my nuff

Seloka Pagi Hari Dengan #AmirulFahim


Pagi-pagi lagi anak akak #AmirulFahim dah buat lawak. Masa kejut bangun tidur, dia dah membebel. "Acek acek sekolah, acek acek sekolah. Payim nak tidur lagi". Tapi bila kata nanti abang #AmirulFaiz mandi dulu, terus dia bingkas bangun. Tak nak bagi abang dia mandi dulu.
Lepas tu bila dah siap-siap, tetiba dia tanya. "Beg mama mana, Payim nak pakai minyak wangi." pergh dia punya sembur minyak wangi macam nak mandi. Akak usik dia. "Payim pakai minyak wangi ni nak ngorat awek ea..."
"Mana ada, Payim saja2 je" Terus keluar dari bilik.
Kat luar pulak, abang dia usik lagi.
"Mama, muka Payim jadi pink"
"Haaa... payim ada awek ye"
Terus lari masuk bilik, siap kunci pintu lagi. Konon2 merajuk lah.
Haiii.... anak... anak...

No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff