my nuff

Be Careful With My Heart - Kenapa Drama Melayu Tak Da Yang Macam Tu

Panjang tajuk entry akak hari ni. Suka hati akaklah kan.
Ok. Sapa minat tengok drama filipina yang femes ni. Be careful with my heart. Sekarang ni tengah main musim keduanya pulak.
Kalau musim pertama dulu berakhir Maya dan Sir Chief kahwin. Musim keduanya pulak kehidupan maya lepas kahwin.
Kalau nak tau, sepanjang sejam citer ni, sapa yg tengok akan senyum je. Sebab citenya positif je. Tak ada dengki2, tak ada gaduh. Bukan tak ada ujian atau part yang sedih, tapi semuanya ambil positif.
Kan bagus kalo ada drama melayu kat malaysia ni yang macam tu. Ni tak habis dengki2. Kawin2 paksa. Dah kawin paksa tak reti2 terima takdir. Isteri derhaka pada suami. Suami 'makan' luar. Adoi yai... Boring lah cerita macam tu. Tak pun citer gangster, pukul sana pukul sini. Rebut harta, orang kaya tak setaraf orang miskin. Tu je kan.
Tak pun citer hantu.
Adeh... Dah macam tengok sinetron indonesia.
Hmmm... Masih menunggu lagi drama boleh buat kita tgk berulang2 kali tanpa jemu

No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff