my nuff

Tafsiran AlQuran - AlFaatihah

AL-FAATIHAH (PEMBUKAAN)

7 AYAT MAKKIYAH

Mukadimah

Surah Al-Fatihah turun di Mekah dan dinamakan Al-Faatihah (Pembukaan) kerana surah ini surah yang pertama dalam susunan Mushaf. Surah ini surah yang pertama turun kepada Nabi Muhammad s.a.w secara lengkap. Ia mencakupi seluruh kandungan Al-Quran, yang kemudian diperjelaskan secara terperinci di dalam surah-surah yang berikutnya. Kandungan Al-Quran meliputi persoalan tauhid, janji untuk mereka yang beriman dan beramal soleh, ancaman terhadap mereka yang ingkar dan berbuat jahat, keterangan tentang ibadah serta jalan menuju kebahgiaan dan jalan mereka yang derhaka dan kekecewaan yang mereka rasai. Al-Faatihah mencakupi isi Al-Quran secara ringkas sehingga surah ini juga disebut Ummul Kitab (Induk Kitab).

1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

2. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

3. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

4. Yang menguasai hari pembalasan (hari akhirat).

5. Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.

6. Tunjukkan kami jalan yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat, bukan jalan mereka yang telah Engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Happy Birthday Fahim

Hari genap usia Fahim 6 tahun. Cepat betul masa berlalu. Satu sambutan serba ringkas untuk meraikan Fahim dan kawan2 sekelasnya. Dan semesti betapa bangganya Fahim bila ada kek untuk di potong sempena hari lahirnya. Untuk Fahim, mama doakan agar Fahim jadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat.
Fahim lahir pada 3 Februari 2009, jam 7.20 petang. Berat masa dilahirkan 3.6kg. Lahir di Hospital Tunku Ampuan Najihah Kuala Pilah, N.Sembilan.
Sejak kecil Fahim seorang anak yang tak banyak ragam. Sebab dia kuat tidur. Hehehe. Naik kereta je terus lelap. Ge shopping mall pun tidur. Dan sampai sekarang pun tidur jadi keutamaannya. Fahim lebih suka duduk rumah dari bermalam rumah orang lain. Sebab bila di rumah orang, dia akan tertanya2 kat mana dia nak tidur.
Apapun, selamat hari lahit Fahim. Mama ngan Papa sayang Fahim.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff