my nuff

Sarawak Oh Sarawak

Ahad ni akak kena ke Sarawak lagi untuk urusan kerja.
Kali ni destinasi Bintulu pulak.
Hmmm.... Camna lah suasana kat Bintulu tu ye.
Adakah lebih kurang sama macam kat Sibu hari tu.
Harap2 jangan lah.
Akak harap sangat lawatan ke Sibu Mei lalu adalah yang pertama dan yang terakhir.
Dah macam pergi negara China (ceh macam pernah ge China kan). 
Punyalah payah cari tempat makanan halal.
Takkan nak makan KFC hari2.
Kalau ikutkan gambaran adik ipar akak yang biasa ke Bintulu tu, dia kata macam pergi Paka Terengganu. Sebab dekat ngan pelantar minyak.
Kalau macam tu orang semenanjung mesti ramai kat sana.
Harap2 taklah susah nak cari makanan halal kat sana nanti.
MASALAH nya sekarang, group akak tak dapat lagi apa2 email dari HQ pasal trip ke Bintulu ni.
Jadi ke tak jadi ni?
Kalau jadi..
Mana senarai sekolahnya?
Tiket kapal terbang pukul berapa?
Hotel kena bayar dulu ke atau pakai waran macam kat Sibu hari tu?
Kalau kena bayar dulu, terpaksalah akak pinjam duit kelab.
Akak tengah pokai ni.
Gaji lambat lagi.
Adeh.... 
Serabut perut bila fikir pasal trip ni.

1 comment:

Maisarah Humaira said...

semoga dipermudahkan urusan..insyaAllah

Maisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com :)

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff