my nuff

Maharaja Lawak Mega - Virus Tak Layak Ke Final

Akhirnya kumpulan Virus terkeluar juga. Memang harap sangat Virus tak masuk Final MLM. Buat lawak entah apa2. Antara faktor lain sebab akak memang tak minat dengan Zizan. Tak boleh terima cara dia buat lawak. Filem lakonan dia pun akak tak berapa tengok sangat.
Tapikan kalau ikutkan secara keseluruhannya Maharaja Lawak Mega 2014 ni macam tak berapa kelakar sangat. Boleh katakan semua peserta tak konsisten. Tak tau lah kalau akak kata tak lawak tapi orang lain gelak tergolek2. Mungkin urat gelak akak lah tu yang dah rosak. Hmmm...
Apapun tahniah pada yang berjaya ke final. Sepahtu, Nabil, Shiro, Bocey dan Zero. Kelima2nya layak untuk ke final. Hmmm... Sapa pulak yang bakal juara ye. Kita tunggu je minggu depan.

No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff