my nuff

Tafsiran AlQuran - AnNashr

AN-NASHR
(PERTOLONGAN)
3 Ayat Madaniyyah

Mukadimah

Surah An-Nashr mengandungi 3 ayat, dan turun di Madinah setelah surah At-Taubah. Di antara isinya: berita yang menggembirakan bahawa pertolongan Allah akan datang dengan segera, iaitu kemenangan yang selama ini diperjuangkan; bila janji itu terlaksana, akan berduyun-duyun orang masuk Islam. Maka, bertasbihlah dan bersyukurlah kepada Allah atas kenikmatan yang sangat besar itu.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
1. Bila datang pertolongan Allah dan kemenangan,
2. Dan engkau akan melihat orang masuk agama Allah dengan berbondong-bondong
3. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia Yang Maha Penerima taubat.

Seloka Pagi Hari Dengan #AmirulFahim


Pagi-pagi lagi anak akak #AmirulFahim dah buat lawak. Masa kejut bangun tidur, dia dah membebel. "Acek acek sekolah, acek acek sekolah. Payim nak tidur lagi". Tapi bila kata nanti abang #AmirulFaiz mandi dulu, terus dia bingkas bangun. Tak nak bagi abang dia mandi dulu.
Lepas tu bila dah siap-siap, tetiba dia tanya. "Beg mama mana, Payim nak pakai minyak wangi." pergh dia punya sembur minyak wangi macam nak mandi. Akak usik dia. "Payim pakai minyak wangi ni nak ngorat awek ea..."
"Mana ada, Payim saja2 je" Terus keluar dari bilik.
Kat luar pulak, abang dia usik lagi.
"Mama, muka Payim jadi pink"
"Haaa... payim ada awek ye"
Terus lari masuk bilik, siap kunci pintu lagi. Konon2 merajuk lah.
Haiii.... anak... anak...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff