my nuff

Mana Mak???

Renung2kan....

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk memi
nta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”. Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu
di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.
Sharekan pada yg lain andai anda sayang ibu anda..
Bagi anak anak baca...

Bio Oil Jadi Minyak Wangi

Pagi-pagi lagi Fahim dah buat akak gelak besar. Anak akak umur 6 tahun ni memang suka melaram. Sikat rambut, baju nak kemas. Lepas tu mesti wangi. Kebiasaannya dia akan ambil minyak wangi yang ada dalam handbag akak sembur kat baju dia. Tapi sebabkan handbag tu berat sangat ( dah macam2 ada dalam tu), akak keluarkan minyak wangi tu simpan kat bilik je. Yang ada dalam handbag tu minyak Bio Oil.
Pagi ni, Fahim macam biasa cari minyak wangi dalam bag akak tu. Tapi yang dia jumpa minyak Bio Oil. Fahim dah buka penutup Bio Oil tu. Tinggal nak curah je kat baju dia. Nasib baik akak nampak. Kalau tak bau Bio Oil lah Fahim pergi sekolah hari ni.
Hai.... Fahim...Fahim...

Kita dan Anak-anak

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakanmereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

Cerita Dari Sarawak : Rotan Sepanjang Masa

Auditan Berpusat
Akak ke Sarawak untuk menjalankan pengauditan secara berpusat kat sana. Ramailah yang turun termasuk pegawai dari Ibu Pejabat. Semasa pengauditan kami di tempatkan di SMK Sacret Heart, Sibu. Sebab pejabat audit sekolah Sibu tak mampu tampung jumlah yang ramai. Sebab kami sendiri je hampir 30 orang. Tidak termasuk Guru besar dan pembantu tadbir sekolah yang berkenaan.
Setiap orang ditugaskan untuk mengaudit 1 hingga 3 buah sekolah seorang. Itu baru orang, belum lagi dokumen sokolah yang perlu diaudit. Satu sekolah sekurang2nya bawak 1 beg AF yang besar tu. (diorang isi dokumen dalam beg tu).



SMK Sacret Heart, Sibu
Sekolah ni dalam satu kawasan dengan SK Sacret Heart. Suasananya tidak jauh berbeza dengan sekolah2 Katolik di Semenanjung. Cuma mungkin bahasa pertuturan mereka yang berbeza. Mejoriti pelajar dan guru di sekolah ni berbangsa Tiong Hua. Satu, yang akak perasan, sekolah ni memang suka tepek gambar. Sepanjang susur gajah untuk ke bilik mesyuarat tempat kami ditempatkan penuh dengan gambar. Dari gambar zaman hitam putih sampai zaman gambar menggunakan kamera digital. Dari gambar orang hidup sampai gambar upacara pengebumian. Dalam bilik mesyuarat pun penuh dengan gambar. Gambar tentang kejayaan pelajar sekolah tu. Wah hebat betul.
Satu perkara lagi yang menarik perhatian akak semasa di sekolah tu, setiap gurunya ada sebatang rotan. Biasanya kalau sekolah-sekolah lain, hanya Guru Besar atau Guru Disiplin yang suka merayau di kawasan sekolah dengan rotan di tangan. Tapi di SMK Sacret Heart, semua gurunya ada rotan. Cikgu2nya pun tak da lah yang beriak garang macam nak makan orang. Lembut2 je. Tapi mungkin itu simboliknya untuk mengajar pelajar2 di sekolah tu. Memang rasa kagum sangat.

Apapun, satu pengalaman baru bila berada di sekolah tu. Salam bertemu lagi SMK Sacret Heart, Sibu, Sarawak.

Petua Hilangkan Sakit Kepala

As salam n selamat pagi.
Petua...
Kalau isteri mengadu sakit kepala...jangan bagi panadol...basahkan duit RM100 sekeping..tampal kat dahinya..kemudian baca jampi ni ..
"Hai mambang Ungu,...bila dah kering, duit ni sayang punya."

Sekejap lagi hilang sakit kepala.
Selamat beramal..��

Pasni kilang penadol leh tutup

Cerita Dari Sarawak : Jatuh Cinta Dengan Umai

pinjam gambar Mat Gebu di www.tiffinbiru.com

Satu2nya benda yang akak suka bila ke Sarawak hari tu ialah umai. 
Pertama kali makan, bila beli kat pasar malam belakang hotel tempat akak menginap tu.
Rasanya biasa2 je. macam makan kerabu kat semenanjung ni.
Tapi bila akak makan kali kedua di restoran kasturi, umai ikan nya memang terangkat.
Rupanya umai tu kena makan dengan sagu dan sambalnya sekali.



Jadi sebelum akak balik semenanjung akak sempat beli, sagu dan sambal ni.
Sebab nak buat sendiri.
Tapi akaknya umai simple je lah

Umai Ikan Tenggiri 
Isi ikan tenggiri
Bawang besar
Cili Api
Jus Limau Nipis
Garam dan gula

Isi ikan tenggiri tu dipotong kecik2 dan kemudian diperap dengan juz limau ni.
Bawang besar dan cili api dihiris.
Kemudian gaul dengan ikan tenggiri tadi. 
Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Masa nak makan baru taburkan biji sagu tu dan curahkan sambalnya. 
hmmm... nyam nyamm
Sedap makan macam tu saja atau makan dengan nasi panas.


Laughter, The Best Medicine - Robbery

Hearing a loud crash in the middle of the night, Eddie sprang from bed and rushed downstairs to the study.
He saw a burglar dressed all in black, rifling through his desk.
"Stand back!" the thief yelled.
"I'm looking for the money."
"Can I turn the light on for you,"
Eddie said, "or were you planning on robbing us blind?"

Cerita Dari Sarawak: Sibu akan jadi pilihan terakhir untuk dilawati

Salam semua,
Minggu lepas akak kena keje out station ke Sarawak. Lokasinya di Sibu. Memang terujalah dapat ke sana. Sebab Sarawak satu2 nya negeri yang ada dalam Malaysia ni yang masih belum akak jejaki.
Masa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sibu ambil masa selama 1 jam 50 minit.

Sibu bandar mewah Tiong Hua

Itu gambaran akak apabila sampai di bandar Sibu. Perjalanan mengambil masa kurang lebih 30 minit dari Lapangan Terbang Sibu. Sepanjang perjalanan, ke bandar Sibu, kiri kanan kelihatan banglo 2 tingkat di setiap lot2 tanah perumahan di situ. Tiada rumah teres 1 tingkat.
Sampai dibandar Sibu pula semua peniaga di lot2 kedai makan di situ milik Tiong Hua. Jadi adalah menjadi kesukaran untuk orang Islam cari tempat makan yang halal disitu. Ada tak ada pun, hanya sebuah perkampungan Melayu di bandar Sibu tu iaitu kampung Bandung. Kami kena bayar teksi RM40 untuk ke situ dari hotel tempat kami menginap di TanahMas Hotel. Akhirnya kami hanya menjamah makanan direstoran makanan segera saja.

Bila di tempat oran, semestinya akak dan kengkawan nak lah cari sesuatu untuk dibawa pulang ke semenanjung. Ini satu lagi yang susahnya di Sibu ni. Sebesar2 bandar Sibu tu hanya ada satu je kedai yang menjual survenior. Kalau dah satu je, tentulah tiada saingan, harganya pun memang mahal lah.

Lepas ni, harap2 tiada lagi outstation ke Sibu, ke Kuching mungkin boleh dipertimbangkan lagi.

Agen Berdaftar Diperlukan Segera

Saya mencari rakan bisnes.
Ciri-ciri:
√ Terbuka kepada semua yang berumur 18 tahun ke atas.
√ Yang bercita2 tinggi dan ada impian untuk ubah nasib diri.
√ Pandai online fb/twitter/ instagram/wechat/blog
√ Boleh belajar dan sedia diajar

Kelebihan:
~ ada untung runcit
~ ada bonus bulanan
~ ada payslip (valid utk beli kete baru)
~ peluang bercuti ke luar negara

Yuran Pendaftaran
Bersamaan dengan duit top up phone anda setiap bulan. Atau mungkin kurang.
Hanya RM50.
Kita bukan keje sorang2. Kita buat dalam kumpulan. Sekali join akan dibimbing sampai JADI.
HANYA RM50.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff