my nuff

Tafsiran AlQuran - AlQadr

AL-QADR

(KEMULIAAN)

5 Ayat Makkiyah

Mukadimah

Surah yang mengandungi 5 ayat ini tutun di Mekah setelah surah ‘Abasa. Di antara kandungannya, penjelsanan tentang al-Quran dan malam Al-Qadr yang kelebihannya lebih baik dari seribu bulan kerana para malaikat bersama Jibrail turun pada malam itu untuk segala persoalan, dan berlangsung sampai fajar.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1. Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam Lailatul Qadar.

2. Tahukah kamu apa malam Lailatul Qadar itu?

3. Malam Lailatul Qadar, jauh lebih baik dari seribu bulan.

4. Pada malam itu malaikat-malaikat bersama Malaikat Jibrail turun atas izin Tuhannya untuk mengatur segala sesuatu.

5. Malam itu penuh kesejahteraan sampai fajar menyinsing.

Tafsiran AlQuran - Al-Bayyinah

AL-BAYYINAH

(BUKTI)

8 Ayat Makkiyyah

Mukadimah

Surah ini berjumlah 8 ayat ini turun di Mekah setelah surah Ath-Thalaq. Di antara isinya: penjelasan bahawa penduduk Mekah yang kafir memang mengetahui akan datangnya nabi terakhir kerana memang tersebut dalam kitab mereka. Tetapi, setelah datang justeru mereka mengingkari dan berselisih. Para ahli kitab begitu juga orang musyrik, kerana sikapnya yang demikian, akan kekal dalam neraka, sedang bagi orang yang beriman akan mendapat balasan syurga yang penuh dengan kenikmatan.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1. Orang-orang kafir dan ahli kitab dan orang musyrik masih akan tetap menjauh dari kebenaran sampai datang bukti yang jelas.

2. Iaitu seorang Rasul Allah yang membaca lembaran-lembaran suci (al-Quran).

3. Di dalamnya terdapat isi kitab-kitab yang benar dan lurus.

4. Ahli kitab tidak berselisih melainkan setelah datang keterangan kepada mereka.

5. Padahal mereka tidak diperintahkan kecuali untuk menyembah kepada Allah, Dengan ikhlas, penuh kepatuhan dan mendirikan solat, menunaikan zakat. Itulah agama yang benar.

6. Adapun orang –orang yang kafir dari ahli kitab serta orang musyrik, akan berada di Neraka Jahanam selama-lamanya. Mereka adalah makhluk yang paling buruk.

7. Sedang orang yang beriman dan beramal soleh, meraka itulah makhluk yang terbaik.

8. Balasan mereka di sisi Tuhannya adalah syurga ‘Adni, yang dihiasi oleh sungai-sungai yang mengalir, mereka abadi di sana. Allah reda akan mereka dan mereka pun reda akan nikmat pemberian-Nya. Yang demikian itu adalah balasan bagi orang yang takut kepada Tuhannya.

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki

BAHAGIAN 42


DATUK MARZUKI melihat diari di tangannya. Dia melihat tanda yang dibulatkan di dalam diari. Tarikh dia akan berangkat ke Mekah. Entah mengapa hatinya meronta-ronta mahu pergi.

“Mimi, panggil Baharom sekejap.” Datuk Marzuki menekan interkom.

Tidak berapa lama kemudian muncul Baharom di muka pintu.

“Ada apa Datuk?’ Baharom duduk di hadapan majikannya yang sudah seperti abangnya sendiri. Mata Baharom merenung Datuk Marzuki yang terbatuk-batuk. Sesekali lelaki itu menekan-nekan dadanya.

“Awak banyak kerja?” Tanya Datuk Marzuki tenang.

Baharom mengangguk. Sebentar tadi dia baru balik dari berjumpa Amir dan Mr.Tong, meminta laporan tentang perkembangan rancangan mereka di New Zealand.

“Tak mengapalah. Berehatlah sesekali. Saya tahu kamu bekerja terlalu kuat. Saya bangga dapat pekerja macam kamu.” Datuk Marzuki berkata lembut. Dia batuk lagi.

Sejak akhir-akhir ini Baharom dapat merasakan Datuk Marzuki seolah-olah berada di dalam kesakitan. Namun dia tidak pernah melihat Datuk Marzuki berehat di rumah.

“Datuk sakit. Datuk perlukan rehat nampaknya.”

Datuk Marzuki tersenyum. Dia mengambil frame gambar yang berisi gambar Atiqah yang sedang bersanding dengan Nik Arif. Gambar tersebut baru beberapa minngu di atas mejanya.

“Saya tak ada apa-apa. Saya rasa saya masih sihat.” Datuk Marzuki berkata tenang. Dia merenung frame yang berada di tangannya.

“Akhirnya dapat juga saya tengok Atiqah bersanding. Dia memang gadis yang cerdik dan baik.” Datuk Marzuki merenung gambar Atiqah, agak lama.

“Cuma saya sedikit terkilan Baharom. Zainab masih tak mahu memaafkan saya.” Suara Datuk Marzuki begitu rendah. Ada bibit-bibit kesayuan di hatinya.

“Aneh… masakan dia tak maafkan Datuk. Saya tengok dia begitu mesra dengan Datuk pada hari persandingan Atiqah.”

Bukan itu yang dimaksudkan oleh Datuk Marzuki. Memang Zainab begitu mesra dengannya pada hari persandingan Atiqah tetapi ada sesuatu yang membelenggu perasaannya sekarang.

“Abang minta maaf dengan apa yang abang lakukan pada awak, Zainab.” Dia berkata perlahan apabila mereka tinggal berdua sahaja. Selepas selesai berbincang tentang perkahwinan Atiqah.

“Tak mengapa bang, perkara dah lepas. Kita masing-masing dah berumur. Tak ada apa yang mahu dimaafkan lagi. Saya dah melupakannya.” Zainab berkata perlahan namun di dalam suara Zainab dia mendengar ada getaran. Dia menahan sebak di dada.

“Memang sifat manusia agaknya. Bila sedang melakukan kesalahan, kita langsung tak perasan apa yang dah kita lakukan. Tapi bila masa berlalu barulah kita sedar, kita sebenarnya dah melakukan kesilapan.” Datuk Marzuki membalas. Dia mahu Zainab mengerti bahawa di kesal dengan apa yang berlaku.

“Alangkah bagusnya Zai kalau kita dapat bersama semula. Bersama anak kita Atiqah dalam satu bumbung. Abang rindukan saat-saat begitu.”

Puan Zainab dapat mengesan kelainan dalam kata-kata Datuk Marzuki itu.

“Isteri abang mana? Tak nampak-nampak sejak saya datang ke sini?”

Dia mendengar suara Zainab tenang. Ada sesuatu yang mengocak perasaannya. Sesuatu yang sejak akhir-akhir ini disimpannya. Mendengar pertanyaan Zainab membuat persoalan tersebut timbul semula.

“Rasanya tak payahlah abang ceritakan pasal dia.” Datuk Marzuki tidak mahu nama Zakiah timbul ketika dia berbincang dengan Zainab.

“Kenapa?’ Tanya Zainab ragu-ragu.

Datuk Marzuki menggeleng. Di a tahu sebagai lelaki dan sebagai suami, dia tidak boleh berdiam diri dengan kata-kata orang sekeliling.

“Tak ada jodoh Zai. Mungkin abang dah tua. Penat melayan kerenah perempuan muda sekarang.” Dia ketawa kecil. Dia melihat Zainab tersenyum. Mungkin Zainab memikirkan yang dia masih seperti dahulu. Suka merapati perempuan muda.

“Dia public figure. Semakin abang tua abang nahukan seorang perempuan yang boleh menyambut abang dengan senyuman ketika abang balik. Abang sekarang tak suka balik dengan rumah kosong dan hanya disambut orang gaji. Mungkin faktor umur Zai.”

Kedengaran agak aneh pendapat Datuk Marzuki di telinga Zainab. Namun hanya dianggukkan kepalanya.

“Bila difikirkan balik, abang merasakan betapa bodohnya abang. Abang terlalu mengejar keduniaan. Terlalu mengejar impian. Penghabisan, ini jadinya. Abang tak mempunyai anak selain daripada Atiqah. Basib baik Atiqah seorang anak yang baik. Abang pula sudah terlalu banyak melukakan hatinya.”

Hidup ini memang tidak seperti yang dijangka, fikir Datuk Marzuki. Mengejar untuk mendapatkan sesuatu, terpaksa melepaskan apa yang telah dimiliki. Tidak semua yang kita inginkan akan kita dapat.

“Segalanya dah berlaku bang. Kita masing-masing sudah ada kehidupan sendiri. Apa yang nak kita kesalkan. Segalanya tak boleh diputar semula. Kita terpaksa menerima hakikatnya.” Sudah bertahun-tahun perkara tersebut berlaku. Zainab sudah melupakannya. Sakit di hati sudah terubat walaupun parutnya masih ada. Melihat apa yang dilakukan oleh Datuk Marzuki di hadapan matanya membuat hatinya tawar.

“Abang benar-benar kesal…” Suaranya bergetas. Kekesalan yang lahir dari lubuk hati yang ikhlas.

Aku yang melakukan dan sekarang aku menerima padahnya. Datuk Marzuki berkata sendiriaan. Hidup kesunyian walaupun harta melimpah ruah. Rupa-rupanya di dalam kehidupan terlalu banyak orang yang berpura-pura. Mendekatinya hanya kerana kemewahan yang dia ada.

“Tak ada apa yang nak dikesalkan bank. Abang semakin kaya. Bukankah itu yang abang cita-citakan dulu? Menjadi orang kaya dan ternama. Abang dah dapat sekarang. Apa yang mahu dikesalkan?’

Zainab menyindir, fikir Datuk Marzuki.

“Kemewahan tak membawa kita ke mana-mana rupanya…” Dia mengeluh sendirian. Diusik sebak.

Dahulu dia masih ingat betapa bahgianya dia walaupun mereka tidak semewah mana. Setiap kali dia pulang ke rumah, Zainab dan Atiqah menyambutnya dengan senyuman. Kemudian mereka akan makan bersama, sembahyang bersama dan berbincang apa sahaja bersama. Dia benar –benar rindukan saat tersebut.

“Kenapa Datuk cakap macam tu?” Baharom yang berada di hadapannya bertanya.

Datuk Marzuki tersentak dari lamunan. Baharom dipandangnya tanpa berkelip.

“Apa yang saya cakap tadi Baharom?” Tanya Datuk Marzuki.

Baharom mahu sahaja ketawa. Datuk Marzuki memang sedang berkhayal.

“Datuk cakap, kemewahan sebenarnya tak membawa kita ke mana-mana.” Baharom mengulangi kata-kata Datuk Marzuki sebentar tadi.

Datuk Marzuki tersenyum. Mengangguk.

“Saya rasa tak sabar lagi mahu ke Mekah.” Kata-kata yang keluar dari kerongkongnya seolah-olah menggegarkan seluruh tubuhnya. Dia tidak tahu kenapa sejak akhir-akhir ini dia menjadi semakin tidak sabar mahu menjejakkan kaki di tanah suci itu.

“Tak lama lagi Datuk. Sabarlah. Setiap niat yang baik itu insya-Allah Tuhan akan dorong kita. Saya yakin Datuk akan dapat menjejakkan kaki ke sana.” Baharom memujuk.

Sejak akhir-akhir ini Datuk Marzuki lebih banyak bercerita tentang kehidupan seharian daripada bercerita tentang perniagaan. Lelaki itu macam tidak berminat lagi menjalankan perniagaan. Atiqah sahaja yang kelihatan begitu bersungguh-sungguh.

“Andai kata saya tak pulang lagi, barulah kamu beritahu Zainab rahsia MZA.” Datuk Marzuki merenung Baharom lemah. Dia memenag mempercayai Baharom. Baharom seperti tangan kanannya. Sejak Zakiah meninggalkannya, pada Baharomlah segala masalah dicurahkan. Mahu memberitahu Atiqah, dia rasa bersalah. Atiqah terlalu sibuk dengan perniagaan yang cuba dilepaskan sedikit demi sedikit pada anaknya itu.

“Itu saja yang dapat membalas dosa saya pada Zainab.” Datuk Marzuki menyambung kata. Entah berapa puluh kali Baharom mendengarnya. Selagi Datuk Marzuki mahu mengatakan perkara yang sama, dibiarkan. Sejak akhir-kahir ini juga, Datuk Marzuki selalu mengimbau kenangan lama. Dia tidak berdaya untuk membantu meringankan beban masalah dan perasaan bersalah Datk Marzuki itu. Dia Cuma mampu untuk menjadi pendengar yang baik. Memadailah, bisik hatinya.

“Saya benar-benar kasihankan Atiqah. Andai kata terjadi sesuatu pada saya nanti, tolonglah Atiqah. Saya tahu suaminya baik, Cuma lelaki kadangkala tak dapat dijangka. Selagi kamu hidup Baharom, saya mahu kamu memerhatikan Atiqah. Tolong perhatikan Nik Arif. Tegur mereka berdua jika perlu.” Kata-kata Datuk Marzuki memang aneh, seperti orang buang tabiat. Jodoh, ajal maut semuanya di tangan Tuhan, bisik hatinya.

“Insya-Allah Datuk. Itu pun kalau saya masih ada lagi. Manalah tahu kalau-kalau saya yang pergi dulu daripada Datuk.” Baharom berkata sambil ketawa kecil.

“Saya yakin Bahrom, saya yang pergi dulu, bukan awak!”

Baharom hanya tersenyum mendengar kata-kata Datuk Marzuki itu. Dalam dunia ini semuanya berkemungkinan. Segalanya boleh berlaku walaupun perkara yang tidak dapat diterima akal. Apa yang hendak dihairankan kalau dia pergi dulu. Bukan dia yang menentukan ajal maut orang.

“Kita tak tahu Datuk, ajal maut semuanya di tangan Tuhan.” Baharom berkata perlahan, cuba memujuk.

“Yalah betul kata kamu Baharom tapi saya amat yakin, saya yang akan pergi dulu.”

Baharom merasakan kelainannya namun dia tidak mahu mengulas lebih lanjut. Biarlah Datuk MArzuki dengan perasaannya sendiri. Dia Cuma mampu berdoa untuk kesejahteraan majikannya itu.

“San saya minta satu, Baharom. Saya mahu awak ikut saya ke sana nanti.”

Baharom mengerutkan dahinya. Tersentak dengan permintaan tersebut.

“Tapi Datuk…” Baharom mahu bersuara tetapi terhenti apabila dia melihat Datuk Marzuki mengangkat tangannya.

“Segalanya saya tanggung. Saya rasa saya perlukan awak di sana nanti.”

Baharom mahu membantah namun dia merasakan permintaan Datuk Marzuki tidak seharusnya dihampakan.




Bahagian sebelumnya boleh baca DISINI




Temuduga Untuk Jawatan Kosong

TEMUDUGA SEBAGAI CALON JENAZAH

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN :

A. Ahli Syurga Dari Awal
B. Ahli Neraka Dari Awal
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A) :

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA :

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA :

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN :
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA :

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR :

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON :

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI :

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini :

Sabda Rasulullah S.A.W : 'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.'

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

ㅤ  ㅤ  ❤ㅤ  ❤    ❤
ㅤ♥    Subhanallah  ♥
♥    Alhamdulillah    ♥
♥     Lailahaillallah   ♥
ㅤ♥    Allahuakbar   ♥
ㅤ ㅤ  ❤ ㅤ  ❤     ❤
Share msg ini... kalau anda bukan dari golongan yg kedekut .

Tafsiran AlQuran - AzZalzalah

AZ-ZALZALAH

(KEGONCANGAN)

8 Ayat Madaniyyah

Mukadimah

Surah ini turun di Madinah setelah surah An-Nisaa’, ayatnya 8. Isinya tentang hari kiamat dan hari-hari sebelumnya, gempa bumi yang dasyat dengan mengeluarkan segala yang dikandung, kebingungan manusia akan nasib dan keselamatannya, dan diperlihatkan segala amal perbuatannya, amal sekecil apa pun, baik atau buruk akan ditayangkan secara jelas.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1. Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dasyat

2. Dan apabila bumi mengeluarkan beban isinya.

3. Dan manusia bertanya-tanya, “Apakah ini?”

4. Hari itu bumi mengkhabarkan berita-beritanya,

5. Kerana Tuhanmu teleh memerintahkannya

6. Hari itu semua orang yang muncul terbahagi kepada beberapa golongan, untuk diperhatikan amal perbuatannya

7. Sesiapa pun yang melakukan kebaikan walaupun seberat zarah pasti akan melihatnya

8. Dan sesiapa pun yang melakukan kejahatan walaupun seberat zarah pasti akan melihatnya.

Tafsiran AlQuran - Al Aadiyat

AL-AADIYAT

(KUDA PERANG YANG BERLARI KENCANG)

11 Ayat Makkiyyah

Mukadimah

Surah ini turun di Mekah setelah surah Al-‘Ashr dan berjumlah 11 ayat. Dimulai dengan sumpah dengan kuda di peperangan, kemudian menjelaskan sifat manusia yang kikir dan tidak bersyukur, padahal dia sendiri yang akan menjadi saksi atas diri sendiri pada hari kiamat nanti. Dia sangat cinta kepada kebendaan. Surah ini diakhiri dengan peringatan akan hari yang pasti tiba yakni kiamat dan hari pembalasan.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1. Demi (kuda) yang tangkas berlari

2. Demi (kuda) yang menghentakkan kaki dan mencetuskan api;

3. Dan (kuda) yang menyerang pada pagi hari

4. Sehingga berterbanganlah debu di udara

5. Kemudian menyerbu di tengah kumpulan musuh

6. Sesungguhnya manusia ingkar dan tiada bersyukur kepada Tuhannya

7. Itu akan disaksikan sendiri olehnya di akhirat kelak.

8. Dia sangat bakhil kerana cintanya kepada kekayaan dunia

9. Adakah dia tidak tahu, kelak segala yang ada di dalam kubur dibangkitkan?

10. Dan diperlihatkan segala yang dikandung dalam hati.

11. Susungguhnya Tuhan pada hari itu Maha Mengetahui amalan mereka.

Faiz Pendam Rasa , Hanya Pandang Dari Jauh

Hujung minggu lepas, masa majlis perkahwinan adik ipar akak, antara yang jadi tumpuan ialah anak perempuan kawan palestin adik ipar akak tu. Anak palestin kan... Memang cun lah. Selain raja sehari, anak comel tu turut jadi tumpuan lensa kamera. Dan ramailah anak2 sedara akak tumpang ambil gambar sekali. Paling ketara Zul Izat sepupu Faiz. Tua setahun dari Faiz. Memang nampak Izat berusaha untuk berbual ngan anak palestin tu. Faiz, akak tengok hanya leka bermain. Pada pandangan akak Faiz tak berminat dengan situasi tu.
Rupanya sangkaan meleset. Setelah budak comel tu balik, di suatu sudut Faiz luahkan apa yang dia rasa.
"Mama, anak kawan ucu dah balik ke?"
"Ye, awak pun suka kat budak tu juga ke?"
"Abang suka, tapi abg izat dah cop dulu."
Laaaa.... Rupanya Faiz pun ada feel juga kat budak tu. Alahai....

Tafsir AlQuran - Al-Qaari'ah

AL-QAARI’AH

(HARI KIAMAT)

11 Ayat Makkiyyah

Mukadimah

Surah ini turun di Mekah, ayatnya berjumlah 11, dan turun setelah surah Quraisy. Di antara kandungannya: keterangan tentang suara yang menggoncangkan, iaitu menandakan datangnya hari kiamat. Ketika itu manusia bagaikan kupu-kupu yang berterbangan tanpa tujuan, sedang gunung telah menjadi kepingan yang menghambur. Manusia yang amal kebaikannya banyak, tenang dan berbahagia. Sebaliknya yang amalnya sangat sedikit akan gelisah dan menjadi penghuni Neraka Jahim.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1. Hari kiamat.

2. Apa itu hari kiamat?

3. Tahukah kamu apa itu hari kiamat?

4. Hari itu segenap manusia seperti kelekatu berterbangan.

5. Dan gunung ganang pun menjadi laksana bulu-bulu yang dihamburkan.

6. Sesiapa pun yang timbangan amalnya berat

7. Dia akan hidup dalam kesenangan

8. Dan sesiapa pun yang timbangan amalnya ringan

9. Dia akan menetap dalam Neraka Hawiyah

10. Apakah itu Neraka Hawiyah?

11. Iaitu neraka yang panas menyala.

Tafsir AlQuran - ATTakaatsur

AT-TAKAATSUR

(BERMEGAH-MEGAHAN)

8 Ayat Makkiyyah

Mukadimah

Surah ini mengandungi 8 ayat, dan termasuk yang turun di Mekah setelah surah Al-Kautsar. Di antara isinya: peringatan kepada manusia akan kesibukan dunia yang dapat melalaikan daripada mengingati Allah, iaitu berlumba mengejar kebendaan. Kesedaran ini akan datang kalau dia telah dekat dengan ajalnya. Yang perlu diingat ialah bahawa kenikmatan yang diterima seseorang akan diminta tanggungjawabnya oleh pemberi kenikmatan yakni Allah Yang Maha Mengetahui.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1. Kamu telah dilalaikan oleh kemegahan memperbanyakkan kekayaan

2. Sampai kamu masuk ke liang kubur

3. Jangan demikian, kamu kelak akan mengetahui

4. Sekali lagi jangan demikian, kamu benar-benar akan mengetahui

5. Tidak, sekiranya kamu tahu dengan pengetahuan yang yakin

6. Sememangnya kamu akan melihat Neraka Jahim

7. Lalu akan kamu lihat dengan mata yang yakin

8. Kemudian pada hari itu kamu pasti akan diminta bertanggungjawab atas kenikmatan yang engkau terima.

Tafsiran AlQuran - Al-'Ashr

AL-‘ASHR

(MASA)

3 AYAT MAKKIYYAH

Mukadimah

Surah ini termasuk Makkiyyah, berjumpah 3 ayat, dan diturunkan setalah surah Asy-Syarh. Di antara isisnya: Allah Ta’ala bersumpah dengan waktu. Kerana pentingnya waktu bagi kehidupan manusia, tanpa memperhatikan waktu yang terus berjalan manusia akan rugi. Cara mencegahnya ialah dengan mengisi tuntutan iman dan beramal soleh serta saling mengingatkan agar dapat selalu berpegang kepada kebenaran dan bersikap tabah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1. Demi masa.

2. Sesungguhnya manusia dalam kerugian.

3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Tafsiran AlQuran - Al Humazah

AL HUMAZAH

(PENGUMPAT)

9 AYAT MAKKIYYAH

Mukadimah

Surah ini mengandungi 9 ayat, dan termasuk surah Makkiyyah yang turun setelah surah Al-Qiyaamah. Di antara isinya: peringatan keras terhadap pengumpat, baik dengan terang-terangan atau dengan isyarat; mereka itu kebanyakan orang yang sangat cinta kepada harta dan menganggap bahawa hartanya dapat mengekalkan hidupnya. Semua itu tidak benar; hartanya telah menyibukkan dari tugas lain sehingga harus menerima balasan yang setimpal, seksaan yang menembus ulu hati.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1. Celakalah para pengumpat dan pencela,

2. Yang selalu mengumpulkan harta kekayaan dan menghitung-hitungnya,

3. Yang selalu mengira bahawa kekayaannya itu dapat mengekalkan hidupnya.

4. Sama sekali tidak; dia akan dilemparkan kedalam Neraka Hutomah

5. Tahuklah engkau apakah Hutomah itu?

6. Iaitu api daripada Allah yang selalu menyala,

7. Yang menyengat sampai ke ulu hati

8. Sesungguhnya api itu ditutupkan kepada mereka

9. Dengan tiang-tiang yang panjang menjulang.

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki

BAHAGIAN 41


“Orang Sekarang sanggup tikam kawan dari belakang.”

Atiqah mendengar June berkata begitu apabila dia baru sahaja menolak daun pintu rumanhnya. June berada di ruang tamu sedang menonton televisyen. Atiqah pura-pura tidak mendengar. Dia leka melihat surat yang berada di atas almari. Hari itu hari Sabtu, dia terpaksa bekerja hingga ke peang. Selalunya June tidak ada di rumah petang-petang Sabtu begitu.

“Kalau muka tu cantik sangat tak apalah. Ini muka macam tak sudah. Entah apa yang jantan tu gila-gilajan entahlah!” Keras suara June.

Atiqah mengerutkan dahinya. Kata-kata tersebut seperti ditujukan pada dirinya. Sejaka kahir-akhir ini memang June jarang bercakap dengannya. Wajah perempuan tersebut masam mencuka setiap kali mereka bertembung. Dia pula lebih banyak mengahabiskan masanya di bilik kalaupun tidak di kilang.

“Jangan=jangan dah dibaginya jantan tu ubat guna-guna.” June berkata lagi dengan nada geram dan marah.

Atiqah duduk di hadapan June, meletakkan fail yang berada di tangan kemudian mengeluh perlahan.

“june, kenapa nak marah-marah ni?” Ingin tahu apa sebenarnya masalah gadis tersebut.

“Orang macamtulah… kalau muka dah tak cantik tu…” June mencebirkan bibirnya.

Atiqah menguatkan bentang kesabarannya. Kata-kata June itu menyakitkan telinganya. Waau apa pun, dia mesti menyelesaikan masalah ini dengan June. Kalau tidak , sampai bila pun June akan bermasam muka dengannya.

“Jangan pura-pura tak faham pula!” June mencebir apanila dilihatnya Atiqah hanya mendiamkan diri.

Atiqah pura-pura tidak mengerti.

“Memang aku tak faham June. Kalau aku faham, aku tak tanya kau. Beritahu aku, yang kau marah sangat ni kenapa?” Atiqah sebenarnya malas mahu melayan June namun dia mahu menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin. Dia tidak mahu June berprasangka apa-apa dengannya.

“Kau tu, sanggup tikam kawan dari belakang.” June berkata geram. Dia masih terbayang bagaimana Nik Arif memeluk Atiqah dan yang tidak dapat diterimanya, Nik Arif mencium Atiqah.

“Tikam kau dari belakang… Apa maksud kau?” Tanya Atiqah yang masih lagi berpura-pura tidak mengerit.

“Hei Iqa… kau tahu tak Nik Arif tu bukannya sukakan kau. Dia selalu mengata kau. Aku hairan apa yang dia pandang sangat dengan kau entahlah!” June berterus terang. Hatinya benar-benar sakit. Sudah bermingggu-minggu disimpannya.

“Biarlah…” Atiqah menjawab malas. Dia tahu keikhlasan Nik Arif. Lelaki itu pernah berterusterang dengannya tenatang hubungannya dengan June. Tidak pernah sekali pun Nik Arif memburukkan June. Lelaki itu Cuma menjelaskan perkara yang sebenar, tidak lebih daripada itu.

“Dia kepunyaan aku tah ak!” Bentak June geram.

Atiqah mahu sahaja melambakkkan tawanya. Kalau Nik Arif mendengarnya, apalah reaksinya.

“Ambillah June, aku tak kisah. Lelaki bukan seoarang dalam dunia ni.” Atiqah berkata selamba. Malas dia mahu bergaduh hanya kerana seorang lelaki. Banyak lagi masalah lain yang hendak difikirkan.

June terpempan mendengar kata-kata Atiqah itu.

“Kau memang perempuan gatal Iqa, cerminlah muka kau tu dulu. Kau ingat Nik Arif sukakan kau? Ramai perempuan yang lebih cantik daripada kau tahu tak!”

Atiqah sakit hati mendengar kata-kata yang begitu kurang ajar daripada June. Dia merenung muka June yang sudah merah padam.

“Pergilah berterus terang dengan NikArif, June. Cakap kau sukakan dia. Kau bergaduh dengan aku pun tak ada sudahnya. Kau tak dapat dia, Kita bermasam muka!” Atiqah bangun, malas melayan June.

Kadangkaa dia tidak faham dengan perangai June. Teman lelakinya rama tetapi kenapa Nik Arif yang dikejarnya?”

“Kau memang perempuan gatal Iqa!” Jerit June di muka pintu bilik Atiqah apabila Atiqah msudah masuk kedalam biliknya dan menutup pintu.

Atiqah hanya menahan hati sahaja mendengar kata-kata tersebut. Malas Atiqah mahu memikirkan. Timbul sakit hatinya dengan Nik Arif tetapi apabila difikir-fikirkan, dia tidak bole menyalahkan Nik Arif seratur peratus.

Malam itu June keluar, tidak tahu dengan siapa. Dia mendengar pintu rumah dihempas kuat oleh June. Atiah keluar untuk mencari apa yang boleh dibuat dan dimakannya di dapur. Nik Arif masuk kedalam rumah dengan senyuman nakalnya ketika dia sedang mebersihkan ikan bilis di dapur.

“Masak apa saying… jom kita keluar makan?”

Atiqah mengurut dadanya. Suara Nik Arif begitu dekat di telingayna. Lelaki itu dengan selamba meletakkan bibirnya di telinga Atiqah. Atiqah mengelak perlahan.

“Apa masukrumah orang tak bagi salam?” Marah Atiqah.

“Peduli apa. Ini rumah Nik juga.” Nik Arif ketawa kecil. Diusap-usaonya rambut Atiqah lembut kemudian teapak tangannya mengusap-usap lembuat bahu Atiqah.

Atiqah menelan liur. Nasib baik June tidak ada di rumah. Kalau tidak, entah apalah reaksi perempuan itu bila melihat Nik Arif di situ.

“June marah Iqa tadi.” Atiqah mengadu. Dia merenung wajah Nik Arif untuk melihat reaksi lelaki itu tetapi Nik Arif tetap tenang.

“Marah kenapa? Iqa buat apa pada dia?”

“Dia suka dekan Nik.”

Nik Arif melambakkan tawanya. Sakit hati Atiqah meliihatnya.

“Suka kemnapa? Nik ni handsome sangat ke? Habis Iqa tak jealous?” Nik Arif menusik nakal.

Atiqah mengetap bibir. Direnung wajah lelaki tersebut, mencari rasa bersalah dari wajah lelaki itu. Tetapi Nik Arif tenang sahaja. Atiqah lantas mencuci ikan bilis yang dibersihkan. Kemudian mengambil sayur kubis yang berada di sebelahnya, dipotong halus. Dia menjerit apbila merasakan telinganya sakit.

“apa Nik ni. Behave yourself okay!” Atiqa mengesat telinganya.

Nik Arif memang pantang duduk berdua dengannya. Ada sahaja yang mahu dikakukan oleh lelaki itu. Sakit hatinya.

“Nak kiss Iqa.” Nik Arif selamba. Dia menyuakan mukanya kepada Atiqah. Meradang Atiqah melihatnya.

“Penampar ada, nak?” Atiqah menggumam.

Nik Arif tidak mempedulikan kemarahan Atiqah.

Atiqah menolak muka Nik Arif dengan perasaan geram yang kian berbahang.

“Behave yourself, Nik,” Atiqah menyiku perut Nik arif.

“Selagi tak dapat kahwin dengan Iqa, selagi tulah Nik buat tau,” Nik Arif mengugut.

Atiqah menarik nafas panjang.

“Nik… Iqa nak cakap dengan Nik tahu tak. Bukan nak suruh Nik buat tak senonoh. Kalau macam ni, pergi baliklah.” Atiqah menghalau Nik Arif.

“Eleh… nak halau orang. Nasib baik Nik tak heret Iqa masuk bilik tau!’ nik arif berkata selamba. Direnungnya bibir Atiqah.

Atiqah faham maksud renungan Nik Arif. Sakit betul hatinya dengan perangai Nik Arif yang tidak pernah mahu bersopan dengannya.

“Iqa nak pindah rumah. June macam marah dengan Iqa.” Kadangkala Atiqah memikirkan betapa bodohnya dia. Pindah sahaja ke rumah ayahnya semula sudah selesai masalah. Namun bila memikirkan Zakiah pula, dia rasa masalah akan menjadi bertambah besar. Namun yang paling dihairankannya, Datuk Marzuki tidak pernah bercerita tentang Zakiah. Mungkin mahu mengambil hatinya.

“Marah… kenapa nak marah?’

Atiqah malas menjawab. Dia menolak Nik Arif dan mengambil mihun yang sudah direndam. Dia mahu menggoreng mihun sahaja untuk mengalas perutnya malam itu.

“Dia marah Iqa bercinta dengan Nik? Agaknya pengsan dia kalau tengok Nik cium Iqa.” Nik Arif mengusik Atiqah. “Itu dia belum tengok Nik dengan Iqa atas katil lagi.” Nik Arif bergurau.

Geram Atiqah mendengarnya. Dia mengangkat kakinya dan menghentakkannya ke kaki Nik Arif.

Nik Arif menjerit sakit.

“Apa Iqa ni!” Nik Arif menggosok kakinya.

Atiqah tersenyum melihat wajah Nik Arif yang menahan sakit. Baru padan muka! Atiqah menggumam sendirian.

“Teruk betul. Tak pasal-pasal hentak kaki Nik.” Anik Arif mengetap bibir, geram. Nasib baik Atiqah yang melakukan begitu. Kalau orang lain, sudah lama kena penampar, fikirnya.

“Lain kali buat lagi pengai tak senonoh tu. Perangai lanun tu jangan dibawa-bawa sampai ke rumah. Kerja dahlah dekat Westport dekat Port Klang. Kawan pun dengan lanun!” Ejek Atiqah.

“Eleh… tak lama lagi Iqa dapat laki lanun.” Nik Arif mengusik.

Atiqah mencebir.

“Bukan salah Iqa tak lama lagi Nik dapat bini lanun. Perangai Iqa mengalahkan lanun sekarang…” Nik Arif ketawa besar apabila menghabiskan kata-katanya. Dia memerhatikan Atiqah sedang membersihkan mihun. Kakinya masih terasa pedih dihentak oleh Atiqah sebentar tadi.

“Kenapa Iqa nak marah? Jangan sampai Nik hilang sabar nanti… Dah lama Nik tunggu Iqa setuju kahwin dengan Nik.” Nik Arif mengugut. Direnungnya tubuh Atiqah yang hanya memakai T-shirt dan kain batik dari arat ke bawah. Bukan senang dia dapat melihat Atiqah dalam keadaan begitu. Lengan Atiqah yang putih dan berbulu halus itu sudah menyebabkan dia menelan air liurnya berkali-kali. Dadanya berdebar-debar.

“kalau Iqa tak pakai baju macam mana agaknya ya?’ Terpacul kata-kata tersebut dari mulut Anik Arif.

Atiqah menjegilkan mata mendengarnya. Nik Arif tersengih sahaja. Dia sendiri tidak sedar apa yang dicakapkannya sebentar tadi.

“Kita kahwin Iqa, kita kahwin!’ Nik Arif berkata perlahan dan dengan muka bersahaja dipeluknya Atiqah yang sedang sibuk di dapur itu. Bibirnya mengelus lembut rambut Atiqah.

Tiba-tiba mereka terdengar suara orang member salam.

Nik Arif merenung wajah Atiqah. Suara lelaki. Siapa yang datang ke rumah tersebut malam-malam begini?

“Biar Iqa pergi tengok.” Atiqah menawarkan diri. Sekurang-kurangnya dia dapat melepaskan diri dari diperlakukan sesuka hati oleh Nik Arif.

“Pak cik Baharom, ayah! Buat apa ke sini?’ Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Di hadapannya berdiri Baharom bersama ayahnya.

Datuk Marzuki tersenyum melihat Atiqah. Di belakang ayahnya Hajah mimah.

“Aayah Iqa yang beria-ia nak jumpa Iqa. Dia nak tengok di mana Iqa tinggal.” Baharom menerangkan.

Atiqah menelan air liurnya beberapa kali.

“Sayang, siapa tu?’ Nik Arif bertanya lembut sambil menjenguk ke luar.

Nik Arif dan Datuk Marzuki berpandangan sesame sendiri. Masing-masing terperanjat melihat antara satu sama lain.

Atiqah mengetap bibir menahan debar di hati.

“Masuklah ayah, pak cik, mak cik. “ Atiqah berkata sambil tergagap-gagap.

Nik Arif hanya tersenyum nakal merenung kekasihnya yang kelihatan gugup itu.

“Dah lebih dua tahun Si Iqa ni menyewa rumah saya ni, Datuk.” Hajah Mimah menerangkan pada Datuk Marzuki yang sudah duduk di ruang tamu.

Nik Arif tersenyum mendengar cerita emaknya. Sesekali Datuk Marzuki merenungnya dengan seribu pertanyaan.

“Budak bertuah ni, kenapa tak pernah beritahu saya dia kenal Iqa?’ Datuk Marzuki menggelengkan kepalanya. Muncungnya dituju kepada Nik Arif.

Nik Arif ketawa.

Atiqah sedang berada di dapur membuat air untuk ayahnya dan Baharom. Datuk Marzuki kemudian teringat bagaimana dia melihat Nik Arif memeluk bahu Atiqah. Dia semakin mengerti. Bagaimana dia tidak boleh mengagak?

“Hidup-hidup kita ditipunya kak. Budak-budak sekarang!” Datuk Marzuki mengeluh. Tidak terkata.

Hajah Mimah hanya ketawa. Dia gembira dapat berjumpa dengan Datuk Marzuki. Lelaki itu nampak baik. Macam Atiqah. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi!

“Susah nak cerita Datuk.” Nik Arif meramas jarinya sendiri.

“Atiqah ni pun satu. Berapa kali saya suruh dia pindah rumah, dia tak mahu pindah!” Adu Datuk Marzuki.

Hajah Mimah tersenyum ramah.

“Budak tu pelik betul. Rumah sendiri tak mahu duduk. Sewa rumah orang padahal rumah sendiri sebesar-besar rumah. Ada beberapa kondominium. Masih tak mahu tinggal! Atau takut nak tinggalkan buah hati tak?” Datuk Marzuki mengusik Nik Arif yang tersipu-sipu.

Baharom hanya tersenyum mendengarnya. Sejak beberapa hari yang lepas Datuk Marzuki beria-ia mengajak dia mencari di mana Atiqah tinggal. Atas pertolongan Fuad dan Dahlia, mereka mendapat alamat rumah Atiqah. Sebentar tadi mereka mengetuk rumah Hajah Mimah dan Hajah Mimah membawa mereka ke rumah itu.

“Saya dulu pun tak tahu dia anak Datuk.” Nik Arif tersenyum. Merenung Atiqah yang datang menatang air.

Atiqah pura-pura tidak mendengarnya. Dia memang tidak menyangka sama sekali yang ayahnya sanggup mencari di mana dia tinggal. Nik Arif menceritakan satu per satu bagaimana dia juga tertipu dengan Atiqah. Hajah Mimah juga mencelah bagaimana dia sendiri tidak percaya yang Atiqah anak orang kaya. Datuk Marzuki yang mendengar hanya ketawa. Hampir pukul sebelas malam barulah mereka semua pulang. Itu pun selepas Atiqah selesai memasak dan mereka makan beramai-ramai di situ.

Ketika Datuk Marzuki mahu pulang, dia bertembung dengan June di muka pintu.

Terbeliak mata June melihat Datuk Marzuki berada di situ. Dia kenal lelaki itu. Sering keluar di surat khabar dan ramai wanita yang mahu bersama dengan lelaki tersebut.

“Kenalkan June… ayah aku, Datuk Marzuki.” Antara mahu dengan tidak Atiqah memperkenalkan Datuk Marzuki dengan June.

Mata June menjadi bertambah besar. Dia mengetap bibir. Hatinya dilanda pelbagai perasaan.


Baca bahagian sebelumnya DI SINI

Tafsiran AlQuran - Al-Fiil

AL-FILL
(GAJAH)
5 AYAT MAKIYYAH

Mukadimah
Surah ini mengandungi 5 ayat, dan termasuk surah Makiyyah yang turun setelah surah Al-Kaafiruun. Di antara isinya; berita tentang serangan pasukan gajah yang terjadi pada tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Mereka berusaha menghancurkan Kaabah, namun Allah menjaga kehormatannya dengan mengirim burung ababil yang menghancurkan segala tentera gajah. Suatu isyarat bahawa Allah akan memelihara Kaabah sebagai simbol keesaan Pencipta.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
1. Tidakkah kau tahu bagaimana Tuhanmu menghadapi tentera gajah?
2. Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka sia-sia dan memusnahkan mereka.
3. Dan Dia telah mengirimkan rombongan burung ababil kepada mereka,
4. Yang melempar batu-batu tanah liat yang dibakar panas.
5. Lalu menjadikan mereka bagaikan daun-daun kayu yang dimakan ulat.

Tafsir AlQuran - Quraisy

QURAISY
(SUKU QURAISY)
4 AYAT MAKIYYAH

Mukadimah
Surah ini mengandungi 4 ayat, termasuk yang turun di Mekah setelah surah At-Tiin. Di antara isinya: penjelasan tentang kebiasaan suku Quraisy dalam berdagang yang selalu mendapat perlindungan Allah sebagai kurnia-Nya kepada mereka; oleh itu, sepatutnya mereka hanya menyembah Tuhan Kaabah yang mereka hormati dan mereka jaga, Allah yang memberikan rasa aman dan tenteram.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
1. Kerana kebiasaan aman tenteram orang Quraisy;
2. Kebiasaan mereka merantau (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk dan musim panas.
3. Maka, hendaklah mereka menyembah Tuhan pemilik rumah ini (Kaabah).
4. Yang memberi mereka makan pada waktu lapar dan memberi rasa aman dari ketakutan.

Tafsiran AlQuran - AlMaa'uun

AL-MAA’UUN
(BARANG-BARANG YANG BERGUNA)
7 AYAT MAKIYYAH

Mukadimah
Surah ini mengandungi 7 ayat, termasuk Makkiyah, dan turun setelah surah At-Takaatsur. Di antara isinya: penjelasan tentang orang yang mendustakan agama yang di antara cirinya membiarkan anak yatim, tidak peduli kepada kaum dhaif, kedekut memberikan harta atau jasanya. Mereka itu sama dengan orang yang menjalankan solat secara lahirnya saja, tidak sampai ke dasar batinnya. Dijelaskan juga orang yang menolak untuk memberi pinjaman atau keringanan kepada orang lain.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
1. Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama?
2. Itulah orang yang menindas dan berlaku zalim kepada anak-anak yatim,
3. Dan yang tidak menggalakkan untuk memeberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
4. Celakalah orang-orang yang melaksanakan solat
5. Iaitu mereka yang lalai dari menyempurnakan solatnya.
6. juga bagi orang-orang yang berkeadaan riak.
7. dan orang-orang yang tidak memberi sedikitpun pertolongan kepada yang berhak. 

Akhirnya Terkena Juga

Dengan kelajuan yang biasa, elak kiri kanan. Bak pemandu profesional. Bila dapat elak rasa bangga berbaur lega.
Tapi pagi ni, nasib tak menyebelahi. Ibarat tukul besi jatuh atas kek secret recepies berperisa coklat indergant (belasah je ejaannya tu). Begitulah keadaannya bila tayar kancil akak melanggar taik kerbau yang masih elok segar. Aduhhhhhh.... Percikannya sampai ke bumbung. Cermin tepi dan depan tak yah cakap. Bayangkan sendiri. Huhuhu.
Apa komen 3 Amirul?
Faiz: Kerbau tu kena duduk dalam pagar. Jangan bagi keluar.
Fahim: mama tipon orang cuci jalan tu. Basuh jalan cepat2.
Firas: ?????? (Tak tau apa2 sebab leka kunyah naget.)

Tafsiran AlQuran - AlKautsar

AL-KAUTSAR
(NIKMAT YANG BANYAK)
3 AYAT MAKKIYYAH

Mukadimah

Surah ini mengandungi 3 ayat, termasuk Makkiyyah dan turun setelah Al-‘Aadiyaat. Di antara isinya: Allah telah memberikan kepada Rasul dan pengikutnya kenikmatan yang sangat banyak baik di dunia dan di akhirat. Oleh itu, hendaknya menjaga solat dan menyembelih korban menandakan kesyukuran, sebagaimana Allah melimpahkan kenikmatan untuk mereka. Orang yang membenci Nabi akan dikalahkan.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1. Sesungguhnya telah Kami kurniakan kepadamu kenikmatan yang melimpah ruah.
2. Maka solatlah untuk Tuhanmu dan sembelihlah korban sebagai bersyukur.
3. Sesungguhnya orang yang membencimua, dia akan terputus dari rahmat-Nya.

Nama Anak Saya Amir Faruqi

Nak cerita pasal anak akak yang sulung ni, Amirul Faiz. Memang akak perasan, kalau dalam kereta urat sarafnya memang aktif berhubung antara satu sama lain. Ada je benda yang dia nak bualkan.
Kadang-kadang dia boleh bualkan sesuatu yang tak dijangka. Ibi perbualan kami semalam waktu balik dari kerja.
Faiz: mama, bila abang dah besar, abang dah kawin nanti, bila abang ada anak nanti, mama nak abang bagi nama apa?
Mama: mana mama tau, suka hati abanglah. (Tahan gelak)
Faiz: abang nak bagi nama Hazran lah..
Mama: hazran tu kan macam nama kawan abang yang kembar tu.. Nama lain lah. Bagi nama Faiz Naufal lah... Sedap juga
Faiz : tak nak bagi nama Faiz, sama dengan nama abang. Abang nak bagi nama AMIR FARUQI....
Mama: ok juga... (Senyum sampai rumah)..

Adoi yaii... Faiz... Faiz... Umur baru nak masuk 9 tahun. Sunat pun belum lagi. Dah ada perancangan sampai tahap tu sekali.
Untuk Faiz, andai sampai masanya nanti, Faiz tercari2 nak letak nama apa untuk anak Faiz, boleh buka blog mama ni ye...

Kalau Lambat

❌Dulu waktu sekolah rendah, kalau DATANG LAMBAT, kena denda kutip sampah sekitar kawsan sekolah....������
❌Naik sekolah menengah, kalau DATANG LAMBAT, pengawas ambik nama dan cikgu disiplin akan sebut nama waktu perhimpunan. Kena denda juga kutip sampah atau cuci tandas.��������
❌Masuk universiti, kalau DATANG LAMBAT ke kuliyyah, lecturer potong 'carry mark'. Ada juga yang terus tak boleh masuk, lecturer kunci pintu..������
❌Bila dah bekerjaya, kalau DATANG LAMBAT, bos akan marah, bonus dan kenaikan gaji terjejas. Bahkan kalau selalu sangat, HR akan hantar showcause letter..��������
Tapi...
✅Kalau DATANG LAMBAT solat jemaah, samada tertinggal rakaat pertama atau bahkan kalau datang ketika tahiyyat akhir, Allah tetap beri ganjaran 27 kali pahala. Tak kena tolak jadi 20, 10 atau 7. Tetap juga 27. Cuma pahala afdhalnya yang mungkin berbeza di sisi Allah..������
✅Allahuakbar... Betapa Allah sangat sayangkan hambaNya....
Ustaz Azhar Idrus Berkata
Kita relax and baca ni Perbualan antara Rasulullah & iblis..��������
��❓Rasulullah bertanya : “Apa yg kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku hendak solat?”
��❗Iblis menjawab : “aku merasa panas dingin dan gementar”
��❓Rasulullah : “kenapa?”
��❗Iblis : “Sebab setiap seorang hamba bersujud 1X kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat”
��❓Rasulullah : “jika seorang umatku berpuasa?”
��❗Iblis : “tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka”
��❓Rasulullah : “jika ia berhaji?”
��❗Iblis : “aku seperti orang gila”
��❓Rasulullah : “jika ia membaca Al-Quran?”
��❗Iblis : “aku merasa meleleh laksana timah diatas api”
��❓Rasulullah : “jika ia bersedekah?”
��❗Iblis : “itu sama saja org tersebut m'belah tubuhku dgn gergaji”
��❓Rasulullah : “mengapa boleh begitu?“
��❗Iblis : ”sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya, iaitu :
1. Keberkahan dlm hartanya,
2. Hidupnya disukai,
3. Sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dgn api neraka,
4. Terhindar dari segala macam musibah akan terhalau dr dirinya.
��❓Rasulullah : “apa yg dapat mematahkan pinggangmu?”
��❗Iblis : “suara kuda perang di jalan Allah.”
��❓Rasulullah : “apa yg dapat melelehkan tubuhmu?”
��❗Iblis
: “taubat org yg bertaubat”
��❓Rasulullah : “apa yg dpt membakar hatimu?”
��❗Iblis : “istighfar di waktu siang & malam”
��❓Rasulullah : “apa yg dpt mencoreng wajahmu?”
��❗Iblis : “sedekah yg diam2”
��❓Rasulullah : “apa yg dpt menusuk matamu?”
��❗Iblis : “solat fajar”
��❓Rasulullah : “apa yg dpt memukul kepalamu?”
��❗Iblis : “solat berjemaah”
��❓Rasulullah : “apa yg paling mengganggumu”
��❗Iblis : “majlis para ulama”
��❓Rasulullah : “bagaimana cara makanmu?”
��❗Iblis : “dengan tangan kiri dan jariku”
��❓Rasulullah : “dimanakah kau menaungi anak2mu di musim panas?”
��❗Iblis : “dibawah kuku manusia”
��❓Rasulullah : “siapa temanmu wahai iblis?”
��❗Iblis : “penzina”
��❓Rasulullah : “siapa teman tidurmu?”
��❗Iblis : “pemabuk”
��❓Rasulullah : “siapa tamumu?”
��❗Iblis : “pencuri”
��❓Rasulullah : “siapa utusanmu?”
��❗Iblis : “tukang sihir (dukun)”
��❓Rasulullah : “apa yg membuatmu gembira?”
��❗Iblis : “bersumpah dgn cerai”
��❓Rasulullah : “siapa kekasihmu?”
��❗Iblis : “org yg meninggalkan Solat Jum'at”
��❓Rasulullah : “siapa manusia yg paling 2membahagiakanmu?"
��❗Iblis : “org yg meninggalkan solatnya dgn sengaja”
❤❤AllahuRabbi..  Jom KONGSI sebarkannya biar bagi 1 dunia tahu apa kelemahan Iblis.
"PlNJAM 59 SAAT "          HASBl RABBl JALALLAH MAAFl QALBl GHAlRULLAH . NUR MUHMMAD SALALLAH . LAlLAHAlLLALLAH"       
��������������

Firas Demam

Hari akak cuti kecemasan. Anak bongsu akak Amirul Firas demam. Dari petang semalam lagi, bila akak ambil dia kat taska, pengasuh dia bagi tau Firas demam. Dua hari sebelum tu memang dah perasan mata Firas berair. Mesti panas dalam. Dan petang semalam, badan Firas memang panas. Sampai rumah, akak mandikan Firas. Lepas tu dia tidur. Oklah sikit suhu badannya. Lepas maghrib, badan dia panas balik. Akak bagi ubat buntut dulu. Lepas tu kononnya nak tepek cool fever. Tapi Firas segar balik. Siap boleh main kaler buku dengan abang2 dia.
Tak lama lepas tu dia tidur balik. Akak tepeklah cool fever kat belakang dia. Hmmm... Tapi bila dia sedar balik terus tanggal benda alah tu. Adeh....
Pagi ni kalau dia dah ok akak boleh ge kerja macam biasa. Tapi pagi ni, badannya memanglah tak sepanas semalam tapi dia tidur je. Bawa ge hantar abang2 ge sekolah, lepas tu hantar kunci ofis kat ofismate, berhenti beli sarapan, tapi dia tidur je. Sampai rumah angkat bawa masuk bilik terus sambung tidur.
Huhuhu, memang ketara sangat bila Firas tak sihat. Kalau dia sihat, dialah bulan bintang dan dia jugalah ribut taufan.
Semoga cepat sembuh sayang...

Kena Simpan Resit Pembayaran Kalau Tak....

Siang tadi akak bayar yuran taska Firas untuk bulan Mac. Tu memang biasalah. Yang luar biasanya, bila penyelia tu kata akak tak bayar yuran untuk bulan Februari. Aikkkk... Siap tunjuk lagi catatan untuk bulan Februari tu kosong.
Macam mana boleh jadi camtu. Akak ingat lagi sehari lepas gaji terus akak bayar. Dan memang akak ingat lagi, akak kena sound dengan penyelia lagi sorang tu sebab lewat bayar. Sepatutnya bayar sebelum 6hb tapi akak bayar 13hb. Hehehe.
Pastu tadi penyelia tu suruh akak tunjuk resit. Alamak... Akak rasa macam akak tak simpan resit tu. Kat buku harian pun akak tak sempat catat. Aduh. Camna ni. Baru akak ingat lepas akak bayar, akak letak resit tu dalam beg taska Firas. Memang doa banyak2 masa akak check beg Firas. Nasib baik ada lagi. Esok boleh tunjuk kat penyelia tu. Kalau tak melayang RM280. Banyak tu. Tapi yang hairannya, masa akak bayar bulan lepas, elok sangat penyelia lagi sorang tu tulis dalam jadual bayar yuran tu. Ke diorang ni ada buku jadual tu sorang satu. Lepas tu tak reti2 nak update. Hhmmmm...

Keputusan SPM 2014 - Tahniah Irfan dan Amira

Hari ni keputusan SPM 2014 keluar. Akak ada dua orang anak sedara yang ambil result hari ni. Alhamdulillah. Mereka dapat keputusan yang agak membanggakan. Tahniah untuk Muhammad Zul Irfan dan Siti Noramira.. (Betul kot ejaan nama diorang. Sorry ye kalau mak teh salah).
Lepas tu akak ada dapat info ni dari group whatsapp... Mungkin berguna untuk semua lepasan SPM.

Today result SPM keluar,  here's some info:
Upcoming Scholarships Opened for Application Very Soon...

9th March 2015 - PETRONAS Scholarships (Program Penajaan Pendidikan PETRONAS Untuk Lepasan SPM 2014 - scholarships.malaysia-students.com/2014/03/petronas-education-sponsorship.html)

10th March 2015 - PSD Scholarships for Engineering Programmes Abroad (Biasiswa JPA Untuk Lepasan SPM 2014 - scholarships.malaysia-students.com/2014/03/program-kejuruteraan-penajaan-jabatan.html)

11th March 2015 - Bank Negara (Pre-University) Kijang Emas & Kijang Scholarships - scholarships.malaysia-students.com/2013/03/bank-negara-pre-university-kijang-emas.html

14th March 2015 - Yayasan Sime Darby (YSD) Pre-University Scholarship Programme (Local) - scholarships.malaysia-students.com/2014/03/yayasan-sime-darby-ysd-pre-university.html

17th March 2015 - Felda Global Ventures Holdings Berhad Scholarships (Biasiswa FGV) - scholarships.malaysia-students.com/2014/03/biasiswa-felda-global-ventures-holdings.html

26th April 2015 - UEM Group Berhad Overseas Scholarship Programme - scholarships.malaysia-students.com/2012/03/uem-group-berhad-overseas-scholarship.html

24th April 2015 - Sin Chew Daily Education Fund - scholarships.malaysia-students.com/2014/03/sin-chew-daily-education-fund.html

26th April 2015 - UEM Group Berhad Overseas Scholarship Programme - scholarships.malaysia-students.com/2012/03/uem-group-berhad-overseas-scholarship
html

Assalamualaikum...
Kami drpd kumpulan batch 30 SAMURA telah menubuhkan sebuah BLOG KHAS untuk lepasan SPM. Artikel2 adalah mengenai PROGRAM yg ada selepas SPM dan ditulis berdasarkan pengalaman2 kami sendiri. Harap korg dpt manfaatkan blog ni sebaik mungkin. Buat masa ini kami berjaya mengumpul 22 artikel drpd 22 pelajar batch kami dan akan ditambah dari semasa ke semasa:

1. AUSTRALIAN MATRICULATION PROGRAM (AUSMAT) @ INTEChttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/australian-matriculation-program-intec.html

2. A-LEVEL PROGRAMME – ENGINEERING @ KMShttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/a-level-programme-engineering-kms.html

3. PUSAT ASASI SAINS UNVERSITI MALAYA (PASUM)http://stagelain.blogspot.com/2014/12/pusat-asasi-sains-universiti-malaya.html

4. FOUNDATION IN SCIENCE UITM PUNCAK ALAM (PALAM)http://stagelain.blogspot.com/2014/12/foundation-in-science-uitm-puncak-alam.html

5. STPM SASTERAhttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/stpm-ting-6-sastera.html

6. DIPLOMA MECHANICAL ENGINEERING UITM PASIR GUDANGhttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/diploma-mechanical-engineering-uitm.html

7. ASASI LAW UITM @ KUANTANhttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/asasi-law-pi005-uitm-kampus-kuantan.html

8. PRE-FRANCE FOUNDATION (SCIENCE POLITIC & BUSINESS MANAGEMENT)http://stagelain.blogspot.com/2014/12/pre-france-assalamualaikum-formal.html

9. JPA FRANCE ENGINEERINGhttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/program-kejuruteraan-jpa-france.html

10. PROGRAM MATRIKULASI (SAINS)http://stagelain.blogspot.com/2014/12/program-matrikulasi-di-kolej.html

11. A-LEVEL DENTISTRY INDIA PROGRAMME @KTThttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/a-level-dentistry-india-programme-kolej.html

12. ASASI SAINS PERTANIAN UPM (ASPER)http://stagelain.blogspot.com/2014/12/asasi-sains-pertanian-upm.html

13. ASASI SAINS PERUBATAN UPNMhttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/asasi-sains-perubatan-upnm.html

14. ASASI KEJURUTERAAN DAN SAINS TEKNOLOGI UPNMhttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/asasi-kejuruteraan-dan-sains-teknologi.html

15. NEW ZEALAND CHARTERED ACCOUNTACY PATHWAY PROGRAMME @KYSBhttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/new-zealand-chartered-accountancy.html

16. UIA Foundation Starter Pack / Bachelor of English Languagehttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/uia-foundation-starter-pack-bachelor-of.html

17. DIPLOMA PROGRAM OF ACTUARIAL SCIENCE @UITMhttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/diploma-sains-aktuari.html

18. INTERNATIONAL BACCALAUREATE (IB) –MEDIC IRELAND @KMBhttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/international-baccalaureate-101.html

19. INTERNATIONAL BACCALAUREATE (IB) @KMShttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/international-baccalaureate-diploma.html

20. A-LEVEL GERMAN (ALG)http://stagelain.blogspot.com/2014/12/a-level-german-alg.html

21. A-LEVEL ARCHITECTURE @INTEChttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/a-level-architecture-intec.html

22. PRE RUSSIAN PROGRAMMEhttp://stagelain.blogspot.com/2014/12/pre-russian-programme.html

EXTRA - A WARM WELCOMING TO THE NEXT STAGE http://stagelain.blogspot.com/2014/12/a-warm-welcoming-to-next-stage.htmlII.

THE ART OF RESUME http://stagelain.blogspot.com/2014/12/the-art-of-resume.htmlIII.

THE ART OF/ SCHOLARSHIP HUNTING http://stagelain.blogspot.com/2014/12/the-art-of-scholarship-hunting.html

#Boleh sampaikan kepada anak2 shbt2 & shbh dan semua

Nampak Kejam Tapi....

Sebuah kapal persiaran terlibat dengan kemalangan di laut, di dalamnya ada satu pasangan, selepas berusaha untuk mencari bot penyelamat, mereka menyedari cuma tinggal tempat untuk seorang. Macam Titanic pula kan?

Dengan serta merta, lelaki itu meninggalkan wanita yang bersamanya dan melompat masuk ke dalam bot penyelamat sendirian.

Wanita itu berdiri di kapal yang sedang tenggelam dan menjerit satu patah perkataan kepada suaminya.

Cikgu kemudian berhenti bercerita dan bertanya,
"Rasanya la kan, apa yang dia jeritkan?"

Hampir semua murid menjawab
"Aku bencikan kau! Tak berhati perut!"

Cikgu perasan seorang muridnya yang diam sahaja lalu bertanya kepadanya,
"Cikgu, saya percaya dia mesti cakap - Jaga anak-anak kita baik-baik!"

Cikgu itu terkejut, lalu bertanya,
"Awak pernah dengar cerita ini ke?"

Budak itu menggelengkan kepalanya,
"Tak, tapi itulah yang mak saya beritahu ayah sebelum dia meninggal kerana penyakit."

Ciku kemudian menyambung,
"Betul jawapan tu."

Kapal itu tenggelam, manakala lelaki itu pulang dan membesarkan anak-anak mereka sendirian.

Beberapa tahun selepas meninggalnya lelaki itu, anak mereka menjumpai diari ayah mereka semasa mereka mengemas.

Rupanya semasa orang tua mereka menaiki kapal persiaran, ibu mereka sudah disahkan mengidap penyakit yang akan meragut nyawa.

Ayah mereka menulis,
"Alangkah baiknya jika saya tenggelam ke dalam lautan bersamamu, namun demi anak-anak kita, saya tinggalkan kamu bersemadi di dalam laut keseorangan."

Cikgu sudah berhenti bercerita, namun kelas tersebut masih sunyi.

Cikgu itu tahu anak muridnya memahami pengajaran cerita tersebut, walaupun ada yang baik dan yang buruk di dunia ini, masih banyak lagi kisah disabaliknya yang sukar untuk difahami.

Itulah sebabnya kita jangan sesekali lihat luaran sahaja dan menghukum orang lain tanpa memahami mereka dulu.

Mereka yang suka belanja makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.

Mereka yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.

Mereka yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.

Mereka yang sukarela membantu anda, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat anda sebagai seorang sahabat.

Mereka yang selalu sms anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka mengingati anda.

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.

Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...

Satu hari anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"

Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,

"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA."

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff