my nuff

Tempoh Menyiksakan Hanya Seminggu

Akak hampir putus asa bila guna produk NV ni. Sakit wooo. Muka jadi tegang. Nak buka mulut pun siksa. Nak makan nasi pun rasa menyumpah2 dalam hati sebab tak boleh buka mulut. Huhuhu.
Pastu kulit muka jadi kering kehitam-hitaman. Mengelupas sana sini. Huwaaaaa.... malu gile nak keluar rumah. Tapi akak selamber je. Lantak lah orang nak kata apa. Boleh keluar ge KFC ngan jumpa ex school mate akak yang dah 17 tahun x jumpa. Tapi dalam hati doa juga supaya kesan ni tak berpanjangan sangat.
Berkat kesabaran, atas nasihat office mate akak supaya guna berterusan, akhirnya kulit muka makin ok. Jerawat2 degil semua jadi kecut. Pastu yang akak perasan lubang pori2 kat muka akak makin kecil. Kalau tak sebelum ni besar macam kawah gulai. Hehehehe. Alhamdulillah...

Dugaan Berhijrah

اسلام  عليكوم....
بسم الله الر حمن الر حيم.......
BUAT KAUM HAWA yg trsayang😊😊
♡Dari tak pakai tudung,
♥Mula memakai tudung,
♡Dari tudung singkat,
♥Mula labuhkan tudung,
♡Dari labuhkan tudung,
♥Mula melabuhkan lagi dan lagi.
♡Dari tangan terdedah,
♥Mula ditutup baju lengan panjang,
♡Dari ditutup dengan baju,
♥Mula pakai sarung tangan
♡Dari kaki terbuka,
♥Mula tutup biar tak terdedah.

ingat senang ke semua tu?
ingat mudah ke nak tempuh semua tu?
♠Belum lagi tempuh cacian orang.
♤Belum lagi tempuh pandangan sedara mara
♠Belum lagi tempuh kritikan kawan kawan.

Ya semua tak mudah.
Dalam perit menerima kritikan dan kejian,

NAK TAHU APA YANG PALING PERIT BAGI ORANG YANG CUBA BERHIJRAH MENCARI SEKELUMIT REDHA ALLAH?

YANG PALING PERIT ADALAH,
♣bila orang pandang kita baik,
♧Pandang kita sempurna,
♣Pandang kita cukup terjaga,
♧Sedangkan hati masih dicemari dosa dosa.
♣Sedangkan ilmu masih lagi tak ada apa apa.
♧Lagha sini sana.
♣Kpop merata rata.
♧Ikhtilat entah kemana.
♣Gelak tak ingat dunia.
♧Gedik terkinja2.

Sedangkan,Orang ingat,
◆Muslimah bertudung labuh itu tinggi ilmunya.
◇Muslimah berpurdah itu baik akhlaknya.
◆Muslimah tertutup itu sempurna orangnya.

Sedih bukan dianggap begitu?
Sedangkan diri tak seindah itu.
Orang yang memandang itu tak tahu.
Apa yang muslimah itu rasa.
Apa yang muslimah itu tempuh.
Dalam waktu2 dia mencuba.
Orang itu tak tahu.🌼
Muslimah itu kadang kadang rapuh.
Kadang kadang jatuh.
Kadang kadang tak utuh.
Kadang kadang menyimpang jauh.
Muslimah itu kadang kadang tersasar
🐝Kadang kadang lebih berdosa dari pendosa.
Kadang kadang terpesong dari landasannya.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu sama.
Manusia biasa.
Ada rasa.
Ada jiwa.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu juga sedang berperang melawan nafsu dunia.
Kerana dia sedar,
Hatinya tidak sejernih yang orang lain kata.
Dia berusaha mencapai harapan orang orang yang berharap tinggi padanya.
Tabah lah muslimah.
Andai jalan itu yang di pilih.
Allah telah pun memelihara kita
Allah telah menjaga kita
Lalu, ia terpulang pada cara kita menjaga apa yang Allah jaga untuk kita

Hidayah Allah itu perlu di cari.
Bukan di nanti.
Cari sejauh mungkin.
Gali sedalam dalamnya.
Lalu, bila ia telahpun di temui,
Ia juga terpulang pada diri sendiri.
Sama ada nak grab dan terus mencari redha ilahi,
Atau biarkan saja hidayah itu pergi.
Kononnya tak cukup kuat lagi.
Kononnya nak tunggu lain kali.
Kononnya nak tunggu bersihnya hati.
Hidayah Allah itu ada waktunya.
Hidayah itu tidak menunggu kita andai kita tak pergi mendapatkannya.
Bila hidayah dah ada,
Grab terus walau hati keras berkata,
Belum bersedia.
Kerana perubahan itu tak perlu yang secara tiba tiba.
Kayuh pelan pelan asalkan ia berjalan.
Jangan biar hidayah itu pergi tanpa kita cuba mengambilnya.
Kerna bila ia pergi, belum tentu ia datang kembali.
Hati belum sedia tak apa,
Asalkan nampak usaha kita,
Sebab itu lah,
Kadang kadang
Ada juga muslimah yang memilih untuk menutup luarannya.
Bukan nak tutup dosa2 nya.
Bukan kerana nak meraih pandangan baik manusia.
Tapi Sekurang kurangnya,
Dia cuba menutup apa yang sepatutnya dia Jaga.
Melindungi Apa yang telah Allah amanahkan padanya.
Mana tahu, dengan kita menjaga hidayah yang Allah beri,
Allah beri pula kita rasa untuk mendidik hati dari dalam?
Sebab kadang kadang,
Dengan menjaga luaran, juga terdidik lah yang dalaman.
In sha Allah.
Aamiin Allahuma Aamiin..
Namun begitu,
Bila kita sudah melangkah untuk berubah,
Masih juga terkadang Muslimah itu,
Ada kesalahannya.
Ada silap langkahnya.
Ada kekurangannya.
Betul.
Manusia itu tak sempurna.
Namun jika benar perubahan itu lillahitaala,
Semua kerana Allah.
Jangan lembik!
Jangan lemah!
Bila jatuh, bangun lagi.
Bila tersungkur bangkit lagi.
Jangan mengalah.
Inginkan kan syurga,
Maka beramal lah seperti ahli syurga.
Dan yang paling penting,
Biar saja apa manusia nak kata.
Jangan expect semua manusia akan suka perubahan kita.
😐Deal?
Senyum.
👝Pegang dada.
Sematkan dalam diri.
"Aku lakukan ini kerana aku ingin bertemu kekasihku Rasulullah di syurga nanti.
Aku lakukan ini kerana kasih sayang Allah yang cukup banyak membimbing aku ke sini"


Pengalaman Seorang Jemaah Ketika Kejadian Kren Tumbang di Mekah

Berkongsi pengalaman seorang Hamba Allah sewaktu kejadian di Masjidil Haram.
###################

Perjalanan saya ke Masjidilharam untuk menunaikan solat Maghrib petang kelmarin, pada awalnya tidak banyak berbeza dengan hari-hari yang saya lalui sejak menjejaki kaki di bumi Anbiya ini. Melalui jalan yang menghala ke Masjid agung itu, langkah dipercepatkan supaya segera tiba. Sebagaimana saya, begitu juga jemaah lain yang sudah berada di kota kelahiran Rasulullah SAW ini sejak pertengahan bulan lalu, sempena musim haji tahun ini. Masing-masing berpusu-pusu dan menyegerakan langkah untuk segera tiba bagi mendapatkan ruang solat terbaik dan kesempatan beriktikaf sementara menunggu masuknya waktu. Namun, apabila kaki sudah berada di dataran Masjidilharam, cuaca tiba-tiba mula bertukar dan ketika mendongak untuk menyaksikan perubahan yang agak pantas itu, saya melihat langit bertukar menjadi coklat pekat dan angin kencang yang penuh dengan pasir bertiup ke arah muka. Dalam keadaan itu, saya hanya memikirkan betapa kerdilnya jutaan manusia dan segala binaan hebat di Makkah ini jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah SWT. Tidak disangka pagi Jumaat yang tenang di Makkah bertukar menjadi kucar-kacir pada petangnya apabila ribut pasir yang kuat melanda sehingga menyebabkan sebuah kren pembinaan di Masjidilharam yang sedang menjalani kerja pembesaran, tumbang dan mengorbankan nyawa sebilangan jemaah dan mencederakan ratusan yang lain.

 Nyaris dihempap pencangkuk 

Rakan sebilik, Azri Asmon, 31, yang pada waktu angin kencang melanda sudah berada di dalam Masjidilharam menceritakan bagaimana beliau yang berada di tingkat atas mataf pada waktu itu kerana menunaikan tawaf sunat, menyaksikan sendiri sebuah kren tumbang di atas Masa'a (tempat mengerjakan saie) dan pencangkuknya melayang dekat dengannya sebelum jatuh ke atas ruang tawaf di bahagian bawah. Katanya, orang yang sedang tawaf di mataf kelam kabut berlari mencari jalan keluar dan mereka bertolak-tolak... ada yang jatuh di atas lantai mataf kerana hanya ada dua laluan kecil yang menghubungkan mataf dengan bangunan masjid. "Saya simpati dengan warga tua dan jemaah berkerusi roda yang tersekat dalam kesesakan. Malah, ada jemaah yang cuba turun mataf yang setingginya kira-kira 25 meter itu, mungkin bimbang mataf itu juga akan runtuh ditiup angin. Dalam keadaan itu saya hanya berdiri, melaungkan azan serta berzikir dan berdoa memohon perlindungan Allah SWT. Mujur isteri tidak ikut sama tawaf sunat dan berada di ruang dalam masjid," katanya yang berasal dari Pasir Gudang. Ahli keluarga terpisah Katanya lagi, jemaah yang berjaya masuk ke kawasan perlindungan mula sibuk mencari pasangan masing-masing dan ahli keluarga yang terpisah ketika ribut itu berlaku. Keadaan diburukkan lagi apabila semua talian telefon terputus dan wajah-wajah kebimbangan jelas di muka. Ribut pasir yang tiba-tiba muncul itu turut menurunkan hujan batu dan beberapa jemaah cedera serta luka di badan kerana terkena ketulan ais yang agak besar. Saya turut melihat empat sekeluarga lengkap dengan pakaian ihram berpaut pada tiang lampu di dataran Masjidilharam, cuba menahan diri daripada diterbangkan angin kencang. Kilat sabung menyabung dan guruh berdentum dan untuk beberapa ketika, saya melihat angin pusar yang besar melintasi kawasan dataran, menerbangkan apa saja di dalam laluannya. Angin kencang itu turut menerbangkan penghadang jalan plastik di dataran, seumpama kertas dan mencederakan beberapa jemaah yang tidak sempat mengelakkan diri, terutama warga tua yang panik dan tidak dapat bergerak laju untuk menyelamatkan diri. Dalam kekalutan ribuan manusia yang cemas di dataran Masjidilharam mencari perlindungan, saya dan seorang lagi jemaah India membantu seorang jemaah wanita tua dari Indonesia di hadapan saya yang terjatuh dan cedera akibat terkena penghadang jalan plastik yang diterbangkan oleh angin kencang itu. "Tolong mas, tolong saya, mas. Jangan tinggalkan saya," rayunya berkali-kali diiringi tangisan sambil merangkul erat kaki saya. Mulutnya berdarah dan kedua-dua kakinya tidak dapat digerakkan. Dalam keadaan yang basah kuyup, saya memujuknya dengan berjanji tidak akan meninggalkannya. Bagaimanapun, saya tidak berani untuk mengangkat wanita itu kerana saiz badannya yang agak besar dan bimbang jika beliau mengalami kecederaan dalaman. Sambil melindunginya daripada ribut dan angin kencang, beberapa penghadang besi tumbang dan penghadang jalan plastik juga terbang hampir dengan kami. Ketika itu, saya melayani hati dengan bertawakal kepada Allah SWT untuk melindungi kami dan reda jika itu adalah hari terakhir buat saya walaupun saya tahu peluang untuk selamat lebih cerah jika saya meninggalkan wanita itu dan menyelamatkan diri. Namun, ini adalah Tanah Haram dan setiap insan yang berada di situ akan diuji tahap keimanan mereka seperti beberapa lelaki yang berlari melintasi kami tanpa mempedulikan jeritan pertolongan saya kepada mereka untuk membantu kami yang terdedah kepada pelbagai bahaya di kawasan lapang dataran itu. Hanya doa yang tidak putus-putus dan keyakinan kepada Allah SWT saja yang menguatkan hati saya untuk terus bertahan di situ. Jemaah dari India yang bersama saya itu kemudian berlari di dalam ribut untuk mendapatkan bantuan dan kembali dengan seorang anggota polis yang cuba menghubungi anggota lain. Kekalutan itu berlaku dalam seminit dua, tetapi dalam keadaan itu, waktu bagaikan berputar terlalu lama dan tidak lama kemudian, tiba seorang lagi anggota polis yang membuat pemeriksaan pantas dan memutuskan untuk mengangkat wanita Indonesia itu untuk dibawa ke tempat perlindungan. Berlindung di aras bawah Bersama-sama, kami memapah beliau dalam ribut yang masih kencang itu ke bilik air di aras bawah tanah yang terletak kira-kira 100 meter dari situ. Sebaik tiba di bilik air itu, saya melihat sudah ada beberapa ratus jemaah yang berlindung di situ dan wanita itu segera mendapatkan bantuan daripada jemaah Indonesia lain. Ribut itu reda kira-kira setengah jam kemudian dan perlahan-lahan jemaah yang berlindung mulai keluar untuk mencari anggota keluarga dan sahabat mereka yang terpisah dan melihat kerosakan disebabkan ribut berkenaan. Ribuan pekerja masjid juga pantas membuat kerja pembersihan dengan membuang air yang bertakung di kawasan dataran dan sebahagian masjid. Tidak lama kemudian, azan Maghrib berkumandang dan imam yang bagaikan mengerti, membaca surah al-Zalzalah dan al-Qari'ah yang menceritakan mengenai hari kiamat dan tanda-tandanya, pada rakaat pertama dan kedua solat. Surah al-Zalzalah yang mengandungi lapan ayat itu bermaksud: "Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya, dan manusia bertanya: "Mengapa bumi (menjadi begini)?" Pada hari itu bumi menceritakan beritanya kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)-Nya dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)-Nya pula." Kedengaran esak tangis jemaah apabila surah berkenaan dikumandangkan. Selepas solat, saya terus pulang ke hotel kerana keletihan dan agak trauma. Ketika itu saya mendapat tahu ada jemaah yang meninggal dunia dan cedera dalam kejadian berkenaan. Al-Fatihah buat jemaah yang meninggal dunia. Apa pun, jika ditanya kepada saya, tiada tempat lain yang saya ingin menghembuskan nafas saya yang terakhir selain daripada di Tanah Haram. Semoga kejadian ini memberikan kita keinsafan akan kekuasaan Allah SWT dan menambah ketabahan dalam menghadapi dugaan-Nya. 

Penulis ialah Pengurus Besar Komunikasi Korporat Pharmaniaga Bhd

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/81651?m=1

Dugaan Mendidik Anak

Assalamualaikum

Khas utk diri saya sendiri dn yg sudi brkongsi...😔
Di majlis ilmu parenting bersama Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Antara perkongsiannya:

1. Kalau kita berasa sukar mendidik anak bersabarlah. Tengoklah betapa sukar kita nak didik diri sendiri utk istiqomah solat awal waktu, solat berjemaah, baca Quran, puasa Isnin Khamis dsbnya... tambah2 lagilah utk mendidik org lain... maka bersabarlah dlm mendidik. Dlm banyak keadaan matlamat kita utk anak2 sudah benar tp kebenaran kerap tewas kerana tidak sabar dan tidak bijaksana.

2. Tuntutlah ilmu berterusan walaupun perkara asas. Biarlah kita mati semasa menuntut ilmu.

3. Jgn label anak. Blh kata anak malas tp jgn label dia 'pemalas'. Panggil nama anak dgn nama yg baik sb itu adalah labelnya.

4. Letakkan misi dan visi yg jelas kpd anak. Jadi hamba Allah yg baik. Ilmu wahyu adalah asas menjadi hamba Allah yg baik. Ditambah dgn acquired knowledge ilmu akademik. Sesungguhnya lebih SUKAR didik anak jadi BAIK drp didik anak jadi CERDIK.

5. Anak bukan milik kita tp amanah kpd kita. Didiklah anak mengikut kehendak pemberi amanah. Jgn bawa anak2 kpd kita, bawalah anak2 kpd Allah.

6. Ibu sama dgn Ramadhan sbb ibu adalah madrasah anak2 dan Ramadhan adalah madrasah ummah. Ibu ada cuaca dlm rumahtangga. Doa ibu lebih mustajab dari doa ayah kerana sayangnya lebih berakar kpd anak drp ayah.

Sbb itu hadiah terbaik seorang ayah utk anaknya adalah mencintai ibu anak tersebut (isterinya) sepenuh hati.

7. Pendidikan anak2 bermula di saat seorang lelaki mencari calon isterinya.

Yg sudah berkahwin dan ada anak2 tidak terlambat untuk membuat kebaikan... didiklah isteri berterusan. Ceriakan isteri maka cerialah rumahtangga.

8. Didiklah anak dgn Al Quran. Ibnu Sina hafiz pd masa umurnya 7 thn. Ini antaranya kerana semasa dlm kandungannya ia telah dididik oleh ibu yg hafizah.

Kita bukan hafiz tp pastikanlah anak2 sekurang2nya kenal huruf Al Quran melalui kita. Ambillah barakah ini.

9. Ibu bapa pemimpin kpd anak2. Pemimpin yg baik adalah yg besar pengaruhnya kpd anak2. Skrg ni anak2 tadika lebih percaya ustazah di sekolah dari ibu bapanya. Anak remaja lebih percaya kawan dari ibu bapanya... akhirnya ibu bapa hilang pengaruh kerana dunia tanpa sempadan amat besar pengaruhnya.

10. Tingkatkanlah pengaruh dari rasa percaya dan kepercayaan. Dlm rmhtangga, dipercayai adalah lebih utama drp dicintai. Contoh: Berapa ramai isteri yg mencintai suaminya tp tidak mempercayainya...

11. Walk the talk. Didiklah diri kita dlm usaha mendidik anak2 kita. Bantulah anak2 menjadi soleh dan solehah dgn membanyakkan amalan SUNAT. Oleh itu, untuk mendidik anak2 mengerjakan amalan wajib didiklah diri kita mengerjakan amalan sunat.

12. Niatkanlah kebaikan yg kita lakukan spt sedekah banjir dsbnya sebg tawasul anak2 menjadi baik. Cth: moga dgn sedekah ini, tetaplah solat anak2ku..

13. Sayangilah anak2 kerana kita sayang dia bukan krna dia sayang diri kita. Cth: kita jadikan anak2 kuda lumba utk kebanggaan kita. Anak dpt result yg baik terus war2kan... anak yg tak dpt elok diamkan dan dimarah krna memalukan kita... jgn membezakan anak2 yg pandai dgn yg kurang pandai...

Sedikit perkongsian utk kebaikan bersama walaupun diri serba kekurangan....

TIPS BERKOMUNIKASI DALAM MENDIDIK ANAK

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

Jika mereka melakukan kesilapan, gantikan jeritan makian kepada perkataan -perkataan yang berbentuk doa seperti "bertuah punya anak!",atau"anak soleh ni" atau "Ya Allah budak ni, dah besar jadi ulama besar!" atau " dah besar jadi hafiz Quran budak ni" dan sebagainya.

Dikisahkan oleh Imam Sudais yang merupakan Imam Masjidil Haram ketika ini menceritakan bahwa ketika beliau masih kecil merupakan seorang anak yang nakal dan terejah, ibunya selalu berkata "hei imam masjidil Haram, jangan nakal! ". Dan kini beliau telah benar-benar menjadi yang sedemikian.

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk). Rasulullah saw sentiasa memeluk kanak-kanak.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Sediakanlah hadiah yang unik walaupun harganya murah untuk kejayaan dan pencapaian mereka. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anak-anak didunia dan akhirat kerana doa ibubapa adalah mustajab.

21. Jauh disudut hati ibubapa hendaklah sentiasa bersangka baik terhadap anaknya bahawa dia akan menjadi seorang yang soleh walau keadaannya sekarang tidak menunjukkan kearah itu.

Semoga Bermanfaat

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Mengelupas, Melepuh, Pedih Perit


Hari ni hari keempat akak guna produk Nouvelles Visages.
Pergh... Memang menyiksakan
Mula2 kulit mengelupas, lepas tu jadi melepuh macam terbakar.
Tiap kali nak cuci muka, peritnya hanya tuhan je yang tau.
Mula memang akak nak give up je dari guna NV ni.
Tapi bila baca testimoni, memang kesan permulaan akan jadi macam tu.
Office mate akak yang dah pernah guna produk ni pun cakap macam tu.
Lepas 2 minggu baru kembali ok.
errkkkk
dua minggu tu.
Tak pe. Akak akan cuba bersabar dalam dua minggu ni.
Huhuhuhu

Steamboat Temerloh

Malam hari tu akak n family ge makan steamboat. Sepatutnya pergi malam sebelumnya. Tapi sebab suami akak nak tengok bola, jadi tundalah agenda makan steamboat tu.
Sebenarnya ini kali kedua akak makan steamboat disitu.
Wefie dulu sebelum makanan sampai. Fahim sibuk2 nak duduk sebelah akak sebab 'Mama best' katanya. "Papa tak best". Hehehe. Yang sebenarnya sebab siang tu dia kena marah dengan papa sebab main sepak terajang dengan abang kat dalam kereta.

Bila makanan sampai, yang paling excited nak rebus itu ini ialah Faiz. Sebab ni kali ketiga dia datang makan sini. Konon2 macam dia lagi experience lah dari orang lain.

Tu dia. Penuh dah. Ni round kedua operasi rebus2 ni. Untuk kali ni, kami pilih kuar tomyam. (boleh pilih antara sup atau tomyam.)

Ini bila makanan semua dah habis. Yang balance tinggal dalam periuk tu. Firas apa lagi, mulalah perasan jadi chef. Hehehe. Its ok Firas. Take your turn untuk main2 masak. Sebab semua dah kenyang sampai se'eh.

Mesti Senyum - Untuk Orang Yang Lahir Awal 90 an dan sebelumnya...

Siapa yang sebaya akak, atau lebih tua atau muda sikit dari akak mesti akan senyum bila baca ni. Memang kenangan yang tak ternilai harganya.

BERIKUT INI 100++ AKTIVITI BUDAK BIJAK ZAMAN DAHULU YANG BAHAGIA DALAM HIDUP YANG BUDAK ZAMAN INI TAK DAPAT RASA.

1. Tangkap ikan puyu
2. Main konda kondi
3. Rondes
4. Ais Kepal
5. Baling selipar
6. Laga ikan
7. Main bola pakai pen berspring
8. Main bola guna kadbod yang dibentuk V terbalik.
9. Tekap lukisan pakai minyak masak
10. Galah panjang
11. Main terup tampar siapa terbalik kalah
12. Main guli
13. Gasing pangkah (siap leperkan paku macam pemahat nak kasi gasing orang terbelah)
14. layang-layang buat pakai surat khabar
15. Letak cermin di kasut skodeng cikgu pakai skirt dan teka warna seluar dalam.
16. Main tetris
17. Game pakai catridge main Supermario pun nak excited sangat
18. Aerial TV letak tudung periuk
19. Tangkap ayam pakai tali jerut dan tabur nasi
20. Tangguk ikan di taliair
21. Mandi sungai sambil selam-selam budak kecil sampai budak tu pandai berenang.
22. Tangkap belalang kunyit di rumput
23. Cari rumput jarumas di padang sekolah cikgu bayar seringgit (cikgu cakap untuk power)
24. Tanya mentadak macammana orang lain tidur
25. Tangkap pepatung
26. Sambil minum guna straw tiup sampai keluar buih
27. Main judi tikam di kedai runcit
28. Minum air oren setiap kali raya
29. Pekena kawan dengan perangkap lubang dalam tu ada taik kita. Buat lubang dulu dan tutup dengan ranting rapuh dan baru letak tanah sikit-sikit bawak kawan sampai terjeblos dalam lubang.
30. Tali pinggang JQ kepala besar hujung berbesi
31. Ken Follet jenama kegilaan remaja
32. Tak dengar Nirvana tak cool
33. Keluar bandar mesti pakai kemeja dan seluar slack
34. Main meriam pakai tin Ridsect
35. Modify basikal bagi sepit udang tinggi macam Harley Davidson
36. Tengok Knight Rider, McGyver, Maero Attack, Mospeada, Voltron.
37. Pancing ikan pakai cacing tanah
38. Basuh basikal di sungai mesti terbalikkan basikal dan kayuh paddle sampai tayar berpusing sambil memercikkan air. Ada "monyet" yang main air percikan tu.
39. Kena hukuman ikat di pokok letak kerengga.
40. Berdiri atas kerusi dan meja
41. Kena berdiri di luar kelas bila awek yang kita suka lalu, terus cover macam sedang melukis pemandangan luar kelas.
42. Pagi Sabtu mesti tunggu rancangan TV mula dan setia tengok color bar di TV. Rancangan pertama WoodyWoodPecker
43. Video tape VHS besar. Ulang-ulang tengok Jaka Sembung dan Sundel Bolong (what a life)
44. Balik sekolah jalan kaki itu selamat. Siap cari jalan potong lalu bukit dan belakang rumah orang.
45. Main card yang ada gambar kereta, kapal terbang, kapal laut yang siap ada spesifikasinya.
46. Buat call-card RM3.50 untuk 10 keping. Kalau jadi agen dapat 10 orang kita dapat 1 set percuma.
47. Tiap-tiap hujung tahun budak perempuan dah bagi buku autograf untuk sain. Mesti kena lukis sikit dan buat kata-kata semangat dan biodata.
48. Nak tengok paling porno pun boleh jumpa dalam URTV tengok Ziana Zain pakai baju ketat. Itupun dah teransang
49. Tunggu Pilihan Bersama dalam Radio dan tunggu dengan tape kosong dan jari sedia sahaja di button rekod.
50. AC Mizal pakai CD gantung di leher buat rap seret kaki.
51. Rapers sikit sahaja mesti pikul mini-compo baru rapers
52. Rockers mesti seluar getah ketat dengan rambut panjang ganas tapi lagu jiwang berlendir.
53. Kebanyakan lagu dalam radio ialah lagu kekecewaan putus cinta
54. Final Piala Malaysia satu kampung berkumpul tengok TV pakai generator. Paling frus bila generator hiccup dan TV mati bila on balik dah SCORE.
55. Kalau merayap main tak ingat balik makan tengahari kena takut-takutkan ada benggali potong kepala buat jambatan.
56. Kalau merayap petang-petang sampai senja tak balik-balik nanti kena sorok hantu kopek.
57. Kalau mandi sungai tak reti-reti balik nanti kena tarik hantu air.
58. Siapa pakai Proton Saga senang dapat jodoh.
59. Bila tiba-tiba jalan kampung orang sodok itu tanda nak pilihanraya
60. Bila jalan yang disodok itu diletakkan batu dan disiram bitumen itu tanda pilihanraya LAGI SATU nak berlaku.
61. Bila jalanraya batu siram bitumen tu diturap penuh itu tanda pilihanraya yang lagi lagi satu nak berlaku. 3 pilihanraya baru jalanraya siap.
62. Kalau tiba-tiba jalan utama masuk Felda jadi cantik, rumput kena potong dan bunga baru letak dalam pasu itu tanda menteri nak datang.
63. Tulis surat cinta mesti letak bedak.
64. Surat mesti ada pantun di hujungnya "Pecah kaca pecah gelas, Sudah baca harap balas".
65. Tak sabar nak besar kerana ruangan MENCARI KENALAN di URTV kebanyakan semua lagi tua dari kita. Susah nak cari makan.
66. Pancing public phone dengan duit 50 sen yang dipasang tali tangsi. Boleh sembang lama-lama.
67. Telefon bimbit ATUR sebesar peti ais.
68. Makan ayam planet (ayam rangka goreng).
69. Kalau naik bas ekspress yang ada tandas, memang bacin
70. Buat rambut kotak macam Vanilla Ice
71. Sempat lalu zaman seluar carrot cut dan bell bottom.
72. Dulu ada penpal
73. Main baling tin
74. Suka jadi pengawas kerana boleh menyemart pakai neck tie nampak macam budak pandai dan berwawasan.
75. Baca komik Alam Perwira, Pendekar Laut dan Pedang Setiawan.
76. Yang funky baca Ujang. Yang nerd baca Dewan Pelajar & Dewan Siswa
77. Beratur di bilik air asrama dengan cara meletak bekas sabun.
78. Tak puas hati dengan senior yang buli suruh basuh baju, bilas seround spendar dia dalam air longkang belakang kantin. Lepas tu dia kena kurap
79. Rewind cassette pakai pen
80. Walkman sebesar kotak tissue pun ada.
81. Jemur battery walkman yang dah lemah.
82. Pakai lencana sekolah jenis lekat dan seterika.
83. Selisih cikgu di pasar menyorok belakang tiang punya takut
84. Bila pakai cermin mata sahaja terasa diri dah kelihatan pandai.
85. Nak pilih persatuan di sekolah mesti ushar awek kita syok tu pilih persatuan apa kemudian kita follow.
86. Paling sosial pun nak ajak awek jumpa ialah "jumpa kat library balairaya petang ni". Itupun pakai surat. Bila dah jumpa dalam library cuma tanya "Awak suka makan apa?warna kegemaran? air kesukaan? nombor kesukaan?" kemudian balik dengan hati berbunga-bunga. Itu sahajapun maksimum tak adalah sampai sentuh sampai pregnan.
87. Zaman itu ingat kalau lelaki kahwin dengan perempuan tak payah buat apa-apa nanti dia pregnan sendiri.
88. Zaman itu fikir seks itu haram sampai mati walaupun dah kahwin. Ustaz ke cikgu ke mak ayah ke semua segan-segan nak ajar.
89. Semua fikir Tengku Haslinda adalah isteri Farid Ismeth Emir
90. Suka tengok Sekapur Sireh kerana ada Mat Zimbo dan Christin Ling itu sangat comel masa itu. Nurfarahin Jamsari pun masih muda lagi.
91. Filem dipanggik kodak.
92. Tengok wayang pacak di Kedai Mara sebelum pilihanraya. Nanti ada selingan ceramah politik.
93. Paling stylo pergi sekolah pakai kasur BM2000 atau Palas Zap.
94. Bangga kalau dapat beli jam Boy London.
95. Najib Razak ketika itu Menteri Belia & Sukan u know?
96. Dalam kelas main Capteh
97. Tiada Gardenia yang ada Roti Cap Superman
98. URTV mesti banyak gambar artis tayang dada
99. Pakai internet nanti line telefon engage. Bunyi dialing dia macam bunyi anjing tercekik selipar.
100. Tiga puluh sen boleh dapat Nasi lemak dan air sirap di kantin.
101. Main bola ada 2 team, 1 team mesti tak pakai baju.
102. Main tudung oren
103. Yang perempuan main batu seremban
104. Baling batu ke air siapa punya mantul di air lagi banyak dia champion
105. Dalam TV ada slot DRAMA SWASTA.
106. Dalam TV orang kaya mesti pakai blazer dan necktie walaupun dalam rumah sendiri sambil makan roti dan perbualan mesti sebut London, Los Angeles, Paris.
107. Anak orang kaya dok asrama sikit-sikit reverse charge di public phone.
108. Bakar timah dalam batteri kereta nak buat buckle talipinggang tapi semua tak jadi.
109. Kad Raya mesti gambar masjid
110. Main tengteng (jengkek)
111. Makan Ice cream pop.  hisap dari bawah
112. Setiap Sabtu malam sakit perut alasan taknak mengaji tapi tengok Doraemon sihat.
113. Jenama Alien Workshop. Sticker pun jadilahh.
114. Iklan Ding Dang mesti dapat percuma mainan.

P/S:
Walaupun kita berpangkat besar atau kecik Seronok juga sekali sekala melupakan kekalutan dunia hari ini dan mengenang kembali kisah lama... ( Sorry!!! Pjg giller!!!😛)
Ni game kita dulu2.jgn termenung lama2...hahahhaaa

Hutang Dhuha

BAB 31 : Hutang Dhuha

Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi kepada anda adalah ilmu tentang solat dhuha. Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah dinegaranya.

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”. Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah sebenarnya.  Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah. Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “  Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah?  Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu” (HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah. Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini. Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya.  Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar?  Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang  dhuha kita pada Allah  setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah. Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini. Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampakan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil ( melalui pencuri)  duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar? Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang- hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms kepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui menyeru orang lain juga untuk berdhuha. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran sesetengah antara kalian.  Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha. Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha. Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar –pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap diantara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha. Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga memnpunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini. Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha penulis.

Bab 31: Hutang Dhuha

❤️Apa yang saya belajar dari bab ini adalah tentang…

❤️Manifestasikan cara bersyukur kita kepada Allah kerana diberi kesihatan anggota badan dan nikmat lain  melalui bersolat dhuha

❤️Sudah berapa banyakkah hutang dhuha kita selama kita hidup ini?

❤️Dengan berdhuha, pintu rezeki kita pasti dibuka seluasnya
Jom mengajak orang lain untuk berdhuha juga😍

IGNORE ALVIN TAN

JIKA DISAAT NANTI KAU MENJADI IBU

JIKA SUATU SAAT NANTI KAU JADI IBU..
💝🎁🎉🎊✨

Jadilah seperti Nuwair binti Malik (Radhiyallahu 'Anha) yang berhasil menumbuhkan kepercayaan diri dan mengembangkan potensi anaknya..

Saat itu sang anak masih remaja. Usianya baru 13 tahun..
Ia datang membawa pedang yang panjangnya melebihi panjang tubuhnya, untuk ikut perang badar.

Rasulullah (Shallallahu 'Alayhi wa'ala-Aalihi wa-Sallam) tidak mengabulkan keinginan remaja itu. Ia kembali kepada ibunya dengan hati sedih.

Namun sang ibu mampu meyakinkannya untuk bisa berbakti kepada Islam dan melayani Rasulullah (Shallallahu 'Alayhi wa'ala-Aalihi wa-Sallam) dengan potensinya yang lain..

Tak lama kemudian ia diterima Rasulullah (Shallallahu 'Alayhi wa'ala-Aalihi wa-Sallam) karena kecerdasannya, kepandaiannya menulis dan menghafal Qur’an..

Beberapa tahun berikutnya, ia terkenal sebagai sekretaris pencatat wahyu..

Karena ibu, namanya akrab di telinga kita hingga kini:
👉Zaid bin Tsabit (Radhiyallahu 'Anhu)..

☆☆☆
~Jika suatu saat nanti kau jadi ibu..

jadilah seperti Shafiyyah binti Maimunah (Rahimahallah) yang rela menggendong anaknya yang masih balita ke masjid untuk shalat Subuh berjamaah..

Keteladanan dan kesungguhan Shafiyyah mampu membentuk karakter anaknya untuk taat beribadah, gemar ke masjid dan mencintai ilmu..

Kelak, ia tumbuh menjadi jajaran Ulama Hadits dan Imam Madzhab.
Ia tidak lain adalah
👉Imam Ahmad bin Hanbal (Rahimahullah)..

☆☆☆
~Jika suatu saat nanti kau jadi ibu..

Jadilah ibu yang terus mendoakan anaknya .
Seperti Ummu Habibah (Rahimahallah)..
Sejak anaknya kecil, ibu ini terus mendoakan anaknya..

Ketika sang anak berusia 14 tahun dan berpamitan untuk merantau mencari ilmu, ia berdoa di depan anaknya,
“Ya Allah Tuhan yang menguasai seluruh alam! Anakku ini akan meninggalkan aku untuk berjalan jauh, menuju keridhaan-Mu..
Aku rela melepaskannya untuk menuntut ilmu peninggalan Rasul-Mu.. Oleh karena itu aku bermohon kepada-Mu ya Allah, permudahlah urusannya..
Peliharalah keselamatannya, panjangkanlah umurnya agar aku dapat melihat sepulangnya nanti dengan dada yang penuh dengan ilmu yang berguna, aamiin!”..

Doa-doa itu tidak sia-sia. Muhammad bin Idris, nama anak itu, tumbuh menjadi ulama besar. Kita mungkin tak akrab dengan nama aslinya, tapi kita pasti mengenal nama besarnya:
👉Imam Syafi’i (Rahimahullah)..

🍄🍄🍄🌰🌰🌰🌳🌳🌳

~Jika suatu saat nanti kau jadi ibu..

Jadilah ibu yang menyemangati anaknya untuk menggapai cita-cita. Seperti ibunya 'Abdurrahman..

Sejak kecil ia menanamkan cita-cita ke dalam dada anaknya untuk menjadi Imam Masjidil Haram, dan ia pula yang menyemangati anaknya untuk mencapai cita-cita itu..

“Wahai Abdurrahman, sungguh-sungguhlah menghafal Kitabullah, kamu adalah Imam Masjidil Haram…”, katanya memotivasi sang anak..

“Wahai Abdurrahman, sungguh-sungguhlah, kamu adalah imam Masjidil Haram…”,
Sang Ibu tak bosan-bosannya mengingatkan..

Hingga akhirnya 'Abdurrahman benar-benar menjadi Imam Masjidil Haram dan termasuk deretan Ulama berkelas dunia yang disegani..

Kita pasti sering mendengar Murattal-nya diputar di Indonesia, karena setelah menjadi ulama, anak itu terkenal dengan nama:
👉'Abdurrahman As-Sudais (Hafizhahullahu ta'ala)..

🌼🌼🌼

~ Jika suatu saat nanti kau jadi ibu..

Jadilah orang yang pertama kali yakin bahwa anakmu pasti sukses..
Dan kau menanamkan keyakinan yang sama pada anakmu .
Seperti ibunya Zewail yang sejak anaknya kecil telah menuliskan “Kamar DR. Zewail” di pintu kamar anak itu..

Ia menanamkan kesadaran sekaligus kepercayaan diri.
Diikuti keterampilan mendidik dan membesarkan buah hati, jadilah Ahmad Zewail seorang doktor .
Bukan hanya doktor, bahkan doktor terkemuka di dunia..

Dialah doktor Muslim penerima Nobel bidang Kimia tahun 1999,
Dr. Ahmad Zewail (Hafizhahullahu ta'ala)..

→→→
Maa syaa'aAllaah.. 🌹

Rabbanaa hablanaa min azwaajinaa wa min-dzuriyyatinaa Qurrata a'yun waj-'alnaa lil-Muttaqiinaa Imaamaa..

Aamiiin Allaahumma Aamiiin..

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff