my nuff

Google Playstore : Expense Manager

Ada banyak aplikasi yang boleh kita gunakan untuk kita rekod dan kawal perbelanjaan kita. Akak dah cuba beberapa darinya. Macam Daily Expenses, Budget, dan yang terbaru Touch Style dari Bank Kerjasama Rakyat ( Bank Rakyat). Tapi ada mudah dan ada juga yang sukar untuk difahami. Ada juga yang tidak menepati kehendak kita sebagai user.
Akhirnya aplikasi Expense Manager jadi pilihan akak. Setakat ni yang mudah difahami dan menepati kehendak.
Korang pulak pilih yang mana.
Atau korang tak pernah rekod atau ambil tau pasal keluar masuk duit dari dompet korang. Bila beg duit kering, pergi cucuk bank. Bila duit dalam bank dah habis baru termenung kira bila hari gaji. Tak patut... tak patut.

Fadhilat dan Khasiat Membaca Ayat Kursi


1. Ayat Kursi Penghulu Semua Ayat Al-Quran
Rasulullah SAW bersabda; Surah Al Baqarah itu di dalamnya mengandungi ayat yang merupakan penghulu semua ayat Al-Quran. Ayat itu bila dibaca di dalam sebuah rumah, sedangkan di dalamnya ada syaitan, pasti syaitan itu akan keluar dari rumah tersebut. Ayat itu adalah ayat Kursi". (HR. Hakim dan Baihaqi)

2. Mengandungi Keutamaan yang Besar.
Rasulullah SAW bersabda; Sebesar-besar ayat di dalam kitab Allah ialah ayat Kursi". (HR. Muslim)

3. Terpelihara Diri dan Keturunan
Diriwayatkan Al-Mahamili dalam kitabnya Fawaaid, dari Ibnu Mas'ud, ia berkata: Ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW; "Ya Rasulullah, ajarkanlah kepadaku sesuatu yang dengannya Allah berikan manfaat bagiku". Rasulullah SAW menjawab: "Bacalah ayat Kursi, maka Allah akan memelihara dirimu dan keturunan, dan memelihara rumahmu, begitu juga rumah-rumah yang ada di sekitar rumahmu".

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff