my nuff

Tafsiran AlQuran - AlFaatihah

AL-FAATIHAH (PEMBUKAAN)

7 AYAT MAKKIYAH

Mukadimah

Surah Al-Fatihah turun di Mekah dan dinamakan Al-Faatihah (Pembukaan) kerana surah ini surah yang pertama dalam susunan Mushaf. Surah ini surah yang pertama turun kepada Nabi Muhammad s.a.w secara lengkap. Ia mencakupi seluruh kandungan Al-Quran, yang kemudian diperjelaskan secara terperinci di dalam surah-surah yang berikutnya. Kandungan Al-Quran meliputi persoalan tauhid, janji untuk mereka yang beriman dan beramal soleh, ancaman terhadap mereka yang ingkar dan berbuat jahat, keterangan tentang ibadah serta jalan menuju kebahgiaan dan jalan mereka yang derhaka dan kekecewaan yang mereka rasai. Al-Faatihah mencakupi isi Al-Quran secara ringkas sehingga surah ini juga disebut Ummul Kitab (Induk Kitab).

1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

3. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

4. Yang menguasai hari pembalasan (hari akhirat).

5. Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.

6. Tunjukkan kami jalan yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat, bukan jalan mereka yang telah Engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff