my nuff

GV2016 - Nasib baik Elly Mazlein Terselamat

Siapa yang follow Gegar Vaganza musim ketiga kali ni? Mesti ramai kan. Akak antara peminatnya sejak musim pertama lagi. Siapa pula pilihan juara kali ni. Memang semuanya best best belaka. Setelah selesai konsert minggu ketiga ni, dua peserta telah menamatkan perjuangan mereka. Iaitu Razis Ismail dan Rem. Secara logiknya bagi akak yang tuli muzik ni, mungkin Elly Mazlein yang akan keluar sebab dapat komen yang agak negatif dari juri berbanding Rem. Tapi kalau Elly terkeluar, jatuhlah rating GV 2016 ni. Hehehehe. Betul tak. 
Apapun kita tunggu je konsert minggu depat. Harap Elly tak buat sialap bila nyanyi lagu duet tu nanti.
Kalau tanya akak siapa pilihan akak untuk musim ni, akak pilih Azharina dan Siti Sarah.
Ok Bye....


Train To Busan - Cerita Zombie Korea


Siapa dah tengok filem ni. Akak baru dapat tengok petang tadi lepas en suami download. Sebelum ni ada juga yang review pasal filem ni. Rata-rata bagi komen yang positif. Hmmm... ok. Best sangat ke cerita ni. Sebab akak memang tak berapa nak layan sangat filem korea ni. Sebab tu juga akak tak tergerak pun nak google pasal filem ni. 
Tapi sebab kredit yang filem ni dapat bagai menjentik-jentik hati akak untuk tonton filem ni. Pada permulaan cerita, memang akak kosong. Dalam jangkaan akak mungkin cerita tentang rampasan keretapi ke, kemalangan keretapi ke. Rupa-rupanya cerita pasal zombie. Adeh. Dah lah cerita pasal zombie memang tak pernah tersenarai dalam carta filem/drama yang akak akan tonton.
Macam filem-filem zombie yang lain, akak tetap tak faham macam mana zombie tu boleh wujud. Atau ada adegan yang akak terlepas pandang. Tak pe, esok boleh tengok lagi sekali. Hehehe.
Dalam Train To Busan, ada geram, sakit hati dan sedih. 
Geram sebab budak tu sesuka hati je nak merayau sana sini. Dah menyusahkan ayah dia nak cari dia.
Sakit hati bila tengok ada penumpang yang pentingkan diri sendiri.
Sedih bila ada yang terpaksa korbankan diri demi orang yang tersayang.
Secara keseluruhannya, Train To Busan bagi akak yang bukan peminat filem korea dan zombie, filem ni biasa-biasa je. Sekadar untuk ditonton. Sekurang-kurangnya bila ada yang bercerita tentang filem ni, akak boleh menyampuk sekali.

Telur Puyuh Atau Biji Getah

Sejak kebelakangan ni, viral di facebook yang konon-kononnya tak tau nak bezakan antara biji getah dengan telur puyuh. 
Tak pastilah, sama ada hamba Allah tu memang benar-benar tak kenal mana satu telur puyuh atau biji getah atau sengaja memperbodohkan diri untuk menarik perhatian. 
Meh sini akak tepekkan dua-dua gambarnya sekali.

Telur Puyuh

Biji Getah

Cuba perhatikan betul-betul, kan lain sangat tu. 
Tak tau lah kalau memang seumur hidup tak pernah jumpa dengan biji getah tu. 
Bagi akak sendiri, biji getah tu memang permainan akak masa kecil-kecil dulu.
Almaklumlah akak kan anak peneroka a.k.a penoreh getah.
Boleh buat main guli atau buat buah congkak.
Lepas tu suka gosok dua biji getah tu sampai panas, 
Kemudian letak kat tangan kawan. 
Panas wooo. Hehehehe

Meh nak tunjukkan pulak macam mana rupa buah getah tu.

Buah Getah

Yang tu buah getah yang masih muda. 
Nak dapat biji getah macam kat atas tu, tunggu buah getah ni masak dan kering. 
Lepas pecah akan keluarlah biji getah tu. 
Biasanya tunggu jatuh ke tanah lah.
Tak kuasa nak panjat pokok getah tu semata-mata nak ambil buah getah tu.
Satu perkara yang yang kebanyakan orang tak tau ialah isi biji getah tu boleh makan tau.

Isi Biji Getah

Kalau dulu, bila ikut ayah akak ke kebun, kami adik beradik akan buat unggun api.
Isi biji getah ni cucuk kat lidi macam sate tu, kemudian bakar.
Dan boleh dimakan.
Sedap, ada rasa macam makan kacang.

Pesan akak pada adik-adik kat luar sana, kalau jumpa sesuatu yang pelik, jangan terus snap gambar dan post ke FB. 
Tanya dulu pada yang tahu. 
Dah tak pasal-pasal satu dunia gelakkan awak.
Lainlah kalau awak memang jenis gila glemer.
Buat benda bodoh pun tak pe, asalkan femes...


Gemuk Tanda Bahagia?


Alahai, sejuk hati akak bila baca statement Dato Terlajak Laris ni. Kalau gemuk maknanya dia paling bahagia. Hehehehe. Iye ke.
Tak bahagia pun bila gemuk ni, Banyak baju dalam almari hanya mampu pandang je tapi tak mampu nak sarung. Huhuhu..
Macam mana lah akak nak kurus macam 6 tahun lepas. Hari-hari kat office dapat makan free, Teh tarik ada orang siap bancuhkan. Adeh...
Esok hari Jumaat, confirm ada yang open table nya. 
Ce habaq mai, camna akak nak bagi kughuih badan akak ni...

Boleh Ke?


Sem baru dah bermula. Yes...Yes.. Yes... Excited akak dapat masuk keas balik. Walaupun dua minggu sekali. Hehehehe.
 Kalau ikutkan jadual yang sebenar, akak mula kelas pada 25 September ni di Pahang Learning Centre. Pening juga sebab hari yang sama akak kena terbang ke Kuching untuk audit sekolah di sana. Alahai.. dah kena ponteng satu kelas. (Walaupun tak wajib, tapi hadir kelas tu penting tau). Hmmm... nak buat macam mana, redha je lah.
Nak dijadikan cerita, sebelum raya haji hari tu, kawan kelas akak whatsapp akak ajak pergi ke Mentakab Learning Centre untuk masuk kelas. Mentakab LC mula kelas pada 18 September yang lepas. Akak tanya dia boleh ke, sebab nama kami kan ada kat Kuantan. Dia cakap, dia dah semak subjeck yang kami ambil untuk sem ni ada di Mentakab, Cuma kena satu kelas dengan pelajar yang berlainan kursus. Dan dia pun, dah maklumkan kepada penyelaras Mentakab LC.
Hmmm... Akak apa lagi, memang pucuk dicita ulam mendatanglah. Tak payah ponteng kelas. Dah la nak ke Mentakab hanya 15 minit je dari rumah akak. Berbanding nak berulang ke Kuantan yang makan masa hampir dua jam. Dengan kos petrol lagi, tol lagi. Jimat... jimat....
Syukur Alhamdulillah. Selesai satu bab. Lepas ni boleh tumpukan nak buat tugasan pula.

Mama, dia suruh pergi KFC!!!


Tengah Firas leka layan Youtube di handphone akak, tiba-tiba dia jerit.
"Mama, dia suruh pergi makan KFC"
"Jom lah kita pergi makan KFC."
Ini semua angkara iklan yang tiba-tiba muncul tu. Iklan KFC pulak tu.
Adeh... Anak... Anak...
Bermulalah rintihan, rengekan, pujukan dengan tema KFC.
Disebabkan abang-abang dia dah lama tidur, akak gunakan alasan tu untuk pujuk Firas.
"Kita pergi esoklah, Faiz dengan Fahim tidur tu."
Akhirnya dia termakan dengan pujukan mamanya ini.
Hehehehe

Orang Tua vs Budak 4 Tahun

Mesti ada yang dah tengok video yang sedang viral sekarang. Bila mana seorang lelaki dewasa nak 'serang' budak lelaki 4 tahun. Dalam video tu dari mata kasar memang ketara lelaki yang dewasa tu tak berapa matang bila tidak bertoleransi dengan anak kecil tu. Terjerit-jerit seperti budak tu dah buat kesalahan yang maha besar. Bila baca caption ibu anak itu, lelaki tu sebelum tu telah melempar kata-kata yang kurang manis.


Tapi itu dari mata kasarlah. Tapi cerita sebaliknya kita tak tahu. Ada yang komen bagi tahu yang budak tu sengaja baling putik mangga tu ke kereta pak cik tu sampai 3 kali. Dan sebelum tu budak tu memang main tepi jalan dan baling objek ke kereta yang lalu lalang.
Memang bahayalah. Dalam hal ni, akak rasa dua-dua pihak salah. Sepatutnya ibu anak tu perhatikan tingkah anaknya dan larang. Dan lelaki tua tu pulak tak sepatutnya tempelak orang macam tu sekali.
Tapi entahlah. Bila benda-benda macam ni dah viral, macam-macam interpetasi dari orang yang tidak tahu apa kisah sebenarnya yang berlaku.

Impian, Keazaman, Usaha Dan Tawakal

Pagi ni masa akak tengah drive, tetiba teringat masa akak kerja kilang dulu. Kali pertama akak kerja kilang lepas habis SPMV dan kilang pertama akak kerja kilang sarung tangan di Senawang N.Sembilan. Kerja dua shift 7am - 7pm, 7pm - 7am. Biasalah budak lepas SPM, jawatan yang paling sesuai ialah bahagian production. Akak kena tarik sarung tangan yang baru keluar oven dari acuannya. Macam dalam gambar tu. Melepuh jari jemari akak sebab panas. Masa tu apa yang bermain kat kepala akak ialah akak nak sambung belajar lagi dan dapatkan kerja yang lebih bagus. Nak kerja dalam ofis. Seksa woo. Dah le kerja shift, pergi matahari tak keluar lagi, sampai rumah matahari dah terbenam. Sebab akak berulang dari rumah akak di Felda Kepis ke Senawang. Seawal 4.30 pagi akak dah kena keluar dari rumah. Perghhh memang serik. Akak tak lama kerja kat situ, sebab ayah akak suruh kerja kat tempat lain. Kerja kedua akak sementara tunggu tawaran sambung belajar ialah kerja kedai makan. Ambil order, hantar order, kemas meja, basuh pinggan. Masa tu akak dapat gaji hari RM15. 


Tak lama lepas tu akak dapat tawaran untuk sambung belajar di Politeknik Port Dickson. Belajar selama tiga tahun untuk dapatkan Diploma. Masa semester akhir, pada waktu itu ada beberapa orang kawan akak yang telah mendirikan rumah tangga walaupun belum habis belajar. Ye lah dah jodoh diorangkan. Dan pada semester akhir itu, akak tanam azam lagi. Kalau masa kerja kilang lepas SPM tu akak berazam untuk sambung belajar dan kerja ofis. Masa sem akhir tu akak update semula azam akak. Allah swt dah tunaikan impian akak untuk sambung belajar. Lepas tu nak buat apa pulak. Akak ada impian untuk sambung terus ke peringkat Ijazah. Masing2 dalam kelas akak sibuk isi borang UPU dan pilihan akak masa itu untuk sambung ke UPSI sebab akak minat nak jadi cikgu. 
Tapi, akak kena buat pilihan masa itu. Sama ada terus sambung belajar atau kerja dulu, berkahwin dan ada anak barulah sambung semula. Kalau akak teruskan niat untuk sambung ke peringkat Ijazah, mungkin akak akan membebankan lagi mak ayah akak. Cukuplah rasanya mereka tanggung akak sampai Diploma. Nak sambung Ijazah guna duit sendiri. Masa tu akak buat plan akak. Lebih kurang macam gambar kar bawah ni. 


Kemudian, Allah swt bantu akak buat pilihan dan tunaikan lagi impian akak. Akak dapat kerja kerajaan, jawatan akak sekarang. Pun begitu akak diletakan dalam dilema juga. Lepas dua minggu akak kerja, akak dapat tawaran belajar ke UPSI. Akak kena buat pilihan masa tu. Dan pilihan akak, akak simpan surat tawaran tu dan akak teruskan kerja akak. 
Dan sekarang, setelah akak miliki apa yang akak perlukan, kerja tetap, suami, anak, rumah sendiri, kereta sendiri, akak sambung semula cita-cita akak yang tergantung selama 13 tahun tu. Akak nekad untuk belajar semula untuk genggam segulung ijazah. Dan jika diizinkan oleh Allah swt, akak akan terus sambung dan sambung selagi berkemampuan.
Doakan agar impian akak ini tercapai.



Allah Jawab Doa Ibu Ini


Jumaat lepas sebenarnya hari yang paling berat untuk akak lalui. Sebab hari tu ada hari pelaporan peperiksaan pertengahan tahun Faiz dan Fahim. Dengan teknologi yang canggih sekarang, keputusan mereka telah pun akak ketahui. Terus terang keputusan keduanya memang sangat mengecewakan. Macam mana akak nak hadap guru kelas mereka ni. Akak dah cuba mengelak dengan meminta papa mereka yang pergi. Seperti biasa ketidaksempatan tu menjadi kekangannya.
Setelah semalaman dua tiga malam akak tak lena tidur, pagi Jumaat tu sebelum siapkan sahur, akak menghadap Dia Tuhan yang Maha Mengetahui itu. Akak minta sesungguhnya moga hari itu segala urusan akak bertemu guru kelas Faiz dan Fahim dipermudahkan. Akak mohon sesungguhnya akak tenang setenangnya pada masa tu.
Nak dijadikan cerita sebelum akak ke sekolah, akak pergi dulu ceramah agama bulanan anjuran bangunan tempat akak kerja. Tajuk ustaz tu kali ni tentang puasa, tentang doa yang Allah akan makbul. Allah jawab doa akak masa tu. Ustaz tu cakap, jangan risau kalau anak kita tak pandai di sekolah, dapat no akhir tiap kali periksa, itu semua duniawi. yang penting bekalan akhiratnya, solatnya.
Ya Allah, tak dapat akak bayangkan perasaan akak masa tu, sejuk je rasa hati. Tenang setenangnya. Syukur Alhamdulillah. Hasilnya akak pergi ke sekolah, jumpa guru kelas Faiz dan Fahim. Semuanya berlaku dengan sempurna. Akak mampu senyum, berbincang sebaiknya dengan cikgu-cikgu tu macam mana nak bantu anak-anak akak ni.
Apa yang akak nak katakan kat sini, jangan berhenti berdoa terutama ibu-ibu. Kemudian yakin, yakin, yakin. Serah semuanya pada Allah swt. In syaa Allah, Allah akan tunjuk jalannya.

Assigment oh assigment

Bila dah mula masuk ke alam belajar ni, dua perkara yang memang jadi igauan ialah tugasan dan peperiksaan. Bagi pelajar yang masih remaja, yang belajar sepenuh masa, tiada tanggungjawab lain mungkin dua isu tak mendatangkan masalah. Tapi bagi pelajar tua macam akak ni, yang belajar separuh masa, ada tanggungjawab pada keluarga dan kerjaya, tambahan pula dengan otak yang dah lama tumpul (berbelas tahun ko.tinggal alam belajar), bila dapat tugasan tu, memang akak jadi buntu kejap. Nak jawab macam mana ni? Mana nak cari bahan rujukan? Betul ke tidak jawapan ni? Pening wooo.... Rasa nak nangis pun ada.
Tapi bila dah pergi kelas tutorial, kemudian sertai eforum, barulah ada keyakinan sikit nak buat.
Persoalannya mampukah akak siap dan hantar 3 tugasan pada tarikh yang ditetapkan.?...... hmmmmm.....

Salam Ramadhan 1437H


Assalamualaikum semua
Selamat berpuasa. Macam mana persiapan raya korang semua. Apa tema baju raya korang tahun ni. Sebut pasal tema raya, biasanya yang tolong pikir mesti isterikan. Ke ada suami-suami korang yang tolong fikir, lepastu korang ikut je. Macam akak setiap tahun akak lah yang akan tentukan. Tapi bukanlah kuasa veto sangat. Bila dah ada anak-anak, biasanya akak akan tanya diorang dulu. Bila dah ada tema barulah membeli belah. Tapi korang pernah tak tema yang korang dah pilih bertukar saat akhir. Benda tu selalu jadi pada akak. Puncanya bila warna baju yang korang pilih tu tak cukup korum. Bila jumpa baju adik, baju abang pulak tak ada, bila jumpa baju abang, baju adik pula yang tak cukup. Memang kena tukar serta merta tema baju raya.
Tahun ni warna pilihan akak untuk keluarga akak ialah coklat. Alhamdulillah urusan beli baju melayu suami dan anak-anak dah selesai. Tinggal baju akak je. Belum putuskan lagi nak fesyen apa pula raya ni. Atau pun bergantung pada stok yang ada di kedai baju tu nanti. Akak beli siap je dik. Jarang tempah baju raya. Setakat ni apa yang yang digantung kat kedai tu masih sesuai untuk akak sarung.
Oklah, cukup setakat tu. Lain kali akak celoteh lagi. Tengah tanam azam nak update blog ni selalu. Tambahan pula bila dah berubah wajah ni. Terima kasih sesangat untuk adik akak yang sudi make over blog akak ni. Harapkan akak, hehehe... akak kufur nikmat dik... tak kretip...

Cerita Dari Hospital - Mangsa Ibu


Bila Fahim masuk wad semalam sebab nak buat ct brain, ada beberapa kanak-kanak lain yang menarik perhatian akak. Salah seorangnya kanak-kanak perempuan umur 10 tahun. Bila tengok budak tu, tertanya-tanya juga apa sakit budak ni. Ditangannya tiada pun jarum terlekat. Dia merayau sendirian. Ambil air sendiri. Aikkk... mana penjaga anak ini. Menjelang petang barulah muncul seorang tua iaitu nenek budak tu.
Nak dijadikan cerita, setelah beberapa jam Fahim duduk di katil tumpang sebab wad penuh, akhirnya Fahim ditempatkan di katil bersebelahan dengan budak itu tadi. Atas rasa ingin tahu, akak pergi jenguk ke katilnya nak tengok apa sakit budak tu. Tapi malangnya tiada pelekat dikatil budak tu. Kalau nak tau, pada kebiasaannya di pelekat itu, kita akan tahu nama, umur dan disiplin. Disiplin tu akan nyatakan apa kes bagi setiap pesakit. Macam Fahim disiplin ophtal iaitu mata.
Sedang duduk di tepi katil Fahim, nenek anak tu datang bertanya khabar. Baru lah akak tahu apa kisah sebenarnya.
Anak perempuan itu rupanya mangsa dera ibunya. Dan sebenarnya dah lama dia jadi mangsa ibunya. Anak sulung dari 4 adik beradik ni pernah dicurah air panas, kesan lebam merata-rata akibat dicubit, klimaksnya telinganya berdarah akibat ditendang ibunya. Itupun bila dia ke sekolah baru isu tu terbongkar. Cikgu sekolahnya minta dia buka tudung kerana telinganya sakit. Bila tudung dibuka, ada darah yang mengalir keluar. Setelah ditanya oleh cikgu, barulah dia beritahu telinganya ditendang oleh ibunya. Serta merta cikgunya buat laporan polis dan hubungi Jabatan Kebajikan.
Lantaran itu, ibunya ditahan polis dan anak itu masih menjalani rawatan di hospital. Menurut neneknya, selepas selesai rawatan, anak itu akan terus dibawa ke Jabatan Kebajikan. Mujur adik-adiknya yang lain tak jadi mangsa ibunya.  Pun begitu, sementara ibunya ditahan polis, adik-adik yang lain akan dipelihara oleh nenek tadi seorang ibu tunggal.
Hmmm... tak tahu lah nak kata apa. Kalau mendengarkan cerita nenek tadi, memang geram yang amat. Balik dari sekolah anak ini tidak akan dibiarkan bermain, segala tanggungjawab mengasuh adik-adiknya akan tergalas dibahu kecilnya itu. Ibunya hanya tidur, makan, main telefon.
Untuk Farah Ain, mak cik doakan Farah menjadi insan yang cemerlang suatu hari nanti.
Kalau ada yang tertanya mana ayahnya, lelaki itu dah menghilangkan diri tanpa dikesan. Hmmmm...

Jangan Peluk Saya, Orang Ramai Ni


Pagi ni sebelum pergi sekolah, Faiz ada buat kesalahan yang membuatkan hati ibu ni geram yang teramat. Dalam kereta lepas kena marah berdas-das dari ibu dia ni, Faiz tunduk je. Lepas hantar Firas ke Tabika, akak tanya dia. "Faiz ada nak cakap apa-apa ke?". "Minta maaf mama." Tu je tiga patah perkataan yang dia cakap. Tapi tak pa, hati panas ibu ni dah sejuk sebelum perkataan maaf tu lagi. Sebab apa? Bila anak kita buat kesalahan, itu bermakna ada silap kita dalam mendidik mereka. Muhasabah diri dan Istigfar banyak.
Berbalik pada cerita Faiz tadi, sampai je ke sekolah, lepas akak hantar diorang sampai ke kantin (sebab nak tulis nama Fahim untuk tempahan nasi tengahari), macam biasa Fahim akan salam dulu sebab hormon adrenalin Fahim memang tahap maksimum bila sampai ke sekolah. Apatah lagi bila nampak kawan-kawan sekelasnya. Lagilah dia tak sabar. Bila sampai giliran Faiz, dia salam akak, dan akak cium dahinya. Akak tarik dia nak peluk. Sebab tadi dia dah down kena marahkan. Jadi kenalah bagi semangat balik. Dah lah hari ni ada peperiksaan. Masa akak nak peluk tu, dia tersipu malu. "jangan peluk saya, orang ramai ni" Aikkk... mak peluk anak pun malu. Hmmm... tak pelah Faiz, biar rasa malu berpeluk tengah orang ramai tu kekal sampai bila-bila. Sekurang-kurangnya, Faiz tak da lah sesuka hati nak peluk anak dara orang bila dah besar nanti.

Allah Jaga Aib Kita

"AIB"

Apa itu aib?

Aib ialah dosa dan keburukan yang ada dalam diri kita, ada dalam setiap manusia. Semua orang punya aib tapi tak semua aib kita dikongsi dengan orang ramai kan? Sebab hanya Allah yang mengetahui aib kita dan menyembunyikannya. Baiknya Allah kerana berapa banyak aib yang kita ada tapi Allah tetap Maha Penyayang, tetap buka pintu taubat.

Baik, ini kisahnya. Pada zaman nabi musa berlaku kemarau yang panjang. Nabi musa bersama 70 ribu umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah menurunkan hujan. Tapi hujan tetap tidak turun. Seperti yang kita ketahui nabi musa digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah.

Nabi musa berkata pada Allah. "Ya Rabb, Kau selalu memperkenankan doaku."

Lalu Allah menjawab, "Antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat."

Sejurus itu bertanya nabi musa kepada umatnya. "Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tak pernah bertaubat. Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini."

Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat itu maka terbukalah di depan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun. Lalu dia pun memohon agar Allah ampunkan dosanya dan menyesal di atas dosa dosanya itu.

Tak lama selepas itu hujan pun turun. Nabi musa kehairanan. Tak ada yang mengaku berbuat dosa 40 tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini tapi Allah turunkan hujan.

Lalu nabi musa bertanya kepada Allah, "Mengapa Kau turunkan hujan wahai Allah?"

Lalu Allah jawab kerana orang tersebut telah bertaubat.

Nabi musa bertanya lagi, bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya?

Allah jawab, "Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka AIBnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepada Aku?"

Masha Allah. Masha Allah.. Allah sangat menjaga aib kita. Jadi marilah kita menjaga aib sendiri dan tidak membuka aib orang lain di sekitar kita. Kalau kita jaga aib orang inshaAllah Allah akan jaga aib kita.

Wallahualam.

Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Iqbal bin Zain al Jauhari.

Boleh share jika bermanfaat..

Dah Boleh Diharapkan

Dah lama tak bercerita perihal anak-anak. (Yang sebetulnya dah lama tak update blog. Huhuhu). Cerita tentang Amirul yang sulung, siapa lagi kalau bukan Amirul Faiz.
Tahun ni Faiz dah 10 tahun. (Haih... cepat betul masa berlalu). Sebagai anak sulung, Faiz dah boleh diharapkan, dah boleh tolong-tolong kerja rumah dan boleh jaga adik-adiknya.
Semalam punya cerita, Faiz. tetiba extra rajin lepas balik sekolah petang. Dia tolong isi air dalam botol, masak air (masih dalam pemantauan), lipat kain dengan kemas bilik. Hmmm... Agak memberansangkan walaupun cara lipat kain tu masih belum capai tahap KPI yang mama tetapkan. ( Amik kau, nak lipat kain pun ada tahap KPI).
Cuma ada kala, walaupun umur Faiz dah 10 tahun, tapi tahap manja dengan mengada-ngada tu adakalanya mengalahkan Firas yang umur 4 tahun. Hehehehe.
Apapun mama dan papa bangga dengan Faiz. Dah nampak tokoh keabangannya (errr ada ke perkataan tu).

Kuatnya Dia Melawan Kanser

Akak berkesempatan melawat biras kawan office akak yang sedang bertarung melawan penyakit kanser payu dara. Kebetulan juga, akak sendiri mengenali biras office mate akak tu sebab dia selalu datang kedai, masa suami akak berniaga kedai dulu. Dia adalah seorang guru dan ada dua orang anak lelaki. Sepanjang akak kenal, dia adalah seorang yang sangat ceria. Tak lokek dengan senyuman dan ketawa. Bila suami akak berhenti niaga kedai, akak jarang dapat jumpa cikgu tu. Sehingga pada awal tahun lepas, officemate akak bagi tau, biras dia sakit dan dikesan menghidap kanser payu dara tahap empat. Pada mulanya cikgu tu agak sukar untuk percaya sebab dia tak merasa sebarang sakit di payu daranya. Sebaliknya rasa sakit di bahagian pinggangnya. Rupanya kansernya telah merebak ke tulang. Semasa sakit tu, cikgu terpaksa berkerusi roda dan bertongkat sebab tak boleh berjalan. Pada penghujung tahun lepas, cikgu tu telah jalani pembedahan membuang sebelah payu daranya. Kemudian sekali lagi pembedahan untuk letak besi ditulang belakangnya menggantikan tulang yang rosak akibat kanser.
Selama ini segala perkembangannya hanya akak ketahui melalui office mate akak. Tapi akak tidak berkesempatan untuk melawatnya. Sehinggalah pagi tadi akak ke rumahnya bersama officemate akak.
Sesuatu yang diluar jangkaan akak bila melihat cikgu tu. Dia tak seperti orang sakit kanser. Bagaimana cerianya dia sebelum ni, macam tu lah jugak bila akak jumpa dia tadi. Seperti penyakit kanser tu bukanlah isu besar baginya. Pertemuan akak tadi, dia ceritakan tentang pengalaman pertama menjalani radioterapi di PPUM semalam. Dalam gelaknya dia ceritakan yang dia telah tengok tarikh appointment. Sepatutnya dia kena hadir pada 4/2 iaitu esok. Tapi dia pergi semalam. Dia cerita bagaimana dia sesat sejam dalam bangunan PPUM tu sebab tak jumpa bilik radioterapi. Akak jadi teruja sekaligus kagum yang amat sangat. Akak sekarang berdepan dengan seorang pesakit kanser, tapi cikgu tu buatkan akak lupa yang dia adalah pesakit kanser. Dia ceritakan sesi radioterapinya ada 25 kali lagi. Dan dia kena ke PPUM setiap hari 5 kali seminggu. Lepas habis sesi radioterapi barulah akan masuk sesi kimoterapi pulak. Sebulan sekali kena kimo selama 6 bulan.
Akak harapkan cikgu tu akak terus ceria dan sihat seperti sedia kala.

Semalam di Kuala Lumpur

Semalam akak dengan 4 orang lagi kawan sepejabat ke Kuala Lumpur. Tujuannya untuk cari baju batik untuk kakitangan kat ofis. Kami bertolak dari Temerloh dalam jam 9 pagi dan tiba di Jalan Tunku Abd Rahman jam 11 pagi. Untuk mudahkan urusan kami parking di SOGO dan jalan kaki ke Jakel. Pusing-pusing juga kami cari bangunan baru Jakel tu. Tanya orang, guna GPS baru jumpa Jakel. Sampai di Jakel, kami bernasib baik sebab tengah ada Sales sempena hari raya hingga 14 Februari ni. Dengan bantuan pekerja Jakel tu, akhirnya kami jumpa kain yang kami hajati. Seperti yang diputuskan dalam mesyuarat, tema batik kali ini ialah warna hijau lumut. Jumlah kain yang diperlukan 59 meter dan kami minta pekerja jakel tu potong kain tu ikut pasang yang kami kehendaki. Sementara tunggu kain siap dipotong, kami pusing-pusing dalam bangunan jakel tu. Dari tingkat ke tingkat kami naik, cuci mata. Hahahaha. Ada juga antara kawan akak yang tak lepaskan peluang untuk beli belah di gedung kain ternama tu. Selesai urusan diJakel, jam dah pukul 12 tengahari. Ada antara kami yang ingin masuk ke kedai tudung Hajra yang kebetulan berhampiran dengan Jakel tu. Tapi akak hanya duduk je sementara tunggu diorang cuci mata. Sebab akak dah gigil kelaparan. Point lepas ni nak cari tempat makan. Ada yang mencadangkan untuk makan di medan selera SOGO tapi macam jauh sangat nak patah balik. Sebab lepas tu nak beli belah kat aked pulak. Haihhh gitulah kaedahnya kalau ikut orang pompuan berjalan.
Kami pilih Restoran Zamzam untuk menjamu selera. Sebab tekak akak memang tak boleh masuk masakan restorab mamak yang sememangnya ada banyak di Jalan TAR tu. Juadah pilihan akak nasi beriani ayam dan sirap longan. Boleh tahan lah sedapnya. Lagipun tengah lapar, semuanya sedapkan.
Selesai makan, sambung balik cuci mata di kedai-kedai kain kecil di aked. Pada mulanya, driver akak pun ikut sekali, tapi tak lama sebab lama sangat. Akak pun pada mulanya tunggu juga kawan2 akak belek-belek kain kemudian tawar menawar tapi tak beli juga.
Tapi ada sesuatu yang menarik hati ibu ni. Di kedai pertama, terdengar suara bayi menangis. Tak lama lepas tu kelihatan seorang lelaki sedang  bangun dari ruang kecil dalam kedai tu sambil dukung bayi. Terkedu akak bila tengok bayi tu. Pada hemat akak usia bayi tu belum pun mencecah sebulan. Aduh yai.... Dengan keadaan sesak panas macam tu, yang kebersihannya belum tentu ada lagi, apalah erti selesa untuk bayi sekecil itu. Tak lama tu datang seorang wanita mungkin ibu bayi tu datang memujuk dan menyuakan susu botol pada bayi itu.
Akak tak lama di situ, terus ikut kawan akak ke kedai lain dalam lorong tu. Sekali lagi tangkai hati ibu ni tersentap. Dibelakang ruang kecil macam kedai tadi, terpandang budak lelaki seusia Firas tidur di atas lantai hanya beralaskan bantal dan kain nipis. Hanya berseluar pendek tanpa baju. Aduhhhh.... Tiba terasa mata berkaca dan rasa rindu sangat dengan Firas. Tak boleh jadi macam ni. Terus akak keluar dari lorong tu dan ikut driver akak tunggu diseberang jalan. 3 orang rakan akak tadi masih meneruskan operasi belek kain disetiap lorong aked tu.
Nak menghilangkan rasa sendu tadi akak ajak driver akak masuk kedai buku. Kebetulan driver akak tu pun memang minat membaca. Akak hanya tengok2 je buku dalam tu. Nak beli novel baru? Rasanya tidak sebab ada lagi novel yang akak dah beli tapi belum baca lagi. Tapi driver akak beli juga buku yang tajuknya AlQasam. Memang bagus driver akak ni kan.
Keluar dari kedai buku, kawan akak tadi masih belum selesai shopping kat dalam lorong2 tu. Akak ajak driver akak pergi Sogo sebab jari dah berbelang pegang beg plastik kain jakel tadi. Lagi pun akak nak ke tandas sekali. Tambahan pulak cuaca macam nak hujan. Daripada terlambat baik pergi tempat berteduh dulu.
Habis pusing dalam sogo, dan kawan akak yang tiga orang tu pun dah pulang ke pangkal jalan, hehehehe, kurang lebih 4 petang kami bertolak balik ke Temerloh. Dalam perjalanan berhenti di kawasan rehat Genting Sempah untuk solat dan terus gerak balik ke Temerloh.
Pun begitu sehingga mata ingin terpejam, bayangan bayi dan kanak2 di lorong kedai kain tu masih terbayang. Menitip rasa syukur yang teramat sangat bila akak masih mampu memberi keselesaan yang sempurna untuk 3 Amirul akak. Syukur Alhamdulillah.

Apa Kata Jack Ma

🌏🌏🌏🌏🌏🌏🌏🌏

Nasihat yang Terbaik dari orang paling kaya di China..
               
Pengasas www.alibaba.com

Jack Ma  berkata,
"Tolong beritahu anak-anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu.

Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan-lahan lenyap. 

Bila kalkulator dicipta, abakus juga menghilang.

Bila kamera digital direka, jualan negatif filem tidak lagi wujud. 

Bila "BITCOIN" dicipta, matawang akan dilupakan.
Huhu

Bila jualan langsung@penjualan secara online meningkat, pemasaran secara tradisional menurun.

Bila smartphone guna 4G
(akses internet tanpa talian) diperkenalkan kpd dunia, kita tidak perlu lagi memasang komputer di rumah.

Bila Wechat dan whatsapp
(mesej teks /suara/video bergerak) dibangunkan,  mesej teks tradisional (SMS) tidak lagi sepopular dulu.

Jangan kita tuduh "siapa ambil bisnes siapa." Ia hanyalah disebabkan org lebih cepat menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia.

Ada org bertanya kepada Jack Ma,
"Apakah Rahsia kejayaan kamu" Dia berkata "Sangat mudah...Saya buat (bertindak) semasa kamu hanya memerhati."

Ingatlah dunia berubah setiap hari.  Kalau kamu tidak berubah, kamu akan ketinggalan.  Kamu Tuai apa yg kamu semai dan Bagaimana Anda Guna MASA yang Ada.

Kalau kamu habiskan masa bergaul dengan orang-orang Berjaya, kamu  menjadi seorang yang BERJAYA. 

Kalau kamu luangkan masa utk belajar, kamu mungkin beroleh kebijaksanaan.

Kalau kamu luangkan masa utk membaca buku untuk majukan Diri, kamu akan beroleh Peningkatan Diri.

Kalau kamu habiskan masa utk minum, kamu mungkin menjadi seorang pemabuk.

Kalau kamu habiskan masa mengomplen, kamu akan menjadi seorang yg suka menyalahkan.

Kalau kamu luangkan masa untuk mencantikkan diri kamu, kamu mungkin menafikan seorng gadis yg cantik/lelaki yg handsome. 

Kalau kamu luangkan masa utk kekal sihat, kamu akan nikmati kehidupan sihat yang baik. 

Kalau kamu habiskan masa menjadi seorang yg suka marah-marah, kamu mungkin menjadi org yang tidak disukai orang.

Kalau kamu luangkan masa utk belajar, kamu mungkin beroleh kebijaksanaan.

Kalau kamu habiskan masa dengan keluarga, kamu akan mewujudkan kasih sayang dan perhubungan yg aman dgn orang-orang yangg kamu sayangi.

Beza antara Orang Yg Berjaya dan Tidak ialah Bagaimana Pintarnya Anda Menggunakan Masa.

🌏Muhasabah diri dan teruskan Berselawat.🌏

Pesan Ayah

Lewat malam.

Seorang ayah menanti anak gadis kesayangnya dgn penuh kerisauan... Di ruang tamu. Seketika, kelihatan kereta masuk ke porch. Baru balik. Entah dari mana.

"Kamu, duduk dulu. Ayah nak cakap sikit."

Anak gadisnya duduk malas-malas.

"Kamu dari mana?"

Anaknya menjawab malas. Tahu ayahnya nak membebel.

"Keluar. Dengan kawan."

Ayahnya bertanya lagi.

"Kawan lelaki atau perempuan? Jujur."

Ah. Habis.

"Lelaki."

Ayahnya mendengus. Mungkin sesal. Mungkin kecewa.

"Ayah tak izinkan lagi kamu keluar malam. Tak kira, dengan kawan lelaki atau perempuan. Ini bukan kali pertama ayah perhatikan. Sudah banyak kali."

Anak gadisnya membentak.

"Tapi, bukan buat apa-apa pun. Takkan nak keluar makan-makan, pergi shopping, tengok wayang pun tak boleh?"

Ayahnya cuba bertenang.

"Boleh. Tapi bukan dengan kawan lelaki. Tapi dengan suami yang sah kamu nikahi.

Bagaimana kamu boleh kata tak buat apa-apa, sedangkan pakaian kamu mengatakan ada apa-apa? Lihatlah pada baju sendat yang kamu pakai, legging yang kamu pakai. Walaupun kamu bertudung, adakah itu tidak menjadikan mata lelaki itu tak terjejas apa-apa? Adakah kemaluan lelaki itu tidak respon apa-apa? Adakah nafsu lelaki itu tidak berkecamuk jadinya?"

Anak gadisnya menggelengkan kepala.

"Ayah, sumpah tak buat apa-apa. Dia lelaki baik. Dah lama kenal hati budi."

Ayahnya mencantas kata.

"Lelaki yang baik tak akan bawa keluar anak dara orang malam-malam. Cuba kamu fikir dengan logik akal. Sekiranya dia berani bawa kamu keluar malam begini, apa alasannya mustahil dia tak berani bawa keluar gadis lain di lain masa?

Lelaki yang tidak menjaga diri atau maruahnya akan menyebabkan perempuan yang bersamanya tak terjaga sama.

Kamu berpakaian untuk dia. Supaya dia suka lihat. Supaya dia rasa bangga dapat keluar dengan kamu. Dan ya, dia selamba memuji kecantikanmu. Kamu mempamer, dia sambut dengan pujian. Macam mana lelaki yang baik akan memuji apabila melihat seorang wanita tidak berpakaian menutup aurat dengan sempurna?

Adakah ayah mengajarkan kamu pakai begini dulu?

Mengapa bila kamu meningkat dewasa, masuk universiti akhirnya fesyen pemakaian berubah?

Degree menjadikan kamu lebih pintar atau menjadikan kamu lebih mungkar? Bukan salah pada degree, tapi salah pada iman sendiri."

Anak gadis merah muka. Diam. Nak menjawab. Tapi kelu.

"Adakah sebab ayah dah tua, ayah tidak berdaya, ayah tidak berkuasa, maka pudarlah rasa kamu untuk jadi anak yang beragama? Hormat luntur ikut usia..

Anak ayah yang ayah sayangi..."

Nada suara ayah ada getar sendu.

"Kamu kena ingat. Syurga itu tak sepenuhnya bergantung kepada reda suamimu.

25 tahun misalnya kamu hidup dengan ayah dan ibu, kalau kami tak reda 25 tahun itu, kamu juga susah untuk dijemput ke Syurga.

Meski suami reda, tapi kami tak reda, kamu masih di antara Syurga dan Neraka. Sekiranya kamu buat air mata suami menitis kegembiraan kerana baiknya layanan kamu kepadanya, patuhnya kamu, solehahnya kamu untuknya..

..tapi kamu buat air mata ayah ibu jatuh tanpa kamu rasa sesal sedikit pun..kamu masih tidak layak untuk Syurga.

Buat kami reda. Buat suami reda. Syurgalah bagi kamu."

Anak gadisnya itu menitiskan air mata. Rasa sebak di dada.

"Lelaki itu bukan untukmu. Ayah tidak akan membiarkan anak yang ayah dukung di bahu ayah ketika kecil, tangis tawa, susah senang hinggalah kamu mampu berdiri sendiri, disakiti oleh lelaki yang kurang imannya."

Si gadis bersuara perlahan.

"Tapi, dia selalu ada masa saya memerlukan..."

Ayahnya mencelah,

"Tidak. Selama ini kamu lemah, siapakah yang menguatkan? Ayah ibu. Pada siapa ayah ibu panjatkan doa supaya kamu kuat? Pada Allah.

Allah yang menguatkan dirimu di kala kamu memerlukan, di saat kamu jatuh, di setiap detik kamu layu lemah.

Demi Allah, kamu tidak kuat. Kerana Allah, kamu harus kuat.

Bukan kerana lelaki yang baru muncul setahun dua."

Air mata anak gadis itu berjuraian jatuh dari pipinya.

"Anakku...ayahmu ini lelaki. Lelaki kenal wajah sebenar lelaki.

Lepaskannya pergi, bangkit kembali. Kuat kembali.

Allah sentiasa di sisi."

Anak gadisnya itu terus memeluk orang tuanya itu. Sungguh segalanya benar. Sejak mengenali pemuda itu, yang ada hanya kata sayang dan pujian. Hanya kata-kata khayalan dan angan-angan. Tidak menjadikannya lebih baik. Cuma menjadikannya lebih berfantasi dan nak happy.

Sedangkan Syurga berlantaikan iman.

Hatinya berbisik, "Subhanallah.. aku banyak dosa ya Allah.."

"Demi Allah Aku Tidak Kuat, Kerana Allah Aku Harus Kuat.. Ya ALLAH, engkau peliharalah anak2 kami dari segala perbuatan maksiat.... ampun kan aku dan anak2 ku Ya Allah"

JUMLAH HURUF2 DALAM AL-QURĀN

📚

Imam Syafi’e dalam kitab Majmu al Ulum wa Mathli ’u an Nujum dan dikutip oleh Imam Ibn ‘Arabi dalam mukaddimah al-Futuhuat al Ilahiyah menyatakan jumlah huruf-huruf dalam Al Qur ’an diurut sesuai dengan banyaknya:

o Alif : 48740 huruf,
o Lam : 33922 huruf,
o Mim : 28922 huruf,
o Ha ’ : 26925 huruf,
o Ya’ : 25717 huruf,
o Wawu : 25506 huruf,
o Nun : 17000 huruf,
o Lam alif : 14707 huruf,
o Ba ’ : 11420 huruf,
o Tsa’ : 10480 huruf,
o Fa’ : 9813 huruf,
o ‘Ain : 9470 huruf,
o Qaf : 8099 huruf,
o Kaf : 8022 huruf,
o Dal : 5998 huruf,
o Sin : 5799 huruf,
o Dzal : 4934 huruf,
o Ha : 4138 huruf,
o Jim : 3322 huruf,
o Shad : 2780 huruf,
o Ra ’ : 2206 huruf,
o Syin : 2115 huruf,
o Dhadl : 1822 huruf,
o Zai : 1680 huruf,
o Kha ’ : 1503 huruf,
o Ta’ : 1404 huruf,
o Ghain : 1229 huruf,
o Tha’ : 1204 huruf dan terakhir
o Dza’ : 842 huruf.

Jumlah total semua huruf dalam Al- Qur ’an sebanyak 1.027.000 (satu juta dua puluh tujuh ribu)📌 Jumlah ini sudah termasuk jumlah Huruf Ayat yang di-nasakh.

Setiap kali kita khatam, kita membaca 1 juta lebih huruf.
1 huruf = 1 kebaikan.
1 kebaikan = 10 pahala.

Kira-kira 10 juta pahala kita dapat jika khatam Quran. Mudah2an ini menjadi motivasi kita untuk terus membaca Qurān dan semoga salah satu pintu Syurga untuk pembaca Qurān memanggil kita untuk masuk Syurga melaluinya.

Aameen ALLAHumma Aameen ~

Filem Dilwale - Mengecewakan


Filem Dilwale lakonan raja Bollywood Datuk Shah Rukh Khan dan pasangan serasinya Kajol memang dinanti-nantikan oleh semua peminat filem bollywood khasnya peminat SRK dan Kajol termasuk akak.
Ramai yang tertanya-tanya adakah filem yang dibuat sempena 20 tahun Dilwale Dulhania Lejayenge ni dapat memberi impak yang besar pada dunia Bollywood. Apatah lagi ramai yang merindukan gandingan SRK dan  Kajol di layar perak. sebab kali terakhir mereka digandingkan dalam Filem My Name Is Khan pada tahun 2010 yang lepas.
Sebelum akak berkesempatan menonton filem Dilwale ni, akak ada terbaca satu artikel di akhbar yang menyenaraikan filem Dilwale antara yang terburuk untuk tahun 2015. Aikkk... Biar betul. Kenapa jadi yang terburuk. Kalau tengok trailer dan klip lagu dalam filem ni, bukan main gempak lagi. Tapi akak tak mau cakap apa-apa lagi sebelum menonton sendiri filem tu sendiri.
Dan akhirnya, bila akak berperluang untuk menontonnya, memang benar seperti yang dinyatakan analisis tu. Sepanjang 2 jam 34 minit durasi filem tu, akak tertunggu-tunggu mana gempaknya filem Dilwale ni. Walaupun akak peminat tegar SRK dan akak dah tengok hampir semua filem lakonannya, tak semestinya akak minat semua lakonannya. Ada juga beberapa filemnya yang akak tak berapa suka nak tengok seperti Hum Tumhare Hai Sanam dan Chalte Chalte. Dan Dilwale juga akan termasuk dalam senarai tersebut.
Bagi akak, yang mungkin buat penonton tertunggu-tunggu apabila adegan SRK dan Kajol. Selebihnya hanya menyemakkan. Kemudian dengan lambakan pelakon pelawak dalam filem tu, buat akak rasa mual. 
Jalan ceritanya agak terkejar-kejar sebab semuanya seperti tak menjadi, lawak yang tak kelakar dan aksi yang biasa-biasa je melainkan adegan SRK/Kajol. Tak pasti apa pokok utama dalam filem tu, mungkin sebab nak menyatukan cinta lama yang terpisah. Tapi tetap tak sampai ke hati. Kesemuanya anti klimaks, nak ketawa tak berapa lucu, nak nangis pun tak berapa sedih, mendebarkan pun tidak. Senang cakap bila habis tonton cerita tu, perasaan KOSONG.
Kali ni magis Rohit Shetty (pengarah filem) dan SRK tak berapa menjadi. Akak pernah menonton filem mereka sebelum ni. Dan sampai sekarang akak tak pernah jemu untuk menontonnya iaitu Chennai Express. Memang best. Dan akak mengharapkan Dilwale akan jadi lagi best tambahan pula ada Kajol. Tapi mengecewakan.Sedih betul.

Selamat Tahun Baru 2016

Cepatnya masa berlalu. Hari ni dah masuk tahun baru 2016. Maknanya bertambah lagi usia akak. Apapun, Syukur pada Tuhan sebab masih diberi peluang untuk bernafas lagi. Rasanya masih banyak lagi kekurangan sebelum dipanggil mengadap Yang Maha Pencipta.
Azam akak tahun ni? Tak ada azam baru. Akak follow je apa yang telah ditentukan. Ada tak ada pun mungkin lebihkan lagi tumpuan akak terhadap anak-anak. Itu yang lebih utama.
Selamat tahun baru semua. Ok bye...

BEN ASHAARI

Yang Popular

Google+ Followers

Terima Kasih Sahabat

my nuff