my nuff

Telemovie Lara Perindu - Air MataKu Berjuraian



Masa tayangan pertama telemovie ni akak terlepas tengok. Al maklumlah sibuk sangat (ye ye o je kan). Sampai tak perasan ada drama ni. Atau mungkin astro kurang promosi pasal drama ni. Sebabnya setakat ni akak tak terlepas tengok drama/telemovie lakonan pelakon pooojaaan hati akak kalau bukan Beto Kusyairi yang boleh menggegar hati perempuan akak ni. Hehehe.
Akak dapat tau pasal drama ni bila akak buka instagram @beto_kusyairi baru perasan akan kehadiran telemovie tu. Pastu baca pulak komen2 fans yang dah tengok telemovie, Perghh semua positive belaka. Apa lagi akak downloadlah. Terus dapat tengok. 
Ok, kalau ikutkan intipati dalam telemovie tu agak klise. Sama dengan drama2 melayu yang lain. Cinta antara dua darjat, bila orang tersayang mati, jadi gila (lupa qada qadar Tuhan), anak terpisah dari ayah lepas tu jumpa balik. Sama kan macam cite melayu lain.
Tapi istimewanya Lara Perindu ni, sebab pelakonnya dan lakonan MANTOPPP diorang.

1.Beto Kusyairi sebagai Mat Di @ Mursyidi Ramli memang tak boleh disangkal bakatnya. Bila dia manja (part Mat Di dengan Mak Chah), buat kita senyum sama, bila dia nangis kita pun nangis sama.

Wan Maimunah sebagai Mak Chah (ibu saudara Mat Di). Sapa yang rindukan lakonan aktress hebat ni, boleh tengok dalam Lara Perindu. Dah jarang-jarang kita dapat tengok lakonan Wan Maimunah sekarangkan. Bintang air mata, lakonan yang yang bersahaja. Perghh memang terbaik Wan Maimunah dalam telemovie ni.

Diana Danielle sebagai Fuza (Isteri Mat Di) / Iza (Anak Mat Di). Kalau ada yang sebelum pandang rendah dengan bakat Diana. Dalam telemovie ni, korang boleh pikir kan balik. Memang terbaik. Dari wanita moden jadi orang kampung. Mungkin wajah pan asianya menafikan dia untuk jadi wanita melayu sejati. Tapi pengarah Lara Perindu tak meninggalkan aspek tu. Ada dialog Fuza yang bagi tau mak dia orang putih. Congrats untuk Osman Ali.

Hasnul Rahmat sebagai Tuan Basir (Ayah Fuza). Setakat ni, Hasnul Rahmat memang tak pernah gagal dalam wataknya. Bagilah watak apa pun, watak besar atau watak picisan. Semuanya mendatangkan impak. Jadi orang kaya yang sepanjang masa dengan paipnya, memang nampak lagaknya.

Tambah istimewanya Lara Perindu ni adalah runut bunyinya. Buatkan akak nak cari lagu nyanyian Nadia Aqilah tu. Memang best. Ada juga lagu2 lain macam Percayalah dari penyanyi AF tu. Tak ingat apa namanya. Lagu Stacy Kisah Dongeng yang dinyanyikan semula oleh Akim. Memang best. Tak perlu lagu2 Opick untuk jadi runut bunyi. (Sebab kebanyakan drama melayu sejak kebelakangan ni mesti ada lagu Opick).

Dan semalam akak tengok lagi Lara Perindu untuk kali kedua sebab ada ulangannya. Dan air mata berjuraian lagi. Part bila Iza dapat jumpa semula Abahnya selepas beberapa tahun dipisahkan oleh Atuknya. Sedih sangat. Huhuhuuhu...

No comments:

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff