my nuff

Bila Zamani Kena Tangkap

Agak terkejut juga bila dengar berita Zamani ditahan kerana menagih dadah. Dan kalau ikut berita akhbar, dah 10 tahun Zamani terlibat dengan aktiviti perosak bangsa tu. Memang sedih sangat sebab akak minat sangat dengan suara Zamani ni. Lagu-lagunya jadi penghias zaman remaja akak dulu. Zamani pun bukanlah kategori artis yang banyak kontrovesi kan.
Bila Zamani kena tangkap akibat dadah, pada mulanya mungkin sekadar berita biasa sebab cerita artis dengan dadah bukannya cerita baru. Tapi jadi hangat tiba2 bila rakaman Zamani menyanyi semasa dalam tahanan polis tersebar luas. Dan sudah semestinya ramai yang mengutuk perbuatan anggota polis yang merakam dan menyebarkan video tersebut.
Akak ada tengok video tu tapi tak sampai hati nak tengok habis. Sedih tengok bila penyanyi terkenal menyanyi dengan tangan di gari.
Hmmm...

No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff