my nuff

Lasak Sangat Ke Atau Memang Normal

Dalam masa seminggu, 2 Amirul ni dah buat hati akak risau seketika.
Hari sabtu 03.10.2015, Faiz cedera sebab langgar sliding door rumah nenek dia. 
Masa kejadian tu akak ada kat dapur, Faiz macam biasa lah berlari2 dalam rumah nenek dengan adik2 dan sepupunya. Tiba-tiba dengan bunyi berdebuk lepas tu bunyi kaca pecah. Alamak apa bendalah tu. Tak lama lepas tu Pak Ngah dia meluru bawa Faiz ke dapur sebeb tangan Faiz berdarah banyak. Akak terus bawa Faiz ke bilik air untuk cuci luka tu. Tapi bila nampak daging putih, terus akak cakap dengan adik ipar akak, kena bawa Faiz ke klinik. Akak balut tangan Faiz dengan tuala besar sebab tak nak bagi darah terus keluar banyak. Mulanya akak ingatkan akan ke Hospital Kuala Pilah. Tapi ayah akak bagi tahu Klinik Kesihatan Jempol buka hari Sabtu. (Akak tak tau pun Klinik kesihatan ada yang buka hari Sabtu sebab di Temerloh tak buka pun ke akak yang tak tau. Hehehehe).
Sampai diklinik, ayah dan adik ipar akak terus bawa Faiz ke bilik rawatan. Akak pula pergi ke kaunter pendaftaran. Masa dibilik rawatan tu yang akak sempat tengok, Faiz terus diberi suntikan. Masa kena jahit, akak tak boleh tengok sebab dah prosedurnya macam tu. Ahli keluarga tak boleh ada masa rawatan diberikan. Huhuhu. Tak lama lepas tu Faiz keluar dengan luka dah siap berjahit dan berbalut. Hasilnya hadiah hari lahir Faiz yang ke 9 ialah 7 jahit di lengan. Adeh... Anak2...

Itu cerita pasal Faiz. Ni kisah yang bongsu pulak. Macam biasa Firas yang perasan besar ni memang suka ikut abang2 dia pergi main. Ada masanya abang2 dia ok je layan karenah Firas ni. Ada masanya juga, diorang rimas. Terutama sekali Amirul Fahim. Petang sabtu baru ni pula 10.10.2015, tiba2 dengar anak2 akak kelam kabut masuk rumah bawa Firas yang dah meraung. Muka dah penuh dengan darah. Faiz bagi tahu kepala Firas kena batu gara2 Fahim. Aduh hai.... Macam kes Faiz juga akak terus bawa Firas masuk bilik air, tanggalkan baju, ambil tuala dan baru luka tu dulu. Cuak juga, sebab darah kepala kan banyak. Lepas dua tiga minit, darah pun berhenti. Nasib baik lukanya tak besar atau dalam.
Akak ambil ubat luka Faiz (ubat kuning dan krim) akak letak kat luka Firas. Firas punya lah excited sebab akhirnya dia pun dapat berbalut macam abang dia. Padahal lukanya tak besar manapun.



Dan sekarang, luka kat tangan Faiz pun dah ok. Jahitan banyak yang dah terbuka sendiri. Firas pula pun sama. 
Alhamdulillah.

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff