my nuff

Pasca Banjir - Gotong Royong Bersihkan Rumah

Hari ni akak dengan beberapa rakan pejabat yang ada kelapangan bergotong royong membersihkan rumah rakan yang terlibat dengan banjir. Kami bahagi kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan ke rumah kak Narimah di Kg. Padang Tenggala dan satu kumpulan lagi ke rumah Mak Wan Maiza Kg. Kuala Kujan di Pangsenam.
Pada mulanya akak ke rumah Kak Narimah. Aduhai.. Susah nak bayangkan kalau akak berada ditempat Kak Narimah. Walaupun menurut Kak Narimah ada bahagian rumah yang sudah dibersihkan tapi masih lagi tidak begitu sempurna. Dengan ada antara perabut masih disaluti lumpur dan kain baju yang bersepah-sepah. Masa kami sampai kebetulan adik dan Kak Narimah juga hadir membantu. Adik Kak Narimah guna water jet untuk membersihkan kain baju yang disaluti lumpur tebal. Akak dan kengkawan lain pulak mengemas ruang tamu dan bahagian dapur. Setidak-tidaknya walaupun kami tidak dapat membantu sepenuh, ada ruang yang bersih untuk Kak Narimah dan keluarga berehat untuk melepaskan lelah.
Setelah berpuas hati, kami bergerak ke rumah Mak Wan Maiza. Situasinya disitu 360 darjah berbeza dari rumah Kak Narimah. Kalau di rumah Kak Narimah ada ramai tenaga kerja terdiri dari saudara mara dan anak-anak Kak Narimah. Di rumah Mak Wan pulak hanya ada satu Maiza dan 4 orang teman pejabat yang lain. Pun begitu rumah Mak Wan tidak lah penuh barang macam di Padang Tenggala tadi. Hanya ada dua tiga almari kayu yang lusuh dan kami dah buang pun, dua tiga tilam kekabu, bantal2, tikar dan pinggan mangkuk. Kata Maiza, Mak Wan hanya tinggal seorang dirumah tu. Kami yang hadir tadi hanya membantu mencuci rumah yang dipenuhi lumpur tebal. Hanya ada ruang tamu dan dapur saja yang telah dibersihkan secara ala kadar untuk tempat Mak Wan tidur dan masak.
Sayu mengenangkan Mak Wan yang duduk seorang di rumah papan tu. Wanita yang berusia 84 tahun tu tampak sihat dan punya ingatan yang tajam walaupun telah bongkok dan adakala mengengsot untuk bergerak.
Walaupun rumah Mak Wan tak punya banyak barang tapi kami hadapi masalah tekanan air. Air paip terlalu perlahan. Dan kami hanya mampu bersihkan seadanya. cukup sekadar hilangkan kesan lumput yang melekat pada dinding dan lantai.

Maiza dan En.Raof bersihkan bahagian bawah dapur


Mak Wan hanya duduk memerhati


No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff