my nuff

Swasta atau kerajaan

Hangat cerita tentang penjawat awam kantoi sarapan dan shopping waktu pejabat. Chup chup... Kalau tak boleh sarapan, takkan nak kelaparan sampai pukul 1. Masuk kerja awal pagi 7.30, kerja sampai 4.30 petang. Waktu rehat 1-2 petang. Mana ada waktu rehat pagi untuk sarapan. Hmmm... Macammana tu.
Tapi tu lah. Segelintir punya angkara, habis terpalit kena kat semua penjawat awam.
Bagi akak sendiri, akak mengaku akak pernah sarapan diluar pejabat. Itu pun sebab kafe kat bangunan pejabat tu tutup. Habis sarapan terus balik pejabat. Tak sempat nak merewang sana sini. Tambah pulak tengah banyak kerja macam waktu sekarang ni. Nak keluar pun tak sempat. Telanlah je lah apa yang ada kat pantry tu. Biasanya biskut pingponglah. Cicah dengan air teh.
Sakit hati tau bila ada yang kata orang keje kerajaan ni curi tulang je. Ingat penjawat awam ni makan gaji buta je ke.
Cumanya yang terkantoi tu yang tak bernasib baik aja. Yang kena tangkap masa shopping plak, jangan tak tau, berapa banyak pejabat kerajaan yang menyewa lot kedai di shopping complex. Ada juga tau. Tu yang kadang2 ternampak penjawat awam berjalan di pusat beli belah. Dah ofis diorg kat situ.
Yang nak kuat kuasa tu pun agak2 lah sikit. Banyak lagi benda lain yang patut dikuatkuasakan. Macam peniaga yang tak geti2 turunkan harga barang walaupun harga petrol ngan tarif elektrik turun.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff