my nuff

Dah Tak Tengok Drama Melayu

Dah lama tak follow mana2 drama melayu. Rasanya last drama yang akak follow, drama Bukan Aku Tak Cinta, kisah jebat dengan mastura tu. Lepas tu, belum ada lagi drama yang boleh mengikat akak untuk follow setiap episod. Bukannya tak ada, contohnya macam drama Suamiku Encik Sotong. Mulanya memang akak tertarik untuk tengok. Yelah nak tengok Abang Jebat (Shahnaaz Ahmad) jadi sotong. Tapi lepas beberapa episod akak rasa tak best. Start bila si Erica tu berlaku sumbang dengan sepupunya sendiri walaupun dia dah jadi isteri orang.
Aduh yai... Sekarang ni kebanyakan drama melayu terutama yang adaptasi dari novel, jalan cerita hampir sama. Kawin paksa, lepas tu curang dengan suami/isteri, balik pada boyfriend lama. Bila dah sedar boyfriend tu tak betul, barulah terhegeh2 nak balik dengan suami.
Lepas tu trend sekarang, terlanjur sebelum kawin perkara biasa. Lepas tu muncullah lelaki yang kononnya baik sangat jadi penyelamat. What the fish... Macammana lah gejala sosial tak menjadi2 sekarang. Peluk2 dalam drama melayu sekarang macam dah dapat lesen dari mufti atau sebagainya. Tak lah pulak kena dakwa ye. Kena tak ambil tindakan sama macam budak2 yang kena peluk dengan penyanyi Kpop tu.
Yang terbaru, drama Istikarah Cinta. Wah... Tajuk macam drama yang ke arah Islamik... ISTIKARAH... tapi mana istikarahnya pun tak tau lah. Kalau tengok ceritanya tak sesuai langsung dengan tajuknya. Hmmm...
Sebab tu sekarang malas nak layan drama dah. Kalau ada pun, drama Keluarga Iskandar tu. Hehehe... Yang tu memang buat akak release tension bila tengok. Memang lucu. Hehehe.

No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff