my nuff

Akhirnya Dapat Juga

Dah beberapa tahun ni MyEG antara portal kegemaran akak. Senang wei guna MyEG ni. Nak hidup roadtax kereta, nak hidupkan lesen, nak bayar saman, hmmm serba serbi lah. Terbaru, akak hidupkan roadtax sicomel akak tu. Apa lagi kalau bukan kancil akak tu. Klik sana klik situ, pastu tunggu je mamat hensem dari MyEG tu datang hantar roadtax. Hehehe. Senangkan. Tak payah susah2 nak ge sana sini nak hidupkan roadtax. Kemudahan dah ada, kita guna jelah sebaik mungkin.

Jumaat Yang Hijau

Bila ambil baju untuk bersiap pagi ni, baru perasan akak anak beranak serba hijau hari ni. Baju akak yang dah siap gosok seminggu lepas memang hijau. Sebab setiap Jumaat akak akan pakai baju hijau. (Boleh google kenapa kena pakai hijau setiap Jumaat).
Tapi anak2 akak secara kebetulan mereka pakai hijau hari ni.
Faiz sepatutnya pakai uniform sekolah hari ni, tapi kena pakai baju sukan sebab ada latihan rentas desa. Fahim pulak, kena pakai baju hijau tu sebab uniform pra sekolah untuk hari Jumaat tak dapat lagi.
Sebab tu lah Jumaat minggu ni masing2 serba hijau.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff