu pun, dia dah mengamuk sebab nak ikut abang2 pergi sekolah. Lepas tu pujuk balik, bawa naik office dulu, punch, baru hantar dia kat taska. Tu pun tak nak lagi tanggal kasut dia tu. Dah sampai pintu taska baru buka. Hehehe..

Apa ni??? Memalukan betul!!!









Alahai adik2. Kalau iya pun gila sangat dengan artis kpop tu, jangan lah murah sangat. Biarkan artis tu pegang sana sini. Yang musykilnya semua budak pompuan yang terkinja2 masa konsert tu yang bertudung ke. Semua yang ditunjuk dalam video tu gadis bertudung. Mudahnya berpeluk sakan depan orang ramai. Aduh yai... Sedih sangat.

Syukur Alhamdulillah - Bantuan Persekolahan RM100


Alhamdulillah. Hari ni dapat bantuan persekolahan RM100 untuk Faiz. Lepas untuk bayar duit buku Faiz.
Tengahari selesai jahit tanda nama dengan lencana pada baju sekolah Faiz. Untuk Fahim pulak, untuk permulaan Pra Sekolah hanya pakai tshirt putih dengan trek hitam je. Mungkin sebulan lepas tu baru dapat uniform untuk Pra Sekolah.
Minggu depan dah mula persekolahan. Bermulalah rutin harian yang sibuk.

Salam Jumaat 18 Rabiul Awal 1436


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaan dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang kepadanya dengan hina (iaitu dalam keadaan dirinya mulia)." (H.R at-Tirmizi)


Pasca Banjir - Gotong Royong Bersihkan Rumah

Hari ni akak dengan beberapa rakan pejabat yang ada kelapangan bergotong royong membersihkan rumah rakan yang terlibat dengan banjir. Kami bahagi kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan ke rumah kak Narimah di Kg. Padang Tenggala dan satu kumpulan lagi ke rumah Mak Wan Maiza Kg. Kuala Kujan di Pangsenam.
Pada mulanya akak ke rumah Kak Narimah. Aduhai.. Susah nak bayangkan kalau akak berada ditempat Kak Narimah. Walaupun menurut Kak Narimah ada bahagian rumah yang sudah dibersihkan tapi masih lagi tidak begitu sempurna. Dengan ada antara perabut masih disaluti lumpur dan kain baju yang bersepah-sepah. Masa kami sampai kebetulan adik dan Kak Narimah juga hadir membantu. Adik Kak Narimah guna water jet untuk membersihkan kain baju yang disaluti lumpur tebal. Akak dan kengkawan lain pulak mengemas ruang tamu dan bahagian dapur. Setidak-tidaknya walaupun kami tidak dapat membantu sepenuh, ada ruang yang bersih untuk Kak Narimah dan keluarga berehat untuk melepaskan lelah.
Setelah berpuas hati, kami bergerak ke rumah Mak Wan Maiza. Situasinya disitu 360 darjah berbeza dari rumah Kak Narimah. Kalau di rumah Kak Narimah ada ramai tenaga kerja terdiri dari saudara mara dan anak-anak Kak Narimah. Di rumah Mak Wan pulak hanya ada satu Maiza dan 4 orang teman pejabat yang lain. Pun begitu rumah Mak Wan tidak lah penuh barang macam di Padang Tenggala tadi. Hanya ada dua tiga almari kayu yang lusuh dan kami dah buang pun, dua tiga tilam kekabu, bantal2, tikar dan pinggan mangkuk. Kata Maiza, Mak Wan hanya tinggal seorang dirumah tu. Kami yang hadir tadi hanya membantu mencuci rumah yang dipenuhi lumpur tebal. Hanya ada ruang tamu dan dapur saja yang telah dibersihkan secara ala kadar untuk tempat Mak Wan tidur dan masak.
Sayu mengenangkan Mak Wan yang duduk seorang di rumah papan tu. Wanita yang berusia 84 tahun tu tampak sihat dan punya ingatan yang tajam walaupun telah bongkok dan adakala mengengsot untuk bergerak.
Walaupun rumah Mak Wan tak punya banyak barang tapi kami hadapi masalah tekanan air. Air paip terlalu perlahan. Dan kami hanya mampu bersihkan seadanya. cukup sekadar hilangkan kesan lumput yang melekat pada dinding dan lantai.

Maiza dan En.Raof bersihkan bahagian bawah dapur


Mak Wan hanya duduk memerhati


Senarai Keperluan Persekolahan Amirul Faiz

Tahun ni Faiz akan masuk darjah 3. Uisshhhh... Cepat betul masa berlalu. Dah 9 tahun dah umurnya.
Sepatutnya segala barang keperluan sekolah Faiz ni settle 31.12.2014 hari tu. Sebab pihak sekolah da tetapkan tarikh tu untuk pendaftaran murid dan bayar yuran. Tapi sebabkan banjir besar minggu lepas, semuanya ditangguhkan. Sekolah Faiz pulak terlibat sebagai pusat penempatan. Tak tahu bila nak selesaikan semua bayaran ni. Takkan hari pertama sekolah minggu depan. Mesti kelam kabut masa tu. Harap semuanya dipermudahkan.

Ifa Raziah Minta Maaf!!!



Buat salah lepas tu minta maaf. Dah jadi trend dunia retis sekarangkan. Kekadang terfikir juga. Diorang ni ikhlas ke minta maaf atau sekadar nak tamatkan gosip dari terus berbunyi.
Tapi akak sendiri memang rasa kurang senang masa tengok aksi Ifa masa malam final Gegar Vaganza tu.
Tapi agak2 nya Ifa Raziah ambil iktibar tak. Kalau dah diri sendiri mengaku Diva Kekwat kan...

Mama.... Peace!!!!!

Sekarang ni Firas suka sangat ambil gambar guna Lenovo A850 akak ni. Lepas tu bila dia nak ambil gambar, dia hala kan ke akak... "Mama, pisss". Masalahnya jari kecik dia tu tutup lensa kamera tu. Dan ini lah hasilnya.



Adeh... Firas... Firas.... Umur baru nak masuk 3 tahun bulan April ni. Tapi bila dapat handphone, macam2 digodeknya.

Jangan Potong Gaji Kami


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mencadangkan kepada kerajaan agar setiap penjawat awam menyumbang melalui potongan gaji bulanan untuk membantu mangsa di negeri yang dilanda banjir. Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam tempoh terdekat supaya penjawat awam boleh menyumbang pada kadar yang munasabah.

Terkedu akak bila baca kenyataan Presiden Cuepacs ni. Suruh potong gaji kakitangan awam untuk bantu mangsa banjir. Habis tu kakitangan awam yang jadi mangsa banjir pun kena potong gaji juga ke. Potong gaji lepas tu derma pada diri sendiri. Tapi bila baca kenyataan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim lega sikit.




 Mengulas perkara ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk mencari dana membantu mangsa banjir tetapi bukan melalui pemotongan gaji kakitangan kerajaan. "Saya tidak setuju. Mereka boleh kutip derma bukan paksa. Kerajaan tak akan potong," katanya hari ini.

Hmmm... Takkan kerajaan dah tak da duit sampai kena potong gaji kakitangan awam. Akak rasa tak sedap hati pulak dengan Presiden Cuepacs yang baru. Bukannya nak bela kakitangan awam, nak cekik lagi adalah.

Cerita Banjir 2014

Alhamdulillah.. Walaupun aku duduk di Temerloh ni, rumah aku tak terlibat dengan banijir. Bekalan air dan elektrik pun tak terputus. Cuma aku terputus hubungan dengan untuk dapatkan bekalan makanan. Itu pun tidak lama. Tapi bekalan makan sedia ada masih mencukupi untuk aku dan keluarga.
Selama seminggu lebih bermula 26/12/2014 aku tidak ke office. Semalam 5/1/2015 barulah office aku buka. Dan sepanjang dua hari ni, topik utama di pejabat dah tentulah cerita kengkawan yang menjadi mangsa.





Bonus Kakitangan Awam Dibayar 15 Januari 2015

Pagi ni bila sampai office ada yang bagi tau bonus masuk hari ni. Kalau betul memang syukur sangat. Tapi rupanya ditangguh ke satu tarikh yang lain. Aduhai.. Dah lah aku tengah 'kering' ni. Sabar jelah. Tengahari ni pulak ada dapat berita baru bonus akan dibayar 15 Januari ni. Hmmm.. Ada 10 hari lagi. Huhuhu. Tapi ok juga sebab 22 Januari dah gaji. Jadinya macam kaya lah kejap. Tapi tak tentu juga. Biasanya belum gaji lagi semua dah habis tolak bayar itu ini. Huhuhu... Duit duit...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff