my nuff

Malaikat Maut Hari2 Melawat

Sibuk kejar kehidupan.
Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini.

Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana.

Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan.

Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.

Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi.

Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.

"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi :*"
Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"
Tergamam.

Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa.

Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang.

Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat?
Jga aurat wahai shabat2ku...  Tepuk dada, tanya iman.

Assalamualaikum wbt.
#share kt grup, mgkin ada mnfaatnya

Bleh share kat grup anak2 murid, anak2 sedara, dll

Tafsiran AlQuran - Al-Kaafiruun

AL-KAAFIRUUN
(ORANG-ORANG KAFIR)
6 Ayat Makkiyah

Mukadimah
Surah ini turun di Mekah dan berjumlah 6 ayat. Ia turun setelah surah Al-Maa’uun. Di antara isinya: hendaknya Rasul memutus harapan orang kafir yang terus berusaha memujuknya meninggalkan agama yang diperintahkan Allah. Bagi mereka, agama mereka, dan bagi Rasul dan pengikutnya, agamanya sendiri. Di antara keduanya ada batas yang tidak mungkin ditembusi.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1. Katakanlah, “wahai orang-orang yang kafir,
2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah
3. Dan kamu pun tidak mahu beribadat secara aku beribadat
4. Dan aku sama sekali tidak akan menyembah apa yang kamu sembah
5. Dan kamu pun tidak mahu beribadat secara aku beribadat
6. Bagi mu agamamu dan bagiku agamaku.”

Tafsiran AlQuran - AnNashr

AN-NASHR
(PERTOLONGAN)
3 Ayat Madaniyyah

Mukadimah

Surah An-Nashr mengandungi 3 ayat, dan turun di Madinah setelah surah At-Taubah. Di antara isinya: berita yang menggembirakan bahawa pertolongan Allah akan datang dengan segera, iaitu kemenangan yang selama ini diperjuangkan; bila janji itu terlaksana, akan berduyun-duyun orang masuk Islam. Maka, bertasbihlah dan bersyukurlah kepada Allah atas kenikmatan yang sangat besar itu.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
1. Bila datang pertolongan Allah dan kemenangan,
2. Dan engkau akan melihat orang masuk agama Allah dengan berbondong-bondong
3. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia Yang Maha Penerima taubat.

Seloka Pagi Hari Dengan #AmirulFahim


Pagi-pagi lagi anak akak #AmirulFahim dah buat lawak. Masa kejut bangun tidur, dia dah membebel. "Acek acek sekolah, acek acek sekolah. Payim nak tidur lagi". Tapi bila kata nanti abang #AmirulFaiz mandi dulu, terus dia bingkas bangun. Tak nak bagi abang dia mandi dulu.
Lepas tu bila dah siap-siap, tetiba dia tanya. "Beg mama mana, Payim nak pakai minyak wangi." pergh dia punya sembur minyak wangi macam nak mandi. Akak usik dia. "Payim pakai minyak wangi ni nak ngorat awek ea..."
"Mana ada, Payim saja2 je" Terus keluar dari bilik.
Kat luar pulak, abang dia usik lagi.
"Mama, muka Payim jadi pink"
"Haaa... payim ada awek ye"
Terus lari masuk bilik, siap kunci pintu lagi. Konon2 merajuk lah.
Haiii.... anak... anak...

Akhirnya Pasang Juga

Panasnya cuaca sekarang. Berpeluh-peluh. Dah lah aircond kat office ni macam ada tak ada je.
Akhirnya akak pasang juga kipas ni. Memang dah lama ada kipas ni, cuma akak jarang guna. Tapi sebabkan cuaca panas melampau sekarang ni, kena guna juga kipas ni. Tu pun ada bunyi sangkut2. Almaklumlah lama tak guna.

Tafsiran AlQuran - Al-Lahab

AL-LAHAB
(GEJOLAK API)
5 Ayat Makkiyah
Mukadimah
Surah ini mengandungi 5 ayat dan turun di Mekah setelah surah Al-Fath. Dia antara isinya: Abu Lahab dan isterinya termasuk yang paling keras menentang dakwah Rasulullah SAW dengan segala cara dan pengaruhnya; keduanya akan terseksa kerana perbuatannya; harta dan kedudukannya tidak akan dapat menolong sedikit pun.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1. Binasalah kedua tangan Abu Lahab, dan binasalah dia bersama-sama.
2. Hartanya dan segala yang diusahakan tidak dapat menolongnya.
3. Dia akan masuk ke dalam bakaran api neraka yang marak menjulang.
4. Dan juga isterinya seorang perempuan pemunggah kayu api
5. Di lehernya diikat sejenis tali dari tali-tali yang dipintal.

Orang Pertama Dalam Islam

Org pertama cipta telefon ? Alexander Graham Bell .. Semua orang tau. Kat sekolah memang ada ajar.
Tapi siapa orang pertama tulis bismillah ??????? kalau anak-anak tanya kepada ibubapa.... Memang garu kepala nak jawab ni!.. Oleh itu jom sama-sama simpan nota ini.

      30 ORANG YANG
PERTAMA DALAM ISLAM
---------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah :
Sayyidatina Hajar

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah :
Umar bin Al-Khattab

10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam :
Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW :
Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita :
Sumayyah binti Khabbat

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab /lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan:
Bilal bin Rabah

17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW :
Tamim Ad-dary

19. Orang yang pertama menghunus
pedang dalam perjuangan fisabilillah :
Az-Zubair bin Al-
Awwam

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW :
Ibban bin Othman bin Affan

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah bt Khuwailid.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawiyah bin Abi Sufyan

25. Orang yang pertama membuat
perpustakaan awam:
Harun Ar-Rasyid

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal :
Umar Al-Khattab

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW :
Ali bn Abi Tholib

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah:
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga :
Nabi Muhammad SAW.

✔ Rugilah klu tidak SHARE sbab ianya 1 peluang dakwah yg MUDAH kenali Islam kita.

Tafsiran AlQuran - Al-Ihklas

AL-IKHLAS
(KEMURNIAN KEESAAN ALLAH)
4 Ayat Makkiyah
Mukadimah Surah ini mengandungi 4 ayat dan turun di Mekah, setelah surah An-Naas. Di antara kandungannya ialah penegasan tentang Tuhan Pencipta yang wajib disembah dan diagungkan, yang mempunyai sifat Esa, dan serba sempurna, tidak beranak, juga tidak diperanakkan, dan tiada sesuatu pun yang sama atau menyerupai-Nya.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
1. Katakanlah, “Tuhanku Allah Yang Maha Esa.
2. Allahlah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
3. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan,
4. Dan tiada sesuatu yang setara dengan-Nya

Kedai Menjual Isteri

Di dalam sebuah bandar ini terdapat sebuah kedai yg unik iaitu KEDAI MENJUAL ISTERI. Kedai ini dibuka selepas tengah malam. Kedai yang menjual isteri ini akan dibuka di mana lelaki dapat memilih wanita untuk dijadikan sebagai calon isteri. Syarat untuk masuk kedai tersebut adalah seperti berikut:-

"ANDA HANYA DIBENARKAN MENGUNJUNGI KEDAI INI SEKALI SAHAJA"

Kedai tersebut mempunyai 6 tingkat di mana setiap tingkat akan menunjukkan kelompok calon isteri. Semakin tinggi tingkatnya, semakin tinggi pula nilai wanitanya. Kamu boleh memilih wanita di tingkat yang kamu suka. Jika tidak berkenan, kamu juga boleh memilih calon isteri di tingkat berikutnya tetapi dengan syarat tidak boleh turun lagi ke tingkat sebelumnya kecuali untuk keluar dari kedai.
Suatu hari seorang lelaki pergi ke kedai tersebut untuk mencari calon isteri. Di setiap tingkat terdapat tulisan seperti ini:-

Tingkat 1: Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan & pandai memasak.
Lelaki itu tersenyum. Kemudian dia naik ke tingkat 2. 

Tingkat 2: Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak & lemah lembut.
Lelaki itu tersenyum lagi dan naik lagi ke tingkat 3.

Tingkat 3: Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak, lemah lembut & cantik.
"Wow!!! Ujar lelaki tersebut. Tawaran semakin menarik. Lelaki tersebut semakin ghairah dan terus naik ke tingkat 4.

Tingkat 4: Wanita di tingkat ini taat kpd Tuhan, pandai memasak, lemah lembut, amat cantik dan sayang kpd kanak-kanak.
Lelaki tersebut berkata, "Ini benar-benar membuat aku serba salah dan hampir tak percaya!!!"
Dia berfikir pastinya tingkat 5 tawarannya lebih hebat lalu dia terus mendaki ke tingkat 5.

Tingkat 5: Wanita di tingkat ini taat kepada Tuhan, pandai memasak, lemah lembut, sangat cantik, sayang kanak-kanak & sexy.
Dia tergoda dengan tawaran yg diberikan dan mengambil keputusan utk berhenti dan memilih calon isteri di tingkat 5. Tiba-tiba lelaki tersebut menukar fikirannya lalu dia bertindak melangkah ke tingkat 6. Alangkah terkejutnya lelaki tersebut apabila membaca tulisan...

Tingkat 6: Anda adalah pengunjung yang ke 9,989,686,898. TIADA wanita di tingkat ini. Tingkat ini hanya semata-mata pembuktian untuk LELAKI yang TIDAK PERNAH PUAS. Terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk berbelanja di KEDAI ISTERI. Mohon hati-hati ketika keluar dari sini.

SAUDARAKU, setiap dari kita tidak ada yang sempurna. Tidak ada satu pun yang mampu memuaskan kita di dunia ini.
ISTERI CANTIK, SUAMI TAMPAN, JAWATAN TINGGI, KEKAYAAN, RUMAH BESAR, KERETA MEWAH, DUIT BERJUTA dan macam-macam lagi. Kelihatannya begitu GAH dilihat di mata MANUSIA namun kita sering TERLUPA yang itu semua hanya bersifat SEMENTARA.
Oleh itu, hanya dengan RASA SYUKUR, JUJUR, IKHLAS dan BERLAPANG DADA terhadap segala yang dihadirkan oleh Allah SWT buat kita, yang mampu membuat HIDUP kita begitu INDAH dan TENANG kerana kita pasti merasa PUAS terhadap apa jua yang Allah SWT berikan kepada kita. Semoga kita terus ISTIQAMAH..

Tafsiran AlQuran - Al-Falaq

Al-Falaq (Waktu Subuh)
5 Ayat Makkiyah

Mukadimah

Surah ini termasuk surah Makkiyah yang mengandungi 5 ayat dan turun setelah surah Al-Fiil. Di antara  kandungannya: surah ini menganjurkan kepada Nabi untuk berlindung kepada Tuhannya dari segala gangguan, dari kegelapan malam, dari tipu daya seseorang, terutamanya dari orang yang dikuasai oleh rasa dengki.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1. Katakanlah, "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang mencipta sekalian makhluk,

2. dari kejahatan makhluk-makhluk yang Dia ciptakan,

3. dan dari bahaya gelap apabila ia datang,

4. dan dari kejahatan tukang sihir, yang meniupkan mantera,

5. dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan kedengkiannya."

Kalau Bernafas DiKenakan Bayaran

Tahukah anda harga Oksigen di hospital?
RM10/­ltr..
Tahukah anda harga Nitrogen di hospital ?
RM3/­ltr..

Tahukah Anda bahwa dalam sehari manusia mnghisap;
2880 ltr Oksigen, &
11376 ltr Nitrogen ?

Jika hrs dihargai dgn ringgit, Oksigen & Nitrogen yg kita hirup, akn mncapai RM56,060/hari /manusia.

Kalau dikalikan sebulan RM56,060x 30hari = RM1,681,818/­org..
Org yg paling KAYA sekalipun tidak akan sanggup melunasi biaya nafas untuk hidupnya, apabila Allah SWT  mnggunakan Rumus Niaga manusia.

Masihkah kita MALAS BERSYUKUR ?

Baru nafas saja, kita sudah mesti membayar RM1,681,818 / bulan, dan itu PERCUMA.

Maka, Nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kau Dustakan..

Sesungguhnya, Segala sesuatu adalah dari Allah SWT , dan kembali kepadaNya.

Semoga kita semua bahagian dari hamba2 yang bersyukur.. Amin

Swasta atau kerajaan

Hangat cerita tentang penjawat awam kantoi sarapan dan shopping waktu pejabat. Chup chup... Kalau tak boleh sarapan, takkan nak kelaparan sampai pukul 1. Masuk kerja awal pagi 7.30, kerja sampai 4.30 petang. Waktu rehat 1-2 petang. Mana ada waktu rehat pagi untuk sarapan. Hmmm... Macammana tu.
Tapi tu lah. Segelintir punya angkara, habis terpalit kena kat semua penjawat awam.
Bagi akak sendiri, akak mengaku akak pernah sarapan diluar pejabat. Itu pun sebab kafe kat bangunan pejabat tu tutup. Habis sarapan terus balik pejabat. Tak sempat nak merewang sana sini. Tambah pulak tengah banyak kerja macam waktu sekarang ni. Nak keluar pun tak sempat. Telanlah je lah apa yang ada kat pantry tu. Biasanya biskut pingponglah. Cicah dengan air teh.
Sakit hati tau bila ada yang kata orang keje kerajaan ni curi tulang je. Ingat penjawat awam ni makan gaji buta je ke.
Cumanya yang terkantoi tu yang tak bernasib baik aja. Yang kena tangkap masa shopping plak, jangan tak tau, berapa banyak pejabat kerajaan yang menyewa lot kedai di shopping complex. Ada juga tau. Tu yang kadang2 ternampak penjawat awam berjalan di pusat beli belah. Dah ofis diorg kat situ.
Yang nak kuat kuasa tu pun agak2 lah sikit. Banyak lagi benda lain yang patut dikuatkuasakan. Macam peniaga yang tak geti2 turunkan harga barang walaupun harga petrol ngan tarif elektrik turun.

Mana Garis Panduan Yang Baru????

Fail dah makin banyak. Dokumen sekolah dah makin penuh. Sampai nak jalan pun kena tepis dengan kaki (hahaha, yang tu akak tipu). Tapi memang banyak pun.
Dah lah dengan sekolah NKRA lagi. Audit memang boleh audit. Semak pun tak da masalah. Tapi mana nak diarahkan laporannya. Garis panduan baru tak keluar lagi. Format sijil audit pun tak da lagi. Arggggghhh..... Tolong!!!!!!

Tak da nafsu

Bengkel 4 hari di putrajaya, peluang cuci mata di Alamanda jangan di lepaskan. Kebetulan kat putrajaya ni akak menginap di Hotel Everly yang letaknya bersebelahan dengan Alamanda. Dan tempat akak bengkel pula di KPM pun sebelah Alamanda ni. Kengkawan akak yang berkunjung di sini, motif mereka butik tudung nyata jelita. Apa lagi kalau tak Fareeda. Tapi akak selesa duduk diluar menikmati ais krim mcflury untuk ubat sakit tekak. Memang lega pun bila makan ais krim tu.
Kenapa akak tak minat Fareeda tu? Bukan tak minat. Cantik apa tudung Fareeda tu. Tapi harganya buat akak fikir beribu kali sebelum beli. Bukan tak mampu, cuma ada lagi penting dari tudung semahal tu. Biarlah berbelanja di bawah kemampuan kita. Jangan ikut kemampuan, alamatnya tak menyimpanlah.

GURAUAN PUNCA KAFIR

Takut2 kita ter'cakap'
Nie dr sumber 'usrah tv9'

INFO: BERGURAU ADA BATASNYA , FIKIR DULU
SEBLUM CAKAP.

Antara contoh-contoh dialog menjadi Kafir dalam tak sedar:

1- Nabi Yusof smart, aku smart lebih sket dari nabi. (jatuh kafir)

2- Tak payah la simpan2 janggut, tak payah nak bersunnah-sunnah,
beselerak je muke aku tgk. (jatuh kafir)

3- Zaman nabi mane ade Gillette, sebab tu la ade jambang. (jatuh kafir).

4- Hudud dah tak sesuai zaman ni bro.. (jatuh
kafir)

5- Senyum la skit, muke masam je dah macam
malaikat mungka nakir dah aku tgk. (jatuh kafir)

6- Sedarlah skit yang selama nie kerajaan bagi
rezeki kat kamu. (jatuh kafir)

7- Aku dah isi borang murtad, tapi tak diluluskan
mahkamah la pulak. (jatuh kafir)

8- Erm.. kalo murtad mesti boleh buat maksiat
kan? Macam best je.. (jatuh kafir)

9- Aku murtad dah, eh gurau je gurau je... (jatuh
kafir)

10- Jika ikut kaedah Islam, maka mundur lah
negara kita ni.. (jatuh kafir)

"Barangsiapa MEMPERSENDA, MEMPERMAIN,
MENAFIKAN sunnah
Rasulullah dan ayat Kitabullah maka dia kafir serta-merta"
-Kitab Fiqhul Akbar: Karangan Imam Syafie.

p/s: Sekiranya pernah terucap dan berlaku pada diri sendiri, maka
ucaplah balik Syahadah yg kuddus, selawat serta
zikir - pesanan pada
semua dan diri sendiri.

Tolong SHARE sekiranya input ini berguna untuk
anda. Mungkin berguna juga untuk orang lain jga.
Bahaya nie...baru tau . Masya Allah !

Syirik kecil boleh jadi macam nie. Situasi:

1) Amira sedang menyanyi. Tiba-tiba kawannya,
Farhana berkata.
"Nanti hujanlah". Haa, tu boleh jadi syirik kecil.

2)Azlie bertanya kpd
Ahmad. "Awak dah solat zuhur? Ahmad mjwb,
"Dah, semalam."
Haaa perkara kecil sebegitu pun boleh jadi syirik dari setiap percakapan kita tanpa kita sedar. Ini kerana dia memperlekehkan
amalan wajib lima waktu.

Kita tak tahu pada mulanya, sekarang dah tahu kan?
sila copypaste laa n kongsi.
ilmu bukan utk dijual beli.
Sumber 'Usrah' tv9
Wallahuallam...-
#copy paste dr sahabat wassap

Tafsiran AlQuran - AnNaas

AN-NAAS (MANUSIA)

6 Ayat Makkiyah

Surah ini mengandungi 6 ayat yang turun di Mekah setelah surah Al-Falaq. Di antara isinya: Allah memerintahkan untuk berlindung kepada Nya dari segala gangguan yang datang daripada manusia atau jin yang jahat, yang menghembuskan keraguan di hati manusia.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1. Katakanlah, “Aku berlindung kepada Allah yang memelihara sekalian manusia;

2. Yang menguasai sekalian manusia;

3. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia

4. Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam,

5. Yang melemparkan bisikan dan hasutan ke dalam hati manusia;

6. Dari kalangan jin dan manusia.”

Romantiknya Atuk

Seorang cucu kagum dengan atuknya yg dh berumur 70+++ yg sentiasa memanggil nenek dgn panggilan 'sayang, daling, honey & ♥♥♥ lagi. Tak mcm atok-atok lain..nih mesti ada sesuatu rahsia baik punya, fikirnya.
Lalu satu saat yg sesuai cucu p tanya pd atuknya.
"Atuk..atuk..apasal Man tengok atuk romantik sangat dgn nenek walau dh tua..daling la, sayaang la. Apa rahsia cinta atuk dgn nenek tuk".
Atuk panggil cucu dan bebisik,
"Kau jgn bising-bising lak yo, yg sebona ea atuk dah lupo namo nenek kau...".

Alahai atuk...

Tafsiran AlQuran - AlFaatihah

AL-FAATIHAH (PEMBUKAAN)

7 AYAT MAKKIYAH

Mukadimah

Surah Al-Fatihah turun di Mekah dan dinamakan Al-Faatihah (Pembukaan) kerana surah ini surah yang pertama dalam susunan Mushaf. Surah ini surah yang pertama turun kepada Nabi Muhammad s.a.w secara lengkap. Ia mencakupi seluruh kandungan Al-Quran, yang kemudian diperjelaskan secara terperinci di dalam surah-surah yang berikutnya. Kandungan Al-Quran meliputi persoalan tauhid, janji untuk mereka yang beriman dan beramal soleh, ancaman terhadap mereka yang ingkar dan berbuat jahat, keterangan tentang ibadah serta jalan menuju kebahgiaan dan jalan mereka yang derhaka dan kekecewaan yang mereka rasai. Al-Faatihah mencakupi isi Al-Quran secara ringkas sehingga surah ini juga disebut Ummul Kitab (Induk Kitab).

1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

3. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

4. Yang menguasai hari pembalasan (hari akhirat).

5. Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.

6. Tunjukkan kami jalan yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat, bukan jalan mereka yang telah Engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Happy Birthday Fahim

Hari genap usia Fahim 6 tahun. Cepat betul masa berlalu. Satu sambutan serba ringkas untuk meraikan Fahim dan kawan2 sekelasnya. Dan semesti betapa bangganya Fahim bila ada kek untuk di potong sempena hari lahirnya. Untuk Fahim, mama doakan agar Fahim jadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat.
Fahim lahir pada 3 Februari 2009, jam 7.20 petang. Berat masa dilahirkan 3.6kg. Lahir di Hospital Tunku Ampuan Najihah Kuala Pilah, N.Sembilan.
Sejak kecil Fahim seorang anak yang tak banyak ragam. Sebab dia kuat tidur. Hehehe. Naik kereta je terus lelap. Ge shopping mall pun tidur. Dan sampai sekarang pun tidur jadi keutamaannya. Fahim lebih suka duduk rumah dari bermalam rumah orang lain. Sebab bila di rumah orang, dia akan tertanya2 kat mana dia nak tidur.
Apapun, selamat hari lahit Fahim. Mama ngan Papa sayang Fahim.

Rindukan Atuk

Hari ni dapat whatsapp dari adik dalam group adik beradik akak. Coretan diari arwah atuk kami. Ahmad bin Hj. Abdullah. Banyak kenangan kami dengan arwah. Satu yang paling kami takkan lupa hobi atuk yang suka menulis. Dan semestinya tulisannya yang cantik buat kami rasa teruja. Puas kami berusaha nak cuba tiru tulisan atuk tapi tak jadi pun. Hehehe.
Apapun memanf kami rindukan arwah atuk. AlFatihah untuk Allahyarham Ahmad bin Hj. Abdullah. (1928-2006).
Antara catatannya tu cucu pertamanya yang berkahwin, akaklah cucu itu. Tak tau sama ada arwah sempat buat catatan atau tidak untuk cicit pertamanya iaitu anak akak Amirul Faiz. Sebab arwah pergi tak lama selepas akak lahirkan Faiz.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff