my nuff

Si IBU yang BODOH...


Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas.
Tiba giliran Naqiyudin Bilboa, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.
Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!
"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi."
Pendedahan Naqiyudin Bilboa itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin Bilboa menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.
"Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!"
Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin Bilboa itu.
"Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..."
Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin Bilboa itu.
"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin Bilboa di hadapan tu!"
Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.
"Takde apa cikgu. Maaf cikgu."
Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin Bilboa tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.
"Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?"
Cikgu Yong mengangguk.
"Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?"
Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin Bilboa.
"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh."
Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin Bilboa menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin Bilboa sudah menyerang balas dahulu.
"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.
Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!
Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!
Kau ada...??"
Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas.
Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.
***
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.
Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.
Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.
Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.
Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'
Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, sorga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!

PESANAN BUAT SUAMI



1-Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2- Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3-Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

4-Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

5-Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

6-Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

7-Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

8-Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

9-Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

10.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

11-Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

12-Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

13-Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

14-Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

15-Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah
mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Cuti-Cuti Malaysia - Hutan Lipur Lentang

Semalam suami akak buat plan mengejut. Nak bawa anak-anak mandi sungai/jeram. Pada mulanya, suami akak cadangkan nak ke Air Terjun Chamang, Bentong. Tapi akak rasa seram pulak lepas kejadian budak lemas baru2 ni. Akak cadangkan ke Hutan Lipir Lentang. Memang kami pernah pergi situ tapi itu 3 tahun lepas. Firas pun masih dalam perut lagi. Hehehe.
Lepas siap masak untuk bawa bekal, lepas Zuhur dalam pukul 2 lebih kami bertolak ke Lentang. Perjalanan dari Temerloh hanya ambil masa 45 minit saja.
Tak seperti 3 tahun lepas, kali ni nak masuk parking Hutan Lipur tu kena bayar tiket ikut bilangan ahli keluarga. Tapi kami hanya perlu bayar RM4 untuk dewasa sahaja.
Sampai disitu, orang agak ramai. Maklumlah hari cuti umum kan. Kami cari tempat yang sesuai untuk berkelah. Pada mulanya suami akak agak keberatan nak teruskan aktiviti mandi manda. Sebab air yang tak berapa nak jernih dan arus sungai yang agak laju. Tapi keterujaan anak2 akak memang tak boleh bendung lagi. Awal2 lagi diorang dah turun ke gigi air sungai tu. Nak tak nak suami akak masuk juga untuk pastikan kawasan mana yang selamat untuk anak2 mandi. Sebab ada kawasan yang cetek dan ada yang dalam. Gembira2 juga tapi keselamatan paling utama.
Macam biasa bila aktiviti air ni, hanya Fahim je yang boleh tahan lama. Faiz dengan Firas??? Hmmmm... asal basah baju diorang tu dah memadai. Faiz lebih berminat dengan pasir sungai tu. Firas pula on and off. Kadang main pasir dengan abang Faiz, kadang mandi sungai, itu pun jenuh berdukung, takut tenggelam.
Selebihnya, biar gambar yang berbicara.
Fahim yang paling excited bila dapat main air. Sampai tak nak balik.

Berhenti makan kejap. Juadah berkelah kali ni, bihun goreng dan air kosong.

Sesi membasahkan badan. 


Faiz dah mulakan aktiviti favourite nya. Fahim pulak pujuk Firas ajak mandi lagi.

Lasak Sangat Ke Atau Memang Normal

Dalam masa seminggu, 2 Amirul ni dah buat hati akak risau seketika.
Hari sabtu 03.10.2015, Faiz cedera sebab langgar sliding door rumah nenek dia. 
Masa kejadian tu akak ada kat dapur, Faiz macam biasa lah berlari2 dalam rumah nenek dengan adik2 dan sepupunya. Tiba-tiba dengan bunyi berdebuk lepas tu bunyi kaca pecah. Alamak apa bendalah tu. Tak lama lepas tu Pak Ngah dia meluru bawa Faiz ke dapur sebeb tangan Faiz berdarah banyak. Akak terus bawa Faiz ke bilik air untuk cuci luka tu. Tapi bila nampak daging putih, terus akak cakap dengan adik ipar akak, kena bawa Faiz ke klinik. Akak balut tangan Faiz dengan tuala besar sebab tak nak bagi darah terus keluar banyak. Mulanya akak ingatkan akan ke Hospital Kuala Pilah. Tapi ayah akak bagi tahu Klinik Kesihatan Jempol buka hari Sabtu. (Akak tak tau pun Klinik kesihatan ada yang buka hari Sabtu sebab di Temerloh tak buka pun ke akak yang tak tau. Hehehehe).
Sampai diklinik, ayah dan adik ipar akak terus bawa Faiz ke bilik rawatan. Akak pula pergi ke kaunter pendaftaran. Masa dibilik rawatan tu yang akak sempat tengok, Faiz terus diberi suntikan. Masa kena jahit, akak tak boleh tengok sebab dah prosedurnya macam tu. Ahli keluarga tak boleh ada masa rawatan diberikan. Huhuhu. Tak lama lepas tu Faiz keluar dengan luka dah siap berjahit dan berbalut. Hasilnya hadiah hari lahir Faiz yang ke 9 ialah 7 jahit di lengan. Adeh... Anak2...

Itu cerita pasal Faiz. Ni kisah yang bongsu pulak. Macam biasa Firas yang perasan besar ni memang suka ikut abang2 dia pergi main. Ada masanya abang2 dia ok je layan karenah Firas ni. Ada masanya juga, diorang rimas. Terutama sekali Amirul Fahim. Petang sabtu baru ni pula 10.10.2015, tiba2 dengar anak2 akak kelam kabut masuk rumah bawa Firas yang dah meraung. Muka dah penuh dengan darah. Faiz bagi tahu kepala Firas kena batu gara2 Fahim. Aduh hai.... Macam kes Faiz juga akak terus bawa Firas masuk bilik air, tanggalkan baju, ambil tuala dan baru luka tu dulu. Cuak juga, sebab darah kepala kan banyak. Lepas dua tiga minit, darah pun berhenti. Nasib baik lukanya tak besar atau dalam.
Akak ambil ubat luka Faiz (ubat kuning dan krim) akak letak kat luka Firas. Firas punya lah excited sebab akhirnya dia pun dapat berbalut macam abang dia. Padahal lukanya tak besar manapun.



Dan sekarang, luka kat tangan Faiz pun dah ok. Jahitan banyak yang dah terbuka sendiri. Firas pula pun sama. 
Alhamdulillah.

Rahsia Solat Awal Waktu


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh..

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff