my nuff

Anak

PERBEZAAN Upaya Anak2 Tanda Kebesaran ALLAH 👧 👦

~Bismillahirrahmanirrahim~

🔅Anak-anak buah hati kita. Jangan bandingkan di antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.

🔅Anak cantik, anak cerdik; itu ujian. Cuma pinjaman. ALLAH nak tengok kita demand ke tidak.

🔅Anak biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah ALLAH. Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka asbab kita masuk syurga. Tak perlu kecewa anak kita tidak ternama. Mana tahu kalau kaya mereka lupakan kita.

🔅Anak yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan dunia dan isinya. Jangan lukai hati anak-anak kita. Terimalah pemberian ALLAH dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira di mana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.

🔅Anak-anak kita bersih, jiwa mereka jernih. Yang salah kita, cepat lupa dengan tipuan dunia. Tataplah mereka penuh amanah.

🔅Anak-anak ini dipinjamkan buat kita untuk menjadi ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat. Jangan bezakan anak-anak kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa jadi ibu bapa.. belajarlah malu pada ALLAH, DIA yang sebegitu hebat tak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.

🔅Anak-anak kita juga punya hati dan jiwa. Mana tahu anak-anak yang kita tak beri penuh perhatian akan menjaga kita ketika tua, akan mendoakan kita hingga ke syurga.

Learning process won't stop till death..

Tafsiran AlQuran - As-Syams

MATAHARI

15 Ayat Makkiyyah

Mukadimah

Surah ini mengandungi 15 ayat termasuk surah Makkiyyah, dan turun setelah surah Al-Qard. Di antara isinya: setelah bersumpah dengan makhluk yang dicipta secara sempurna. Allah menjelaskan betapa banyaknya kaum telah binasa kerana mendustakan Rasul, dan hal ini bagi Allah tidaklah susah. Akhirnya Allah meratakan kampong halamannya dengan tanah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1.       Demi matahari, cahaya dan kehangatannya pada pagi hari;

2.       Demi bulan apabila ia mengiringi matahari

3.       Demi siang apabila menampakkan matahari

4.       Demi malam yang menutup matahari

5.       Demi langit dan yang membinanya

6.       Demi bumi dan yang dibentangkan di atasnya

7.       Demi jiwa dan penyempurnaannya

8.       Allah mengilhamkan kepada jiwa dua pilihan; kejahatan dan kebaikan

9.       Sesungguhnya bahagialah orang yang telah mensucikan jiwanya

10.   Dan rugilah yang mencemarkan jiwanya

11.   Kaum Thamud telah mendustakan nabinya dengan kejahatan dan keterlaluannya

12.   Ketika seorang yang paling celaka dari kaumnya datang untuk menyembelih unta

13.   Berkatalah Rasul Allah ketika itu, “Ini unta dari Allah, biarkanlah ia minum.”

14.   Tapi mereka mendustakannya lalu menyembelihnya, Tuhan membinasakan kerana dosa yang mereka lakukan, lalu meratakan dengan tanah.


15.   Dan Allah tidak hiraukan kesudahan mereka yang demikan.

Tafsiran AlQuran - Al Lail


MALAM

21 Ayat Makkiyyah

Mukadimah

Surah ini mengandungi 21 ayat dan termasuk dalam surah Makkiyyah dan turun setelah surah Al-A’laa. Setelah bersumpah dengan malam dan siang, Allah menjelaskan bahawa perbuatan manusia berlainan sehingga balasannya juga berlainan. Yang bertakwa akan bahagia, sedang yang tidak mengambil berat terhadap amal baik akan menderita kerugian. Di tangan Allah kekuasaan di dunia dan akhirat. Jangan sampai menjadi penghuni neraka, tetapi jadilah orang-orang yang taat selalu mencari keredhaan Allah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
1.       Demi malam bila gelapnya merata.
2.       Demi siang bila sinarnya terang benderang.
3.       Demi Tuhan yang mencipta lelaki dan perempuan.
4.       Sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza.
5.       Adapun orang yang memberikan (hartanya) dan bertakwa
6.       Meyakini janji pahala yang baik
7.       Pasti akan Kami mudahkan baginya menuju kebahagiaan.
8.       Sedangkan yang kikir dan merasa dirinya cukup dengan kejayaan dan kemewahan.
9.       Serta mendustakan janji pahala yang baik
10.   Maka Kami akan mudahkan baginya jalan menuju kesengsaraan
11.   Hartanya tidak akan berguna bila dia susah mati
12.   Sesungguhnya pada Kamilah petunjuk yang nyata
13.   Dan sesungguhnya Kamilah pemilik akhirat dan pemilik dunia.
14.   Kerana itu, Kami peringatkan kamu akan api neraka yang marak menjulang
15.   Yang tidak akan menderita bakarannya kecuali orang yang benar-benar celaka
16.   Iaitu orang yang mendustakan dari kebenaran.
17.   Dan Kami pun akan menjauhkan orang yang bertakwa dari seksaan.
18.   Iaitu orang yang memberikan hartanya untuk mensucikannya
19.   Sedang ia tidak menangguh budi sesiapa pun yang patut dibalasnya.
20.   Kecuali hanyalah mengharap keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi
21.   Dan nescaya dia tetap akan berpuas hati.

Puasa Ramadhan

Ulangkaji..
Bab Puasa:-

Niat Puasa - "Shj aku bpuasa pd esok hari dlm menunaikan fardu bulan Ramadan pd thn ini krn Allah Taala"

Syarat Wajib Puasa:-
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (x musafir)
6. Suci (dr haid & nifas)

Syarat Sah Puasa:-
1. Islam
2. Berakal & mumayyiz
3. Suci (dr haid & nifas)
4. Nyata masuknya bulan Ramadan

Rukun-rukun Puasa:-
1. Org yg puasa
2. Berniat
3. Menahan diri drp pkr2 yg mbatalkan puasa

Perkara Yg Membatalkan Puasa:-
1. Makan & minum dgn sengaja
2. Memasukkan dgn sengaja benda ke dlm rongga yg terbuka
3. Muntah dgn sengaja
4. Keluar haid & nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar mani dgn sengaja
8. Bersetubuh (siang hari )

Perkara Sunat Ketika Puasa:-
1. Segera berbuka puasa
2. Berbuka dgn kurma / juadah manis
3. Baca doa
4. Melambatkan bersahur
5. Banyakkan baca Al-Quran, berzikir, berselawat & mbuat amal kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauh dr percakapan yg sia-sia & perbuatan yg tidak mbawa manfaat
8. Mandi junub lebih awal sblm masuk waktu subuh

Makruh Ketika Puasa:-
1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan air ke dlm rongga hidung secara berlebihan
5. Mandi yg berlebihan
6. Rasa makanan dihujung lidah
[6/14, 16:59] Zaki-ds 1: Bab Puasa:-

Golongan Yg Wajib Qada' Puasa:
1. Org sakit yg ada harapan sembuh
2. Org yg musafir (bukan krn maksiat)
3. Org yg kedatangan haid & nifas
4. Org yg meninggalkan niat puasa
5. Org yg sengaja melakukan pkr2 yg membatalkan puasa
6. Org yg pitam / mabuk
7. Org yg sangat lapar & dahaga

Mereka Yg Dikenakan Membayar Fidyah Puasa:-
1. Mereka yg tidak dapat mengqada'kan puasa sehingga masuk Ramadan kali kedua - (fidyahnya : 1 cupak beras utk setiap hari yg ditinggalkan di samping mengqada' puasa) bg setahun tertinggal.
Kalau tidak diqada' sehingga melampaui 2 tahun maka dikenakan 2 cupak tetapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan)
2. Org sakit yg tidak ada harapan sembuh
3. Org yg terlalu tua & tidak terdaya berpuasa
4. Org yg ada qada' puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian. ( fidyah dibuat oleh kerabat si mati / diambil drp harta pusakanya )
5. Perempuan yg mengandung / yg menyusukan anaknya perlu mengqada puasa & membayar fidyah 1 cupak beras bg setiap hari yg ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa krn bimbangkan anaknya. Tetapi sekiranya dia takut mudarat pd dirinya dia hanya wajib mengqada puasanya.
[6/14, 16:59] Zaki-ds 1: Bab Puasa:-

Kifarat Bersetubuh di Bulan Ramadan:
* Org yg bersetubuh pd siang hari bulan Ramadan, maka kedua2 suami isteri tersebut perlu mengqada' puasa berkenaan & suami wajib membayar kifarat (denda) spt:-
1. Memerdekakan seorg hamba mukmin L / P. (sekiranya tidak mampu)
2. Berpuasa 2 bulan berturut2 tanpa terputus (kalau tidak berdaya)
3. Memberi makan kpd 60 org fakir/ miskin.

Bgmnpun, jika persetubuhan itu dilakukan krn terlupa, jahil tentang haramnya / dipaksa ke atasnya tidaklah wajib kifarat.
[6/14, 16:59] Zaki-ds 1: Bab Puasa :-

Tingkatan Puasa:-
1. Puasa Umum - sekadar menahan makan, minum & keinginan berjimak
2. Puasa Khusus - memelihara mata, telinga, lidah, tangan & kaki drp melakukan dosa selain menahan diri drp pkr2 di atas
3. Puasa Khusus al-Khusus - merangkumi puasa di atas dan disempurnakan pula dgn puasa hati drp semua keinginan lahir & batin.

Mereka Yg Dibenarkan Meninggalkan Puasa
1. Org yg hilang daya upaya spt sakit yg apb berpuasa akan menambahkan keuzuran
2. Org musafir
3. Org yg terlalu tua & amat lemah
4. Org yg tersangat lapar & dahaga
5. Perempuan hamil / menyusukan anaknya yg apb berpuasa boleh memudaratkan diri / anak yg disusui itu..slmat mjlni ibdah puase..����

Tafsiran AlQuran - AdDhuha


(WAKTU MATAHARI SEPENGGALAH NAIK)

11 Ayat Makkiyyah

Mukadimah

Surah ini mengandungi 11 ayat, termasuk Makkiyyah, dan turun setelah surah Al-Fajr. Di antara isinya: setelah bersumpah dengan fenomena alam yang dapat mengingatkan orang beriman kepada penciptaNya. Allah berjanji untuk tidak meninggalkan rasulNya, akhirat jauh lebih baik daripada dunia. Allah juga menjanjikan akan member sesuatu yang memang diharapkan oleh Rasul, sebagaimana nikmat Allah yang diberikan sebelumnya. Oleh itu, hendaknya mensyukuri segala kenikmatan dari-Nya.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
1.       Demi Cahaya pagi yang mulai bergerak
2.       Demi malam bila gelap dan sunyi
3.       Tuhanmu sama sekali tidak akan meninggalkanmu dan tidak akan membencimu
4.       Akhirat lebih baik bagimu daripada kehidupan dunia
5.       Tuhanmu akan memberikan kepadamu sesuatu sehingga engkau berpuas hati
6.       Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu kemudian Dia melindungimu?
7.       Dan mendapati engkau berkeadaan sesat, lalu Dia memberi petunjuk
8.       Dia mendapati engkau seorang yang miskin, lalu menjadikan engkau orang yang kaya
9.       Kerana itu, terhadap anak yatim janganlah engkau bersikap kasar
10.   Dan terhadap orang yang minta-minta janganlah engkau tengking herdik.

11.   Dan nikmat Tuhanmu hendaknya engkau sebut-sebut sebagai bersyukur kepadanya.

Telemovie Lara Perindu - Air MataKu Berjuraian



Masa tayangan pertama telemovie ni akak terlepas tengok. Al maklumlah sibuk sangat (ye ye o je kan). Sampai tak perasan ada drama ni. Atau mungkin astro kurang promosi pasal drama ni. Sebabnya setakat ni akak tak terlepas tengok drama/telemovie lakonan pelakon pooojaaan hati akak kalau bukan Beto Kusyairi yang boleh menggegar hati perempuan akak ni. Hehehe.
Akak dapat tau pasal drama ni bila akak buka instagram @beto_kusyairi baru perasan akan kehadiran telemovie tu. Pastu baca pulak komen2 fans yang dah tengok telemovie, Perghh semua positive belaka. Apa lagi akak downloadlah. Terus dapat tengok. 
Ok, kalau ikutkan intipati dalam telemovie tu agak klise. Sama dengan drama2 melayu yang lain. Cinta antara dua darjat, bila orang tersayang mati, jadi gila (lupa qada qadar Tuhan), anak terpisah dari ayah lepas tu jumpa balik. Sama kan macam cite melayu lain.
Tapi istimewanya Lara Perindu ni, sebab pelakonnya dan lakonan MANTOPPP diorang.

1.Beto Kusyairi sebagai Mat Di @ Mursyidi Ramli memang tak boleh disangkal bakatnya. Bila dia manja (part Mat Di dengan Mak Chah), buat kita senyum sama, bila dia nangis kita pun nangis sama.

Wan Maimunah sebagai Mak Chah (ibu saudara Mat Di). Sapa yang rindukan lakonan aktress hebat ni, boleh tengok dalam Lara Perindu. Dah jarang-jarang kita dapat tengok lakonan Wan Maimunah sekarangkan. Bintang air mata, lakonan yang yang bersahaja. Perghh memang terbaik Wan Maimunah dalam telemovie ni.

Diana Danielle sebagai Fuza (Isteri Mat Di) / Iza (Anak Mat Di). Kalau ada yang sebelum pandang rendah dengan bakat Diana. Dalam telemovie ni, korang boleh pikir kan balik. Memang terbaik. Dari wanita moden jadi orang kampung. Mungkin wajah pan asianya menafikan dia untuk jadi wanita melayu sejati. Tapi pengarah Lara Perindu tak meninggalkan aspek tu. Ada dialog Fuza yang bagi tau mak dia orang putih. Congrats untuk Osman Ali.

Hasnul Rahmat sebagai Tuan Basir (Ayah Fuza). Setakat ni, Hasnul Rahmat memang tak pernah gagal dalam wataknya. Bagilah watak apa pun, watak besar atau watak picisan. Semuanya mendatangkan impak. Jadi orang kaya yang sepanjang masa dengan paipnya, memang nampak lagaknya.

Tambah istimewanya Lara Perindu ni adalah runut bunyinya. Buatkan akak nak cari lagu nyanyian Nadia Aqilah tu. Memang best. Ada juga lagu2 lain macam Percayalah dari penyanyi AF tu. Tak ingat apa namanya. Lagu Stacy Kisah Dongeng yang dinyanyikan semula oleh Akim. Memang best. Tak perlu lagu2 Opick untuk jadi runut bunyi. (Sebab kebanyakan drama melayu sejak kebelakangan ni mesti ada lagu Opick).

Dan semalam akak tengok lagi Lara Perindu untuk kali kedua sebab ada ulangannya. Dan air mata berjuraian lagi. Part bila Iza dapat jumpa semula Abahnya selepas beberapa tahun dipisahkan oleh Atuknya. Sedih sangat. Huhuhuuhu...

Tafsiran AlQuran - AsySyarh


(MELAPANGKAN)

8 Ayat Makkiyyah

Mukadimah

Surah ini berjumlah 8 ayat ini turun di Mekah. Di antara isinya: penegasan bahawa Allah telah memperluas muatan dada Rasul untuk menampung wahyu, dan tabah menjalankan risalah, serta menyertakan namanya dengan asma Allah dalam dasar akidah. Di antara sunnah-Nya adalah kesulitan akan berganding dengan kemudahakan. Oleh itu, apabila selesai dari suatu tugas, rencanakan tugas berikutnya.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1. Bukankah Kami telah lapangkan dadamu wahai Muhammad?

2. Dan Kami telah menghilang daripadamu akan bebanmu

3. Beban yang memberatkan punggungmu,

4. Lalu Kami angkat martabatmu

5. Sesungguhnya bersama kesukaran pasti ada kemudahan

6. Dan bersama kesukaran pasti ada kemudahan.

7. Oleh itu, apabila selesai suatu tugas, mulailah tugas yang lain dengan bersungguh-sungguh.

8. Hanya kepada Tuhanmu hendaknya engkau berharap.

Tafsiran AlQuran - ATTin


(BUAH TIN)

8 Ayat (Makkiyyah)

Mukadimah

Surah ini berjumlah 8 ayat ini termasuk Makkiyyah, san turun setelah sural Al-Buruuj. Dalam surah ini Allah bersumpah dengan dua buah yang amat penting, dan dua tempat yang diberkati oleh Allah. Allah telah menciptakan manusia dalam bentuk yang paling lengkap, namun dia tidak mudah bertahan dengan kelengkapannya. Boleh jadi, dia kembali (mati) dalam keadaan yang sangat hina, kecuali yang menjaga dirinya dengan beriman dan beramal soleh. Mengapa pula masih ada yang mendustakan hari kebangkitan, bukankah Allah Tuhan Yang Maha Bijaksana?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemuruh lagi maha Penyayang

1. Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun:

2. Demi Bukit Sinai

3. Dan demi negeri mekah yang aman

4. Sesungguhnya telah Kami cipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya

5. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang paling rendah

6. Kecuali mereka yang beriman kepada allah dan beramal soleh, mereka akan mendapat pahala yang tiada putus-putusnya.

7. Apalagi yang menyebabkan kamu mendustajab hari pembalasan?

8. Bukankah Allah seadil-adil hakim?



Tafsiran AlQuran - Al Alaq

(SEGUMPAL DARAH)

19 Ayat Makkiyyah

Mukadimah

Surah ini termasuk surah Makkiyah. Ayat 1-5 turun di Gua Hira sewaktu Rasul s.a.w berhalwat. Itulah ayat-ayat pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w. Diantara isinya: ajakan untuk membaca dan belajar. Allah menjanjikan akan membuka sumber ilmu yang baru. Tetapi kebanyakan orang melampaui ketentuan Tuhannya. Mereka akan dipertanggungjawabkan di hadapan –Nya kelak. Kepada orang yang beriman dianjurkan untuk menghindari orang-orang yang demikian, tetapi bersujud dan dekayilah diri kepada Allah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.

2. Dia telah menciptakan manusia dari sebuku darah beku.

3. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah.

4. Yang mengajar Qalam

5. Dialah yang mengajar manusia segala yang belum diketahui.

6. Namun, manusia benar-benar mudah melanggar batas,

7. Kerana melihat dirinya serba mampu

8. Sesungguhnya kepada Tuhanmu sajalah akan dikembalikan

9. Adakah kamu perhatikan orang yang melarang

10. Seorang hamba Allah ketika dia sedang solat?

11. Adakah kamu lihat, jika yang melarang itu di atas petunjuk?

12. Atau dia menyuruh orang untuk bertakwa?

13. Adakah engkau lihat, jika dia mendustakan dan berpaling (dari kebenaran)

14. Adakah dia tidak tahu bahawa Allah melihat segala yang dia lakukan?

15. Tidak demikian; sesungguhnya, jika dia tidak berhenti berbuat demikian, nescaya Kami tarik ubun-ubunnya

16. Ubun-ubun orang yang mendustakan dan derhaka.

17. Biarkan dia memanggil-manggil golongannya,

18. Kelak Kami akan memanggil malaikat Zabaniyah untuk menanganinya.

19. Sekali-kali jangan demikian, jangan kamu patuh pada mereka tetapi bersujudlah, dan dekatkanlah dirimu kepada TuhanMu.

Tafsiran AlQuran - AlQard

(KEMULIAAN)

5 Ayat Makkiyyah

Mukadimah

Surah ini mengandungi 5 ayat ini turun di Mekah setelah surah ‘Abasa. Di antara kandungannya, penjelasan tentang al-Quran dan malam Al-Qard yang kelebihannya lebih baik dari seribu bulan kerana para malaikat bersama Jibril turun pada malam itu untuk segala persoalan, dan berlangsung sampai fajar.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1. Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran pada malam Lailatul Qadar.

2. Tahukah kamu apa malam Lailatul Qadar itu?

3. Malam Lailatul Qadar jauh lebih baik dari seribu bulan.

4. Pada malam itu malaikat-malaikat bersama Malaikat Jibril turun atasa izin Tuhannya untuk mengatur segala sesuatu.

5. Malam itu penuh kesejahteraan sampai fajar menyingsing.

Tafsiran AlQuran - Al Bayyinah


8 Ayat Makkiyyah

Mukadimah

Surah yang berjumlah 8 ayat ini turun di Mekah setelah surah Ath-Thalaaq. Di antara isinya: penjelasan bahawa pendudukan Mekah yang kafir memang mengetahui akan datangnya nabi terakhir kerana memang tersebut dalam kitab mereka. Tetapi, setelah datang justeru mereka mengingkari dan berselisih. Para ahli kitab begitu juga orang musyrik, kerana sikapnya yang sedemikian, akan kekal dalam neraka, sedang bagi orang yang beriman akan mendapat balasan syurga yang penuh dengan kenikmatan.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1.       Orang-orang kafir dan ahli kitab dan orang musyrik masih akan tetap menjauh dari kebenaran sampai datang bukti yang jelas.
2.       Iaitu seorang Rasul Allah yang membacakan lembaran-lembaran suci (al-Quran).
3.       Di dalamnya terdapat isi kitab-kitab yang benar dan lurus.
4.       Ahli kitab tidak berselisih melainkan setelah datang keterangan kepada mereka.
5.       Padahal mereka tidak diperintahkan kecuali untuk menyembah kepada Allah, dengan ikhlas, penuh kepatuhan dan mendirikan solat, menunaikan zakat. Itulah agama yang benar.
6.       Adapun orang-orang kafir dari ahli kitab serta orang musyrik, akan berada di Neraka Jahanam selama-lamanya. Mereka adalah mahkluk paling buruk.
7.       Sedang orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah makhluk yang terbaik.

8.       Balasan mereka di sisi Tuhannya adalah syurga ‘Adni, yang dihiasi oleh sungai-sungai yang mengalir, mereka abadi di sama. Allah reda akan mereka dan mereka pun reda akan nikmat pemberian-Nya. Yang demikian itu adalah balasan bagi orang yang takut kepada Tuhannya.

San Andreas - Filem Wajib Tonton


Semalam akak berkesempatan tonton filem terbaru lakonan bintang WWE The Rock (Dwayne Johnson) SAN ANDREAS. Tiga perkataan pertama yang akak boleh bagi BEST, GEMPAK, MENDEBARKAN. 

Sinopsis
Filem yang mengisahkan tentang gempa bumi yang melanda di Los Angeles disepanjang gelinciran San Andreas. Pakar ramalan gempa bumi telah menyatakan bahawa akan ada berkalu pergerakan di gelinciran San Andreas setiap 150 tahun, tetapi telah terlewat hampir seratus tahun. Dan menjangkakan akan berlaku pada bila2 masa. (Macam biasa filem US tetap nak tunjukkan kehebatan rakyat diorang yang boleh meramal bencana alam).
Raymond Gaine (The Rock) seorang juruterbang helikopter penyelamat yang sedang dalam krisis rumahtangga dan akan bercerai dengan isterinya iaitu Emma. Raymond ada 2 orang anak perempuan Blake dan Molly (kalau tak silap) tetapi Molly telah meninggal kerana lemas semasa mereka berakit. Emma akan berkawin dengan seorang hartawan hartanah yang terkenal Daniel Riddick.
Sebelum kejadian gempa bumi berlaku, Raymond sedang buat rondaan, Emma sedang makan tengahari dengan Susan kakak kekasihnya dan Blake ke L.A dengan Daniel. (Tak sure atas urusan apa). Di L.A Blake bertemu dengan dua beradik Ben dan Olli.
Sejurus gempa bumi berlaku, Emma yang kebetulan sedang bercakap telefon dengan Raymond sempat bagi tahu lokasinya dan Raymond menyuruh Emma naik ke atas bumbung bangunan untuk memudahkannya menyelamatkan Emma.
Setelah selamatkan Emma, Raymond dapat penggilan dari anaknya Blake yang terperangkap di dalam kereta di basement bangunan. Daniel yang pada mulanya minta bantuan telah meninggalkannya sendiri. Kebetulan Ben dan Ollie terdengar bila Daniel minta bantuan. Dua beradik tu turun ke basement dan berusaha menyelamatkan Blake. Bila selamat keluar, Blake menghubungi kembali ibu bapanya untuk memaklumkan dia selamat. Raymond mengarahkan anaknya pergi ke tempat yang paling tinggi iaitu Coit Tower. Bagaimana pun bangunan  tersebut telah pun terbakar.
Sementara itu helikopter Raymond mengalami kerosakan dan terhempas. Raymond dan Emma kemudiannya menaiki kereta untuk ke L.A malangnya gelinciran San Andreas telah merekah dan mereka tidak boleh melepasinya. Di situ mereka menemui sepasang orang tua yang kebetulan memiliki sebuah pesawat ringan. Dengan pesawat ringan tu, Raymond dan Emma terbang ke L.A tetapi tiada tempat untuk mendapat sebab lapangan terbang telah musnah. Raymond dan Emma terpaksa terjun menggunakan payung terjun dan dan turun di stadium.
Blake, Ben dan Ollie melarikan diri menyelamatkan ke bangunan milik Daniel yang sedang dalam pembinaan. Pada masa itu tsunami melanda. Raymond dan Emma sedang menaiki bot untuk mencari anaknya. Ajaibnya bot kecil mereka tu boleh melepasi ombak tsunami yang tinggi tu. (Ajaib memang ajaib). Kapal yang penuh muatan kontena pun terbalik. Daniel yang kebetulan berada di jambatan maut dihimpap kontena. (padan muka).
Sementara itu, Blake dan Ollie yang berada dalam bangunan Daniel nampak bot yang dinaiki oleh Raymond dan Emma, tetapi jeritan mereka tak didengari. Dengan menggunakan lampu laser Ollie, isyarat dapat diberikan kepada Raymond dan Emma. Pada ketika itu juga, gegaran gempa bumi berlaku lagi menyebabkan Blake terperangkap manakala Ben dan Ollie dapat menyelamat diri. Raymond masuk kebangunan tersebut untuk menyelamatkan Blake. Malangnya Blake telah lemas. Dalam kelam kabut, Raymond bawa Blake ke tempat selamat untuk bersama Ben dan Ollie. Dari luar bangunan, Emma yang nampak kejadian tu, merempuh bangunan tersebut dengan bot untuk menyelamatkan orang yang disayanginya. Selepas beberapa kali CPR, akhirnya Blake kembali sedar.

The Rock (Dwayne Johnson)
Buat pertama kalinya akak jatuh cinta dengan lakonan bintang sasa tu. Kalau sebelum ni, kebanyakan filem aksinya hanya sekadar aksi saja. Tapi kali ini bukan setakat aksi tapi sarat dengan dramanya. Cuma, kalaulah The Rock ni menitiskan air mata semasa babak2 yang melibatkan emosi, confirm akak meraung sekali. Akak boleh cair dik tengok lelaki sasa menangis. Hehehe.

Pengajarannya
- semua benda boleh diramalkan tetapi bukan ketepatannya. Dalam cerita ni, pakar tu dah meramalkan akan berlakunya gempa bumi tapi tak menjangkakan akan berlaku sekuat hingga 9.6 rc.
- hargai orang yang sayangkan kita sebab bila berlaku kesusahan mereka yang pertama akan membantu.
- Berkongsi ilmu atau pengetahuan tentang kerja kita dengan anak2. Dalam ceritanya ni, Blake menunjukkan macam mana kerja ayahnya sebagai penyelamat banyak membantunya menyelamatkan diri, Ben dan Ollie dari gempa bumi.

Tips Persediaan Sebelum Puasa

Sedikit perkongsian ilmu dr group lain.
Kuliah puasa dr sudut kesihatan. Oleh Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)

Tajuk ' Ramadhan Pesta. Makanan.....Jom Ubah ke Pesta Ibadah '

-Zaman kegemilangan Islam, puasa adlh kemuncak kekuatan. Bln Ramadhan adlh pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku spt perang Badar, dn berbagai lagi menunjukkan kekuatan ummat
- Kini Ramadhan dikaitkan dgn keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya adlh pesta makanan
-Ramadhan adlh bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki institusi keluarga

Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;--

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adlh kesilapan. Nabi buka puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium spt makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Sbb buka puasa bkn utk perut tetapi utk beri tenaga kpd hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. Hypotanamos yg keletihan berfungsi sepanjang hari akn tidak berfungsi dgn betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan

2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan utk terus membeli makanan yg kita tidak perlu

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
-makanan yg dimakan menghasilkan tenaga utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yg dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar......

4. Slps solat maghrib, sel sudah dpt tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jgn lbh lima jenis makanan dlm satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air

5. Slps mkn mlm, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk. Jgn pakai heater. Blh pakai air batu tambah sejuk. Jgn risau mandi malam dgn paru2 berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jgn mandi mcm burung utk elak paru2 berair. Burung mandi dgn cara basahkan rambut tapi badan x basah.

5. Slps mandi, sblm pegi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.

6. Solat Isyak berjemaah. Lps tu sembahyang terawik solat dengan perlahan dan santai. Jgn cari yg gopoh gapah.

7. Pastikan ringan ambil moreh. Mkn lps pkl 10.30 adlh kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sdh cukup penuh dlm badan. Masa tu aktiviti terbaik adlh tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Klu masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan blh menjadi pegangan kita seterusnya

8. Slps itu sebaiknya tidur sblm pkl 12 mlm utk kerehatan. Jgn pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda

9. Slps itu bangun pkl 3 utk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn ujung jari. Boleh mandi. Xde masalah kesihatan.

10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,

11. Slps qiam, blh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hgga 5 pg. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kpd banyak penyakit.

12. Sahur. Sebaik2 sahur adlh seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa mkn malam, jgn campur garam dan simpan sikit utk sahur. Bila nk sahur panaskan dan baru campur garam

11. Slps sahur, terus solat subuh berjemaah.

12. Jangan tidur slps subuh krn gangguan kpd hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan

13. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.

Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff