my nuff

San Andreas - Filem Wajib Tonton


Semalam akak berkesempatan tonton filem terbaru lakonan bintang WWE The Rock (Dwayne Johnson) SAN ANDREAS. Tiga perkataan pertama yang akak boleh bagi BEST, GEMPAK, MENDEBARKAN. 

Sinopsis
Filem yang mengisahkan tentang gempa bumi yang melanda di Los Angeles disepanjang gelinciran San Andreas. Pakar ramalan gempa bumi telah menyatakan bahawa akan ada berkalu pergerakan di gelinciran San Andreas setiap 150 tahun, tetapi telah terlewat hampir seratus tahun. Dan menjangkakan akan berlaku pada bila2 masa. (Macam biasa filem US tetap nak tunjukkan kehebatan rakyat diorang yang boleh meramal bencana alam).
Raymond Gaine (The Rock) seorang juruterbang helikopter penyelamat yang sedang dalam krisis rumahtangga dan akan bercerai dengan isterinya iaitu Emma. Raymond ada 2 orang anak perempuan Blake dan Molly (kalau tak silap) tetapi Molly telah meninggal kerana lemas semasa mereka berakit. Emma akan berkawin dengan seorang hartawan hartanah yang terkenal Daniel Riddick.
Sebelum kejadian gempa bumi berlaku, Raymond sedang buat rondaan, Emma sedang makan tengahari dengan Susan kakak kekasihnya dan Blake ke L.A dengan Daniel. (Tak sure atas urusan apa). Di L.A Blake bertemu dengan dua beradik Ben dan Olli.
Sejurus gempa bumi berlaku, Emma yang kebetulan sedang bercakap telefon dengan Raymond sempat bagi tahu lokasinya dan Raymond menyuruh Emma naik ke atas bumbung bangunan untuk memudahkannya menyelamatkan Emma.
Setelah selamatkan Emma, Raymond dapat penggilan dari anaknya Blake yang terperangkap di dalam kereta di basement bangunan. Daniel yang pada mulanya minta bantuan telah meninggalkannya sendiri. Kebetulan Ben dan Ollie terdengar bila Daniel minta bantuan. Dua beradik tu turun ke basement dan berusaha menyelamatkan Blake. Bila selamat keluar, Blake menghubungi kembali ibu bapanya untuk memaklumkan dia selamat. Raymond mengarahkan anaknya pergi ke tempat yang paling tinggi iaitu Coit Tower. Bagaimana pun bangunan  tersebut telah pun terbakar.
Sementara itu helikopter Raymond mengalami kerosakan dan terhempas. Raymond dan Emma kemudiannya menaiki kereta untuk ke L.A malangnya gelinciran San Andreas telah merekah dan mereka tidak boleh melepasinya. Di situ mereka menemui sepasang orang tua yang kebetulan memiliki sebuah pesawat ringan. Dengan pesawat ringan tu, Raymond dan Emma terbang ke L.A tetapi tiada tempat untuk mendapat sebab lapangan terbang telah musnah. Raymond dan Emma terpaksa terjun menggunakan payung terjun dan dan turun di stadium.
Blake, Ben dan Ollie melarikan diri menyelamatkan ke bangunan milik Daniel yang sedang dalam pembinaan. Pada masa itu tsunami melanda. Raymond dan Emma sedang menaiki bot untuk mencari anaknya. Ajaibnya bot kecil mereka tu boleh melepasi ombak tsunami yang tinggi tu. (Ajaib memang ajaib). Kapal yang penuh muatan kontena pun terbalik. Daniel yang kebetulan berada di jambatan maut dihimpap kontena. (padan muka).
Sementara itu, Blake dan Ollie yang berada dalam bangunan Daniel nampak bot yang dinaiki oleh Raymond dan Emma, tetapi jeritan mereka tak didengari. Dengan menggunakan lampu laser Ollie, isyarat dapat diberikan kepada Raymond dan Emma. Pada ketika itu juga, gegaran gempa bumi berlaku lagi menyebabkan Blake terperangkap manakala Ben dan Ollie dapat menyelamat diri. Raymond masuk kebangunan tersebut untuk menyelamatkan Blake. Malangnya Blake telah lemas. Dalam kelam kabut, Raymond bawa Blake ke tempat selamat untuk bersama Ben dan Ollie. Dari luar bangunan, Emma yang nampak kejadian tu, merempuh bangunan tersebut dengan bot untuk menyelamatkan orang yang disayanginya. Selepas beberapa kali CPR, akhirnya Blake kembali sedar.

The Rock (Dwayne Johnson)
Buat pertama kalinya akak jatuh cinta dengan lakonan bintang sasa tu. Kalau sebelum ni, kebanyakan filem aksinya hanya sekadar aksi saja. Tapi kali ini bukan setakat aksi tapi sarat dengan dramanya. Cuma, kalaulah The Rock ni menitiskan air mata semasa babak2 yang melibatkan emosi, confirm akak meraung sekali. Akak boleh cair dik tengok lelaki sasa menangis. Hehehe.

Pengajarannya
- semua benda boleh diramalkan tetapi bukan ketepatannya. Dalam cerita ni, pakar tu dah meramalkan akan berlakunya gempa bumi tapi tak menjangkakan akan berlaku sekuat hingga 9.6 rc.
- hargai orang yang sayangkan kita sebab bila berlaku kesusahan mereka yang pertama akan membantu.
- Berkongsi ilmu atau pengetahuan tentang kerja kita dengan anak2. Dalam ceritanya ni, Blake menunjukkan macam mana kerja ayahnya sebagai penyelamat banyak membantunya menyelamatkan diri, Ben dan Ollie dari gempa bumi.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff