my nuff

Steamboat Temerloh

Malam hari tu akak n family ge makan steamboat. Sepatutnya pergi malam sebelumnya. Tapi sebab suami akak nak tengok bola, jadi tundalah agenda makan steamboat tu.
Sebenarnya ini kali kedua akak makan steamboat disitu.
Wefie dulu sebelum makanan sampai. Fahim sibuk2 nak duduk sebelah akak sebab 'Mama best' katanya. "Papa tak best". Hehehe. Yang sebenarnya sebab siang tu dia kena marah dengan papa sebab main sepak terajang dengan abang kat dalam kereta.

Bila makanan sampai, yang paling excited nak rebus itu ini ialah Faiz. Sebab ni kali ketiga dia datang makan sini. Konon2 macam dia lagi experience lah dari orang lain.

Tu dia. Penuh dah. Ni round kedua operasi rebus2 ni. Untuk kali ni, kami pilih kuar tomyam. (boleh pilih antara sup atau tomyam.)

Ini bila makanan semua dah habis. Yang balance tinggal dalam periuk tu. Firas apa lagi, mulalah perasan jadi chef. Hehehe. Its ok Firas. Take your turn untuk main2 masak. Sebab semua dah kenyang sampai se'eh.

1 comment:

Siti Rohaida Yusof said...

seronoknya main masak-masak hehehe..lama tak pekena steambot..

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff