my nuff

Cerita Hari Pertama Persekolahan

Hari ni di laman sosial mahupun televisyen sibuk menunjukkan keletah anak2 yang masuk sekolah pada hari pertama. Dah tentu anak2 yang pertama kali jejak kaki ke sekolah akan menarik perhatian. Ada yang gembira tak kurang juga yang meraung. Hehehe. Alhamdulillah setakat hari ni, anak-anak akak yang dua orang tu ok je. Tak pernahlah pulak menangis pada hari pertama sekolah. Yang akan datang sibongsu Firas tu tak tau lah.
Dalam banyak2 gambar yang di post di laman sosial mahupun group whatsapp, gambar yang 1 ni menarik perhatian akak.



Tak tau lah apa perasaan atau tujuan orang ambil gambar ni. Nak dijadikan sebagai iktibar pada orang lain agar sentiasa bersyukur atau sekadar bahan lelucon untuk diketawakan. Hmmm.

Hari Pertama Persekolahan

12.01.2015 hari pertama persekolahan untuk tahun 2015 selepas ditunda seminggu akibat banjir. Anak2 akak Faiz dengan Fahim yang paling excited (errr... Excited ke, atau mama yang terlebih). Hehehe. Pagi tadi tepat jam 7 diorang dah ada kat sekolah. Untuk hari pertama persekolahan tahun ni, akak tak berapa kelam kabut sangat. Sebab Faiz dah masuk darjah tiga, Fahim pulak Pra Sekolah untuk tahun kedua. Akak hanya hantar ke sekolah macam biasa. Tak perlu teman sampai ke kelas. Dalam jam 8 lebih nanti, baru akak ke sekolah untuk urusan bayaran duit buku.



Aikkk... Kasut sekolah siapa pulak tu. Haaa yang tu Firas punya. Dia pun nak juga pakai kasut sekolah dengan stokin sekali. Haiii anak... Anak... Ikutkan jelah dari dia mengamuk pagi2 hari ni. Tadi tu pun, dia dah mengamuk sebab nak ikut abang2 pergi sekolah. Lepas tu pujuk balik, bawa naik office dulu, punch, baru hantar dia kat taska. Tu pun tak nak lagi tanggal kasut dia tu. Dah sampai pintu taska baru buka. Hehehe..

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff