my nuff

Mengelupas, Melepuh, Pedih Perit


Hari ni hari keempat akak guna produk Nouvelles Visages.
Pergh... Memang menyiksakan
Mula2 kulit mengelupas, lepas tu jadi melepuh macam terbakar.
Tiap kali nak cuci muka, peritnya hanya tuhan je yang tau.
Mula memang akak nak give up je dari guna NV ni.
Tapi bila baca testimoni, memang kesan permulaan akan jadi macam tu.
Office mate akak yang dah pernah guna produk ni pun cakap macam tu.
Lepas 2 minggu baru kembali ok.
errkkkk
dua minggu tu.
Tak pe. Akak akan cuba bersabar dalam dua minggu ni.
Huhuhuhu

Steamboat Temerloh

Malam hari tu akak n family ge makan steamboat. Sepatutnya pergi malam sebelumnya. Tapi sebab suami akak nak tengok bola, jadi tundalah agenda makan steamboat tu.
Sebenarnya ini kali kedua akak makan steamboat disitu.
Wefie dulu sebelum makanan sampai. Fahim sibuk2 nak duduk sebelah akak sebab 'Mama best' katanya. "Papa tak best". Hehehe. Yang sebenarnya sebab siang tu dia kena marah dengan papa sebab main sepak terajang dengan abang kat dalam kereta.

Bila makanan sampai, yang paling excited nak rebus itu ini ialah Faiz. Sebab ni kali ketiga dia datang makan sini. Konon2 macam dia lagi experience lah dari orang lain.

Tu dia. Penuh dah. Ni round kedua operasi rebus2 ni. Untuk kali ni, kami pilih kuar tomyam. (boleh pilih antara sup atau tomyam.)

Ini bila makanan semua dah habis. Yang balance tinggal dalam periuk tu. Firas apa lagi, mulalah perasan jadi chef. Hehehe. Its ok Firas. Take your turn untuk main2 masak. Sebab semua dah kenyang sampai se'eh.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff