my nuff

Akhirnya Pasang Juga

Panasnya cuaca sekarang. Berpeluh-peluh. Dah lah aircond kat office ni macam ada tak ada je.
Akhirnya akak pasang juga kipas ni. Memang dah lama ada kipas ni, cuma akak jarang guna. Tapi sebabkan cuaca panas melampau sekarang ni, kena guna juga kipas ni. Tu pun ada bunyi sangkut2. Almaklumlah lama tak guna.

Tafsiran AlQuran - Al-Lahab

AL-LAHAB
(GEJOLAK API)
5 Ayat Makkiyah
Mukadimah
Surah ini mengandungi 5 ayat dan turun di Mekah setelah surah Al-Fath. Dia antara isinya: Abu Lahab dan isterinya termasuk yang paling keras menentang dakwah Rasulullah SAW dengan segala cara dan pengaruhnya; keduanya akan terseksa kerana perbuatannya; harta dan kedudukannya tidak akan dapat menolong sedikit pun.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1. Binasalah kedua tangan Abu Lahab, dan binasalah dia bersama-sama.
2. Hartanya dan segala yang diusahakan tidak dapat menolongnya.
3. Dia akan masuk ke dalam bakaran api neraka yang marak menjulang.
4. Dan juga isterinya seorang perempuan pemunggah kayu api
5. Di lehernya diikat sejenis tali dari tali-tali yang dipintal.

Orang Pertama Dalam Islam

Org pertama cipta telefon ? Alexander Graham Bell .. Semua orang tau. Kat sekolah memang ada ajar.
Tapi siapa orang pertama tulis bismillah ??????? kalau anak-anak tanya kepada ibubapa.... Memang garu kepala nak jawab ni!.. Oleh itu jom sama-sama simpan nota ini.

      30 ORANG YANG
PERTAMA DALAM ISLAM
---------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah :
Sayyidatina Hajar

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah :
Umar bin Al-Khattab

10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam :
Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW :
Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita :
Sumayyah binti Khabbat

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab /lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan:
Bilal bin Rabah

17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW :
Tamim Ad-dary

19. Orang yang pertama menghunus
pedang dalam perjuangan fisabilillah :
Az-Zubair bin Al-
Awwam

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW :
Ibban bin Othman bin Affan

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah bt Khuwailid.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawiyah bin Abi Sufyan

25. Orang yang pertama membuat
perpustakaan awam:
Harun Ar-Rasyid

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal :
Umar Al-Khattab

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW :
Ali bn Abi Tholib

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah:
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga :
Nabi Muhammad SAW.

✔ Rugilah klu tidak SHARE sbab ianya 1 peluang dakwah yg MUDAH kenali Islam kita.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff