my nuff

Bintulu... Aku Datang!!!

Kali kedua jejakkan kaki di bumi kenyalang. Kali ni Daerah Bintulu. Tujuannya tetap sama iaitu menjalankan kerja-kerja auditan sekolah di Sarawak.
Kali ni akak naik penerbangan Air Asia. Kalo ikut tiket,  berlepas jam 5.10ptg dan tiba 7.20ptg. Tapi macam biasalah. Waktu sebenar bergerak jam 5.30 ptg dan tiba 7.35 ptg.
Sepanjang perjalanan, Alhamdulillah, tiada apa situasi cemas, walaupun cuaca dari Klia2 agak mendung.
Seperti biasa setiap kali naik kapal terbang, waktu yang paling mendebarkan waktu berlepas dan waktu mendarat. Tapi untuk kali ni, akak nak ucapkan tahniah untuk Kapten Yusri. Tiada langsung rasa takut dan terkejut apabila berlepas dan mendarat.
Bagaimanapun setiba di Lapangan Terbang Bintulu, tragedi yang tak diingini berlaku. Beg pakaian salah seorang kawan akak pecah. Kawan akak kena buat report di pejabat Air Asia dan kena masuk ke laman web air asia untuk laporan sekali lagi bagi tujuan insurans.
Apapun itu semua pengalaman untuk kami semua, untuk lebih berhati2 lepas ni. Tika akak menaip ni, akak tengah berperang dengan nyamuk di airport sebab teksi tak sampai lagi. Huhuhu.

Google Playstore : Expense Manager

Ada banyak aplikasi yang boleh kita gunakan untuk kita rekod dan kawal perbelanjaan kita. Akak dah cuba beberapa darinya. Macam Daily Expenses, Budget, dan yang terbaru Touch Style dari Bank Kerjasama Rakyat ( Bank Rakyat). Tapi ada mudah dan ada juga yang sukar untuk difahami. Ada juga yang tidak menepati kehendak kita sebagai user.
Akhirnya aplikasi Expense Manager jadi pilihan akak. Setakat ni yang mudah difahami dan menepati kehendak.
Korang pulak pilih yang mana.
Atau korang tak pernah rekod atau ambil tau pasal keluar masuk duit dari dompet korang. Bila beg duit kering, pergi cucuk bank. Bila duit dalam bank dah habis baru termenung kira bila hari gaji. Tak patut... tak patut.

Fadhilat dan Khasiat Membaca Ayat Kursi


1. Ayat Kursi Penghulu Semua Ayat Al-Quran
Rasulullah SAW bersabda; Surah Al Baqarah itu di dalamnya mengandungi ayat yang merupakan penghulu semua ayat Al-Quran. Ayat itu bila dibaca di dalam sebuah rumah, sedangkan di dalamnya ada syaitan, pasti syaitan itu akan keluar dari rumah tersebut. Ayat itu adalah ayat Kursi". (HR. Hakim dan Baihaqi)

2. Mengandungi Keutamaan yang Besar.
Rasulullah SAW bersabda; Sebesar-besar ayat di dalam kitab Allah ialah ayat Kursi". (HR. Muslim)

3. Terpelihara Diri dan Keturunan
Diriwayatkan Al-Mahamili dalam kitabnya Fawaaid, dari Ibnu Mas'ud, ia berkata: Ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW; "Ya Rasulullah, ajarkanlah kepadaku sesuatu yang dengannya Allah berikan manfaat bagiku". Rasulullah SAW menjawab: "Bacalah ayat Kursi, maka Allah akan memelihara dirimu dan keturunan, dan memelihara rumahmu, begitu juga rumah-rumah yang ada di sekitar rumahmu".

Segmen "Meh Sally Nak Review"

Lama dah tak join segmen. 
Ni segmen pertama akak join lepas keluar dari 'sarang'.
Kalau korang nak join klik je banner.
Syarat-syaratnya pun tak lah susah sangat.
Just follow je segala laman sosial Cik Sally tu.
Kalau tak boleh nak follow pun tak pe.
Yang paling penting mesti ada blog.


Jom kita bersegmen..

::: PETUA UNTUK ANAK RAJIN KE SEKOLAH :::


1. Sediakan sebaldi air untuk mandi
2. Baca pada air tu bismillah 4 seperti dalam gambar
3. Kemudian doa supaya anak rajin ke sekolah.
4. Mandikan anak dengan air tadi
5. Insya allah dengan izinnya, akan terdapat perubahan


smile emoticon

Sarapan Hari Ni

Pergi kantin tadi, tengok menu apa yang membuka selera untuk sarapan hari ni. Alahai, menu yang sama je hari2. (Tak tau bersyukur langsung). Punyalah tak tau apa nak makan hari ni sampai akak tanya orang lain apa menu yang diorang makan pagi ni. Akhirnya, juadah ini jadi pilihan akak pagi.
Siapa biasa makan Nasi Air. Atau nama lainnya bubur nasi. Nasi air ni ada kuah sup, rencah2 untuk penambah rasa macam telur masin, bawang goreng, ikan bilis goreng, kacang goreng dan daun sup. Ada juga yang letak lobak masin.
Memang menyelerakan bagi orang yang suka makan macam akak ni.
Ok, nak ge sarapan dulu. Jemput makan ye.

Sarawak Oh Sarawak

Ahad ni akak kena ke Sarawak lagi untuk urusan kerja.
Kali ni destinasi Bintulu pulak.
Hmmm.... Camna lah suasana kat Bintulu tu ye.
Adakah lebih kurang sama macam kat Sibu hari tu.
Harap2 jangan lah.
Akak harap sangat lawatan ke Sibu Mei lalu adalah yang pertama dan yang terakhir.
Dah macam pergi negara China (ceh macam pernah ge China kan). 
Punyalah payah cari tempat makanan halal.
Takkan nak makan KFC hari2.
Kalau ikutkan gambaran adik ipar akak yang biasa ke Bintulu tu, dia kata macam pergi Paka Terengganu. Sebab dekat ngan pelantar minyak.
Kalau macam tu orang semenanjung mesti ramai kat sana.
Harap2 taklah susah nak cari makanan halal kat sana nanti.
MASALAH nya sekarang, group akak tak dapat lagi apa2 email dari HQ pasal trip ke Bintulu ni.
Jadi ke tak jadi ni?
Kalau jadi..
Mana senarai sekolahnya?
Tiket kapal terbang pukul berapa?
Hotel kena bayar dulu ke atau pakai waran macam kat Sibu hari tu?
Kalau kena bayar dulu, terpaksalah akak pinjam duit kelab.
Akak tengah pokai ni.
Gaji lambat lagi.
Adeh.... 
Serabut perut bila fikir pasal trip ni.

Salam Semua....


Lama dah tak update kat sini.
Sejak beberapa bulan ni macam blur je.
Tak tau hala tuju.
Tak apa kehendak hati sebenarnya.
Kononnya sebelum ni nak keluar dari zon selesa nak jadi orang yang luar biasa.
Tapi lupa akan keupayaan diri sendiri.
Lepas ni back to normal.
Buat apa yang akak boleh buat dan apa yang akak suka buat.
Itu yang penting.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff