my nuff

Anugerah Juara Lagu 29 - Hmmmm Boleh lah

Malam tadi akak sempat tengok AJL29. Wow... Kalau tengok promo dia sebelum2 ni mesti excited nak tengok. Tapi yang sebenarnya, hmmmm...

Persembahan pembukaan:
Dah tak berapa tak berkenan. Bila ada monyet2 yang terkinja2 kat tepi pentas. Apa motifnya letak monyet2 tu. Kalau nak gempak cukup sekadar fokuskan kepada pemain2 dram tu. Masa tu harap sangat agar monyet2 tu tak ada sepanjang AJL berlangsung. (Nasib baik lepas tu dah kena halau.)

Pengacara AJL:
Tak de masalah sebenarnya dengan cara pengacaraan AG dan Scha (walaupun adakalanya slang Scha buat akak sakit telinga). Tapi gaun Scha malam tadi. Errr.... Rasa macam tak kena tengok design bersegi2 tu. Dan secara keseluruhan cara pengacaraan semalam biasa saja dan agak kaku. (Tetiba rindukan abang botak tu).

Qu Puteh... barulah putih:
Akak konpius sebenarnya. AJL ni rancangan anjuran TV3 ke atau Qu Puteh tu. Walaupun Qu Puteh tu penaja utama, tapi terlebih sangat bagi kredit. Sampaikan ada satu segmen khas untuk penaja tu. Belakang tabir bersama Juliana Evan tu ok, tapi bila muncuk pelawak2 nak promote gile2 pasal produk pamoga tu buat semua jadi tak kena.

Persembahan Peserta:
Semuanya best2. Tapi yang menarik perhatian tentulah persembahan Mojo yang Qhalips Basker tu (betul ke ejaan tu.. Hehehe).

Keputusan penuh:
Tempat pertama: Apa Khabar - Joe Flizzow/Sona One
Tempat kedua: Masih Ku cintai - Shila Amzah
Tempat ketiga: Dipintu syurga - Dayang Nur Faizah
Vokal terbaik : Dayang Nur Faizah
Persembahan Terbaik : Romancinta - Mojo



No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff