my nuff

Ifa Raziah Minta Maaf!!!



Buat salah lepas tu minta maaf. Dah jadi trend dunia retis sekarangkan. Kekadang terfikir juga. Diorang ni ikhlas ke minta maaf atau sekadar nak tamatkan gosip dari terus berbunyi.
Tapi akak sendiri memang rasa kurang senang masa tengok aksi Ifa masa malam final Gegar Vaganza tu.
Tapi agak2 nya Ifa Raziah ambil iktibar tak. Kalau dah diri sendiri mengaku Diva Kekwat kan...

Mama.... Peace!!!!!

Sekarang ni Firas suka sangat ambil gambar guna Lenovo A850 akak ni. Lepas tu bila dia nak ambil gambar, dia hala kan ke akak... "Mama, pisss". Masalahnya jari kecik dia tu tutup lensa kamera tu. Dan ini lah hasilnya.



Adeh... Firas... Firas.... Umur baru nak masuk 3 tahun bulan April ni. Tapi bila dapat handphone, macam2 digodeknya.

Jangan Potong Gaji Kami


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mencadangkan kepada kerajaan agar setiap penjawat awam menyumbang melalui potongan gaji bulanan untuk membantu mangsa di negeri yang dilanda banjir. Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam tempoh terdekat supaya penjawat awam boleh menyumbang pada kadar yang munasabah.

Terkedu akak bila baca kenyataan Presiden Cuepacs ni. Suruh potong gaji kakitangan awam untuk bantu mangsa banjir. Habis tu kakitangan awam yang jadi mangsa banjir pun kena potong gaji juga ke. Potong gaji lepas tu derma pada diri sendiri. Tapi bila baca kenyataan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim lega sikit.




 Mengulas perkara ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, pelbagai kaedah boleh dilakukan untuk mencari dana membantu mangsa banjir tetapi bukan melalui pemotongan gaji kakitangan kerajaan. "Saya tidak setuju. Mereka boleh kutip derma bukan paksa. Kerajaan tak akan potong," katanya hari ini.

Hmmm... Takkan kerajaan dah tak da duit sampai kena potong gaji kakitangan awam. Akak rasa tak sedap hati pulak dengan Presiden Cuepacs yang baru. Bukannya nak bela kakitangan awam, nak cekik lagi adalah.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff