MALAM
21 Ayat Makkiyyah
Mukadimah
Surah ini mengandungi 21 ayat dan termasuk dalam surah
Makkiyyah dan turun setelah surah Al-A’laa. Setelah bersumpah dengan malam dan
siang, Allah menjelaskan bahawa perbuatan manusia berlainan sehingga balasannya
juga berlainan. Yang bertakwa akan bahagia, sedang yang tidak mengambil berat
terhadap amal baik akan menderita kerugian. Di tangan Allah kekuasaan di dunia
dan akhirat. Jangan sampai menjadi penghuni neraka, tetapi jadilah orang-orang
yang taat selalu mencari keredhaan Allah.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
1.
Demi malam bila gelapnya merata.
2.
Demi siang bila sinarnya terang benderang.
3.
Demi Tuhan yang mencipta lelaki dan perempuan.
4.
Sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza.
5.
Adapun orang yang memberikan (hartanya) dan
bertakwa
6.
Meyakini janji pahala yang baik
7.
Pasti akan Kami mudahkan baginya menuju
kebahagiaan.
8.
Sedangkan yang kikir dan merasa dirinya cukup
dengan kejayaan dan kemewahan.
9.
Serta mendustakan janji pahala yang baik
10.
Maka Kami akan mudahkan baginya jalan menuju
kesengsaraan
11.
Hartanya tidak akan berguna bila dia susah mati
12.
Sesungguhnya pada Kamilah petunjuk yang nyata
13.
Dan sesungguhnya Kamilah pemilik akhirat dan
pemilik dunia.
14.
Kerana itu, Kami peringatkan kamu akan api
neraka yang marak menjulang
15.
Yang tidak akan menderita bakarannya kecuali
orang yang benar-benar celaka
16.
Iaitu orang yang mendustakan dari kebenaran.
17.
Dan Kami pun akan menjauhkan orang yang bertakwa
dari seksaan.
18.
Iaitu orang yang memberikan hartanya untuk
mensucikannya
19.
Sedang ia tidak menangguh budi sesiapa pun yang
patut dibalasnya.
20.
Kecuali hanyalah mengharap keredhaan Tuhannya
Yang Maha Tinggi
21.
Dan nescaya dia tetap akan berpuas hati.