my nuff

Tafsiran AlQuran - Al Alaq

(SEGUMPAL DARAH)

19 Ayat Makkiyyah

Mukadimah

Surah ini termasuk surah Makkiyah. Ayat 1-5 turun di Gua Hira sewaktu Rasul s.a.w berhalwat. Itulah ayat-ayat pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w. Diantara isinya: ajakan untuk membaca dan belajar. Allah menjanjikan akan membuka sumber ilmu yang baru. Tetapi kebanyakan orang melampaui ketentuan Tuhannya. Mereka akan dipertanggungjawabkan di hadapan –Nya kelak. Kepada orang yang beriman dianjurkan untuk menghindari orang-orang yang demikian, tetapi bersujud dan dekayilah diri kepada Allah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan.

2. Dia telah menciptakan manusia dari sebuku darah beku.

3. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah.

4. Yang mengajar Qalam

5. Dialah yang mengajar manusia segala yang belum diketahui.

6. Namun, manusia benar-benar mudah melanggar batas,

7. Kerana melihat dirinya serba mampu

8. Sesungguhnya kepada Tuhanmu sajalah akan dikembalikan

9. Adakah kamu perhatikan orang yang melarang

10. Seorang hamba Allah ketika dia sedang solat?

11. Adakah kamu lihat, jika yang melarang itu di atas petunjuk?

12. Atau dia menyuruh orang untuk bertakwa?

13. Adakah engkau lihat, jika dia mendustakan dan berpaling (dari kebenaran)

14. Adakah dia tidak tahu bahawa Allah melihat segala yang dia lakukan?

15. Tidak demikian; sesungguhnya, jika dia tidak berhenti berbuat demikian, nescaya Kami tarik ubun-ubunnya

16. Ubun-ubun orang yang mendustakan dan derhaka.

17. Biarkan dia memanggil-manggil golongannya,

18. Kelak Kami akan memanggil malaikat Zabaniyah untuk menanganinya.

19. Sekali-kali jangan demikian, jangan kamu patuh pada mereka tetapi bersujudlah, dan dekatkanlah dirimu kepada TuhanMu.

No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff