my nuff

Dua Amirul Selamat Berkhatan

Mengkhatankan anak lelaki adalah antara moment penting dalam diari ibu bapa. Dan itu akak dan suami baru alami 2 hari yang lepas. Muhammad Amirul Faiz dan Muhammad Amirul Fahim telah pun selesai dikhatankan. Mereka dikhatankan di Poliklinik Rakyat Bahau, Negeri Sembilan. Kenapa di Negeri Sembilan bukan di Pahang? Itu pun ada kisah disebaliknya.
Sebulan sebelumnya akak dan buat booking di klinik tersebut. Bayarannya RM200 seorang dan perlu dibayar selepas selesai berkhatan. Selain tu staf klinik tu pesan bawa kain pelikat sekali. Akak khatankan mereka di Negeri Sembilan sebab atuk mereka berhajat sangat untuk menjaga cucu lelakinya dalam tempoh berkhatan tu. Maklum sajalah, ayah akak mana ada peluang untuk jaga anak2nya berkhatan sebab anak2nya semua perempuan belaka.
Sehari sebelum hari berkhatan akak sekeluarga balik kampung. Bermulalah drama anak akak yang sorang ni, siapa lagi kalau bukan Amirul Fahim. Mulalah cipta pelbagai alasan untuk mengelak dari dikhatankan. Umur Payim baru 6 tahun lah, Payim nak sunat masa darjah 6 lah, Payim kecik lagi lah. Haiii... Fahim... Fahim.. Bagi Faiz pulak tak ada masalah. Dia memang dah lama sedia untuk dikhatankan. Lagipun tahun depan Faiz akan masuk tahun 4. Dan kebanyakkan rakan sekelasnya dah ramai yang telah berkhatan.
Sehingga pagi sebelum berkhatan, Fahim masih lagi meneruskan drama2nya. Tapi akak buat tak layan je. Sampai klinik jam 11 pagi, seperti waktu yang telah dijanjikan. dalam bilik doktor masih ada lagi seorang budak yang sedang dikhatankan. Akak buat pendaftaran untuk kedua2 Amirul. Sementara suami akak pergi cari parking kereta. Selain akak dan suami, atuk dan sorang lagi atuk sedara juga ikut sama. Sebab risau, drama Fahim akan berlanjutan hingga ke klinik. Semasa pendaftaran, staf klinik tanya yang mana nak dikhatankan dulu, akak bagi tau, bagi adiknya dulu. Sebab kalau bagi abang dulu, dibuatnya abang tu meraung, ada yang adik lari balik nanti.
Selesai pendaftaran, anak2 akak diminta untuk makan 3 jenis pil. Masa bagi makan pil, Faiz pula jadi masalah. Punyalah susah dia nak telan pil tu. Fahim dah selesai telan ketiga2 jenis pil tu, Faiz sebiji pun tak lepas lagi. Adeh. Macam-macam. Kemudian anak2 akak diminta untuk memakai kain pelikat.
Tibalah saat yang ditunggu, nama Amirul Fahim dipanggil masuk ke dalam bilik doktor. Fahim dah mula mengomel. Kenapa dia dulu, kenapa bukan abangnya dulu. Yang menemani Fahim dalam bilik doktor ialah papanya, atuk dan atuk sedaranya. Dari luar akak dengar bacaan2 ayat suci al-Quran dibacakan oleh doktor dan juga Fahim. Tak lama kemudian terdengar Fahim meraung, agak lama. Akak diluar hanya menenangkan abangnya yang pura2 tak ada apa2 tapi muka dah mula pucat. Tak lama kemudian, tiada lagi dengar suara Fahim menangis. Tak lama kemudian dia keluar dengan muka lega. Sampai giliran abangnya pula. Pun sama situasinya dengan Fahim tadi. Cuma Faiz hanya nangis kejap je. Kalau ikutkan cerita atuk sedaranya, Fahim menangis setelah selesai dikhatankan, Faiz pula menangis sebelum dikhatankan. Hehehe... Berbagai-bagai karenah anak2.
Situasi berkhatan zaman dulu dengan zaman sekarang jauh bezanya. Kalau dulu lepas berkhatan, budak lelaki tu hanya perlu baring atau duduk setempat sebab kain pelekat tu akan disangkut pada alang rumah. Disitulah dia makan, disitulah dia tidur. Bila nak ke bilik air ada yang kena tolong pimpinkan hingga ke tandas. Berbeza dengan zaman sekarang. Masa nak dikhatan tu pun dah dibius untuk menghilangkan rasa sakit. Kemudian siap ada sarungnya. Tak perlu lagi sangkut kain untuk elak kena pada luka. Mungkin satu perkara yang sama, hanyalah pantang makan. Supaya luka cepat sembuh.
Selangkah ke alam remaja. Itu yang boleh akak katakan untuk anak2 akak. Lepas ni mereka tak boleh bogel sesuka hati lagi. Tiada lagi aksi meluncur lepas mandi dari ruang tamu ke dapur. Hehehe.
Muka sebelum berkhatan

Macam biasa Faiz memang susah nak suruh bergambar

Fahim selepas selesai dikhatankan. "Koi dah sunat"

Faiz dan Fahim selepas khatan. Faiz... macam biasalah. memang takkan pandang lensa kamera.

3 comments:

Norma NML said...

Alhamdulillah dah jadi big boys :)

dhati adiana said...

alhamdulilah... dah besar dah.. heheheh

Siti Rohaida Yusof said...

alhamdulillah...selesai segalanya..ceria je nampak

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff